ALLAH selamatkan Nabi Yunus AS daripada 3 kegelapan :
1. Gelapnya perut ikan
2. Gelapnya laut dalam
3. Gelapanya malam
Disini kita boleh belajar, walaupun jauh dari manusia tapi selagi kita ada ALLAH Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, doa kita pasti dikabulkan, inshaaALLAH..
ALLAH selamatkan Nabi Yunus daripada kesusahan dengan doa yang terpilih. Di dalamnya ada 2 elemen :
1. Menyucikan ALLAH (tauhid)
2. Pengakuan atas kesilapan
Wahai pembaca Al-Quran, kamu juga akan diberi pertolongan seperti itu sekiranya kamu minta sungguh-sungguh semasa berdoa. Tetapi jika sebaliknya, kamu abaikan ISTIGHFAR dan doa terpilih ini, kamu akan selamanya berada dalam kesempitan.
(Al-Anbiya’: 87-88)
Wallahua’lam