Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, InshaaALLAH orang lain akan dapat manfaatnya.

Friday, February 13, 2015

Pemergian TNGA


Menerima berita pemergian TNGA

Berat langkah ini.
Namun begitu,
Perjalanan usaha kita untuk
memenangkan islam diteruskan.



Kami pulangkan dia kepadaMu.
Dia adalah pinjaman yang sangat berharga.

****
Begitu banyak kenangan dan sejarah atas usaha beliau selama ini
Memperjuangkan agama tidak kira dari pelbagai aspek.
Allahu.

Tidak dapat diungkapkan perasaan ini
Sungguh menyentuh sanubari. cry emoticon

Ditangisi itu pasti, tapi beliau pergi dengan penuh rasa hormat dari rakyat Malaysia, juga beliau pergi di malam dan hari yang mulia.

"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.”

- (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)

Tarikh kematiannya persis tarikh kematian Al-Banna,
Waktu kematian juga Hampir sama selepas Isya'.

****



Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. (1931-2015)

Moga tenang dan diberkati Allah
wahai murobbi ummah yang disayangi.
Moga Allah meletakkan beliau
bersama orang yang soleh.

Semoga dengan pemergiannya,
Akan lahir pejuang agama baru
Menjadi penyambung perjuangan Rasul.

Allahumma Aamin.

Tiada kata lebih indah dari doa buatmu .
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi warfuanhum.


Saturday, February 7, 2015

Cerpen : Bicara tentang Ilmu 


Cerpen : Bicara tentang Ilmu 

Gigitan nyamuk mengejutkan lena Aisya Sofea. Jam dinding ditoleh. Jarum pendek baru pukul 2.00 pagi. Masih terlalu awal dari kebiasaannya dia bangun. Mata yang terjaga sukar dilelapkan kembali. Lalu langkahnya menuju bilik air. Fikirnya, dengan wudhu' boleh kembalikan lenanya.

Usai berwudhu', niat untuk kembali tidur terhenti. Sekarang adalah waktu mustajab berdoa. Agak awal dari kebiasaan untuk dia qiamulail. Namun yang Aisya rasakan hari ini begitu berbeza auranya. Aisya rindukan sahabatnya. Pertemuan dua hari bersama salbiah itu membibitkan rasa rindu yang bercambah. Hampir 3 tahun mereka terpisah dek kerana haluan menuntut ilmu pada perbezaan tempat. Aisya rindukan kenangan suasana tarbiah di Matrikulasi Pahang. Disitulah dia mengenal tarbiyah. Disitulah dia kenal erti ukhwah. Rindu bertamu tanpa ada rasa untuk pamit pulang. Aisya rindu akan keindahan ukhwah antara teman sebiliknya. Rindu akan keceriaan Ummirah. Rasa ingin terus mendengar leteran ceramah oleh shahirah tatkala dia perlu motivasi. Terasa basah di ingatan. Seakan baru semalam mereka terpisah. Tanpa sedar, ada mutiara jernih menitis dipipinya.

Pertemuan dengan salbiah membawa dirinya banyak berfikir. Terimbau pertemuan mereka dua hari lepas. Perbualan dengan sahabatnya penuh dengan isi. Hatinya yang kering kerana sudah hampir 2 minggu bedepan suasana mencabar emosi. Sabarnya terkadang hilang dalam menjalani suasana latihan ketenteraan. Akhlaknya juga sukar melambangkan ciri-ciri seorang daie. Seolah dia tidak mampu menjadi diri sendiri. Menjauh dari suasana mendidik menjadikan hatinya terasa begitu kering. Hatinya terasa ditarbiah pabila bertemu dengan sahabat lamanya itu. Setiap kata-kata dari salbiah mengandungi isi. Tidak terbazir sia-sia. Diam-diam, hati Aisyah mengagumi keindahan ciptaan Allah yang dihantar untuknya. Rasa yukur dipanjat dalam hati.

Pantai melukiskan lukisan alam yang indah. Deruan ombak semakin gagah terhasil oleh angin. Petang mempertemukan dua sahabat. Hakisan ombak jelas kelihatan. Aisya peka memerhati. Salbiah menceritakan proses kejadian bumi dan hakisan tanah. Pantai Teluk Ketapang. Semakin terhakis dek kerana penciptaan Lapangan Terbang disitu. Sedangkan sudah begitu lama lapangan terbang itu siap bertapak, namun kesannya tidak siapa tahu. Suatu ilmu pengetahuan baru bagi Aisya. Dalam masa yang sama, Aisya mengagumi kepekaan sahabatnya dalam mendalami ilmu yang dipelajari olehnya sebagai siswi Universiti Malaysia Terengganu, UMT. 

"Awak, kesan hakisan bukan melibatkan sehari dua. Ia mengambil masa lama. Hari tu ada seorang pengusaha yang cuba membina sebuah bangunan di sini. Berdekatan pantai ini. Katanya boleh membantu keperluan tempat tinggal buat penuntut UMT atau Unisza." Salbiah membuka bicaranya yang menarik minat Aisya. 

"Oh. ye ke? Dekat pantai sini?" soal Aisya. Seakan tidak percaya.

Masakan tidak. Pantai ini sudah cukup terhakis. Masakan ingin ditambah lagi proses hakisan. Aisya terfikir-fikir. Namun jika dia tidak di khabarkan oleh salbiah mengenai kesan hakisan itu tadi, mungkin dia menganggap biasa. Biasa untuk orang yang ingin mencari publisiti.

"Ya. Tepi pantai. Dan orang itu ditakdirkan Allah untuk bertemu saya dan bertanyakan tentang pendapatnya untuk mendirikan bangunan itu." Salbiah tersenyum nipis.

"Apa dia tanya?" Aisya menyoal tidak sabar.

"Dia seorang pengusaha cina, jadi mungkin nilai ekosistem kurang menjadi perkiraannya. Jadi saya menggunakan pembicaraan cara perniagaan juga."

"Eh? Macam mana pula tu?" Soal Aisya pelik.

" Saya katakan padanya. Encik, saya pelajar mengambil kos berkaitan dengan ekosistem alam sekitar. Maka saya kurang bersetuju akan keputusan membina bangunan itu di sini. Ia boleh membawa kepada hakisan tanah. Cuba lihat pantai yang sudah cukup terhakis dengan hakisan tanah akibat pembinaan labangan terbang ini. Kalau encik teruskan, encik cuma untung lebih kurang 3 tahun sahaja. Pada tahun-tahun mendatang, encik akan rugi kerana bangunan encik akan tenggelam dalam laut. Kalau encik nak buat juga, saya cadangkan encik buat dekat belakang yang jauh sedikit dari pantai." Salbiah menerangkan panjang lebar.

" Wah. Jadi orang tu ikut?" Aisya masih berminat.
 
"Mana ada orang yang mahu rugi bukan? Jika diberi sedikit penjelasan dan memasukkan nilai-nilai keuntungan dapat mengubah pandangan orang dengan bentuk lebih ilmiah, I'Allah mereka akan faham." Ujar salbiah.

" Wah. Ilmu baru buat saya." Aisya kagum. Ia juga melibatkan komunikasi psikologi.

Aisyah kagum dengan kegigihan sahabatnya mempertahankan ekosistem alam sekitar. Jarang-jarang ada manusia yang cuba mengambil peduli akan ekosistem pada era modenisasi kini. Aisya baru tahu sahabatnya itu mengambil jurusan biodiversiti. Pembelajarannya mengambil berat akan ekosistem. Berbeza pula dengan jurusan yang diambil olehnya yang bertentangan dengan alam. Aisya mengambil bidang perniagaan dalam IT. Sudah tentu pengetahuannya cuma mementingkan nilai keuntungan dalam perniagaan berbanding ekosistem. Pembelajarannya melibatkan nilai kemodenan yang pesat membangun. Mengejar akan nilai kecanggihan berbanding alam. Hatinya terkesan dengan setiap apa yang diperbualkan. 

" Skop ilmu terlalu luas, Aisya. Bidang awak pun bagus untuk diguna pada perkembangan islam." Salbiah berbicara kemudian. Seolah tahu apa yang difikirkan Aisya.
Aisya mengangguk perlahan. Hatinya rasa malu padaNYA. Ilmu Allah memang sungguh luas. Umpama jari itu dicelupkan kedalam laut dan diangkat. Yang setitis itulah ilmu yang manusia pelajari dan yang seluas lautan itulah ilmu Allah Yang Maha Alim. Sungguh. Ilmu Allah begitu luas.

Sekian berbicara. Topik beralih topik. Terlalu banyak ingin dibualkan. Mujurlah Aisya menerima ajakan bermalam dirumah sahabat kembarnya itu. Maka, topik di sambung sampai kerumah. Seakan tidak percaya mereka telah pun dipertemukan oleh Allah pada hari itu. Seolah bermimpi dirasakannya. Secebis rindu yang terlerai. Mereka melakuakan aktiviti yang sudah sekian lama tidak dilakukan bersama. Solat berjamaah dan Al-Mathurat bersama. Kegiatan itu sering dilakukan semasa di Matrik. Berpelukan usai solat. Melepaskan rindu.

Perbualan mereka bersambung-sambung. Bercerita tentang ukhwah. Tentang persahabatan. Muncul nama-nama sahabat yang menjadi ingatan mereka bersama. Tidak terkecuali nama-nama teman sebilik yang dulu-dulu. Dan masih tidak terlupa oleh aisya pabila sahabatnya itu mengatakan tentang adanya seseorang yang mengamalkan 'Ilmu Tasauf'. Sejujurnya Aisya pernah mendengar tentang itu namun dia tidak tahu definisi lebih jauh tentangnnya. Maka dia diam sahaja tentang itu. memasang niat ingin mengkaji.

" Meow.." Si belang merengek manja mematikan lamunan Aisya usai Qiamulailnya pagi itu. 

Rupanya dalam wiridnya, dia jauh menerawang. Jam menunjukkan angka 3.00 pagi. Aisya bangun meninggalkan sejadahnya. Dia kemudiannya duduk bertenggek ditepi Almari buku milik abahnya. Almari itu diisi padat dengan buku agama. Namun jarang sekali Aisya memilih untuk membacanya selama ini. Aisya bukanlah seorang yang rajin membaca. Namun dia cuba memupuk minat itu untuk kali ini.

Setelah lama menilik. Akhirnya buku bertajuk 'Tasauf-Perkembangan dan pemurniannya' olej Prof. Dr. HAMKA menjadi pilihannya. Dibelek-beleknya buku itu. Ingin mencari makna Tasauf.

'Wah..wah. panjangnya. karangan dari atas buku sampai bawah tanpa sengkang langsung. Bahasa dia pun banyak istilah tak faham. Alamak hai..' Getus hati Aisya.

*****

"Aisya..Aisya! Bangun. dah subuh. Mama membebel dah tu." Adik aisya, Dina cuba membangunkan kakaknya. 

Aisya mengosok-gosok matanya yang kuyu. Entah bila di tertidur bersama buku Tasauf itu tadi. Ditoleh jam. 6.06 pagi. Baru masuk subuh. Hatinya tertanya mengapa mamanya membebel.

"Mama dah kejut awal sebelum subuh tadi. Kamu tak bangun." Mama Aisya bersuara di corong dapur setelah mendengar Aisya menapaki bilik air.

"Eh yeke? Tak dengar pun." Aisya tak percaya.

" Eh,eh. Kamu dah menyahut tadi." Mama Aisya pelik.

" Hehe. Mamai kot mama. Aisya dah terbangun pukul dua tadi." Aisya menerangkan. 

" Oh.." Balas mamanya bersahaja. 

'Mungkin mama bising sebab terfikir Aisya terlepas Qiam pagi tadi ni.' Aisya tersenyum memikirkan entah bila keprihatinan mamanya tentang solat malam wujud. 

Mungkinkah mama juga sudah memulakan amalan ini? Hati Aisya gembira. Aisya pada permulaan cuma mengikut kegiatan abahnya setiap malam. Abah Aisya sering bangun awal pagi sebelum azan subuh berkumandang. Aisya pada masa itu masih kurang mengerti. Hanya sering dia memerhatikan tingkah abahnya. Pada setiap pukul 4.00pagi, abahnya pasti bangun kebilik air dan mandi. Usai itu, Aisya mengintai perbuatan abahnya yang kemudiannya pula bersolat. Kemudian beberapa minit sebelum azan subuh, abah akan ke masjid. Itulah rutin Abah setiap pagi yang memotivasikan diri Aisya. Setelah di mengenal tarbiah, Aisya jadi cemburu akan abahnya. Maka, amalan itu dia cuba amalkan juga. Bukan mudah untuk istiqamah. Terlalu sering dia terlepas pada peringkat permulaannya.

Usahanya banyak kali gagal. Nafsu tidurnya seringkali menang. Terkadang seringkali dia menangis. Doa dipohonnya berkali-kali. Begitu cemburu hatinya pada abahnya. 

" Ingin melakukan sesuatu amalan, perlukan mujahadah yang gigih. Aisya kena istiqamah. Paling kurang amalan itu tidak tertinggal di amalkan dalam masa 44 hari. Barulah hari-hari mendatang kita jadi mampu untuk terus terbiasa dengan amalan tersebut." Masih terngiang di telinga Aisya akan pesanan abahnya pada waktu dahulu.

"Amalan itu perlu dilakukan berlandaskan ilmu. Amalan tanpa ilmu rugi. Aisya kena rajinkan diri membaca dan menuntu ilmu." Sambung abahnya lagi.

Memori silam masih segar di ingatan. Usahanya akhirnya berhasil. Bukan mudah untuk dirinya istiqamah. Jauh Aisya mengimbau detik pertamanya pada permulaan dia mengenali Islam sebagai addin.

"Alhamdulillah.." Terbit rasa syukur dihati Aisya kerana Allah masih menyediakan peluang itu padanya. Tidak dia mampu istiqamah jika Allah tidak memberi keizinan untuknya. Bagi Aisya, membawa dakwah bermula dari akhlak. Bukan mudah. Namun sebab itulah, perlunya mujahadah. Menegakkan islam dalam diri terlebih dahulu sebelum menyampaikan seruan pada insan di seluruh dunia dan seisinya.

Usai membaca doa selepas bacaan wirid Al-Mathurat, telinga Aisya menangkap bunyi deruan enjin motor tiba di perkarangan rumah. Bunyi yang tidak asing lagi. Bunyi deruan motor abahnya yang mungkin baru pulang dari berjamaah subuh di masjid. Aisya tidak sabar ingin bertanyakan soalan pada abahnya. Dia jarang berbual dengan abahnya. Terkadang pabila wujub isu penting baru abahnya berminat ingin berbual dengannya. Lama dia tidak berbual dengan abahnya. Aisya lebih serasi berbual dengan mamanya. 

Mamanya memiliki nauri keibuan yang gemar melayan kerenah anak-anaknya yang berbagai ragam. Berbeza pula pada abahnya yang begitu tegas. Kesibukan abahnya yang bekerja dan jarang dirumah menjadikan mereka adik beradik lebih senang berkongsi cerita dengan mama. Tidak kira tentang apa sahaja permasalahan mereka disekolah, pasti mama yang akan lebih tahu. kadang kala mama bercerita kepada abah. 

" Abah, apa maksud Ilmu Tasauf?" Aisya menyoal tidak menyempat. Buku semalam tidak berjaya memberi keterangan pada aisya. Dia teringin sekali menemukan makna secepat mungkin.

Langkahan abahnya terhenti. Ketika itu dia sedang melalui kamar Aisya untuk menuju kebiliknya.

" Ilmu tasauf tu bermaksud menyuci bersihkan kesemua anggota yang zahir dari segala perbuatan yang keji agar hati menjadi suci." Abah memberi jawapan.

" Kat dunia ni ada ke orang yang amalkan ilmu tasauf ni bah?" Aisya masih meneruskan soalan.

" Mestilah ada. Orang yang mengamalkannya adalah orang-orang halus keperibadiannya. Tidak pernah berbohong. Sifat-sifat mereka bersih dari sifat-sifat mazmumah. Hanya sering mengamalkan sifat-sifat mahmudah." Panjang lebar Abahnya menerangkan.

" wah.." Aisya teruja.

"Abah, kalau ada orang nak belajar Ilmu Tasauf boleh ke? Maksud Aisya kalau orang macam kita ni nak belajar? Boleh ke?" Sambung Aisya lagi.

" Boleh. Tapi kena berguru. Mana boleh senang-senang dari buku." Abahnya menjawab.

"Oh kena berguru.." Aisya bersuara seolah faham, namun masih mengerutkan dahi.

" Ye lah. kena berguru. Dan bukan sembarangan guru boleh mengajarkan. Kena ada guru dan keperibadiaannya perlu halus juga." Sambung abahnya lagi.

Aisya mengangguk-ngangguk tanda mula memahami. Rasa kagum pula terbit. Banyak sahaja yang abahnya tahu biarpun bukanlah seorang ustaz. Mungkin kerana abah gemar mendengar di masjid dan rajin pula membaca buku. 

"Nah ambil ni. Baca yang abah ada pernah catat." Aisya menyambut sekeping kertas A4 Berlipat empat yang dihulurkan oleh abah.

'Bahkan abah rajin mencatat.' Aisya rasa tersindir sendiri. Jarang sekali dia menyalin semula apa yang dia baca. 

Aisya tiba-tiba teringat akan satu kata-kata:  "Ikatlah ilmu dengan menulisnya." 
Benarlah kata Imam Ali bin Abi Thalib. Aisya mengakuinya sendiri didalam hati.

Tidak kurang juga akan kata-kata Imam Asy Syafi’i dalam syairnya :
" Ilmu adalah buruan dan tulisan adalah ikatannya
Ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat
Termasuk kebodohan kalau engkau memburu kijang
Setelah itu kamu tinggalkan terlepas begitu saja."

Hati Aisya rasa begitu termotivasi pagi ini. Tekad hatinya ingin merajinkan diri untuk membaca dan mencotohi Abahnya.

Pada kertas tersebut tertera tulisan tajuk. Abahnya menulis dengan huruf besar semua.

TUJUH WALI MELAYU.

1. As-sayid Habib Nuh (singapura)
  • Hadiri sidang wali-wali.
  • keturunan Rasulullah saw
2. Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al-Idrus (Terengganu)
  [ Tokku Paloh : Ulama Regu Sultan ]
  • Keturunan Rasulullah saw. (Nasab ke 32)
  • Menuntut di mekah.
3. Tuan Tulis - Haji Ismail Bin Hussei. (Negeri Sembilan)
  • Padam kebakaran besar di mekah.
  • Mengubat secara rohaniah.
  • suka duduk dengan orang jahil.
4. As-syeikh Muhammad Said Al-Linggi. (Negeri Sembilan)
  • Bertemu Rasulullah saw dalam keadaan jaga.
  • Alim empat mazhab Fekah.
5. Syeikh Muhammad Nor Al-Kholidi.
  • Pengasas kampung Islam contoh.
6.Tok Kenali - Mohd Yusof @ Awang. (kelantan)

7. Tuan Hussein Kedah Al-Banjari. (Kedah)
  • Ulama berdarah pangima
  • Tolak jawatan Mufti
  • Penentang Sistem Riba.
Mereka dikurniakan ilmu-ilmu wahbiah atau laduni, seperti kasyaf, firasat, hati dan ilham. Ilmu yang diperolehi oleh hati yang bersih. Juga orang-orang yang warak, yakni halus keperibadiannya dengan sifat-sifat taqwa seperti sabar, syukur, pemurah, berani kerana hak, rajin beribadah, ikhlas dan sebagainya.

Mereka dikurniakan karamah. Baik karamah zahiriyah mahupun karamah maknawiyah. Ada yang dikurniakan kedua-duanya sekali. Kehebatang mereka membuatkan mereka dihormati pemerintah atau digeruni penjajah.

" Baca yang bawah sekali abah tulis." Ujar abahnya sebelum berlalu kebiliknya. Bilik mereka cuma bersebelahan. Kerana itu Asiya senang mengintip abahnya.

Aisya membaca sambil kakinya melangkah kebilik.

"Abah, Ilmu Wahbiah tu apa?" Laung aisya dari bilik sebelah abahnya. Dia masih tidak faham akan ketinggian penggunaan bahasa. 

"Ilmu wahbiah tu ilmu laduni." Balas abah yang mula menapak kaki kedapur. 

Dahi Aisya makin berkerut tanda tidak mengerti kedua-dua istilah itu.

' Aisya google la macam ni.' Getus hati aisya. Bimbang mengganggu abah pula nanti dengan persoalannya yang tidak henti-henti.

--------------
ILMU WAHBIAH

Ilmu ini bukanlah diperolehi daripada usaha manusia. Ia adalah anugerah Tuhan kepada hamba yang dicintainya. Jelas, sepertimana firmanNya yang bermaksud: Orang yang bertaqwa kepada Allah itu maka Allah akan berinya ilmu. Juga dalam maksud sepotong hadis: Barangsiapa yang mengamalkan apa yang dia tahu, maka berhak bagi Allah mengajar dia perkara yang dia tidak tahu. Inilah yang dikatakan ilmu laduni atau ilmu wahbiah atau ilmu ilham. Iaitu ilmu yang Allah campakkan ke hati orang-orang yang bertaqwa kepadanya. Ilmu seperti ini biasanya bukan ilmu asas. Kerana sudah maklum orang bertaqwa sudah selesai ilmu asasnya seperti ilmu fardhu ain. Apa yang mereka dapat adalah ilmu yang seni-seni dan halus-halus yang boleh menggetar jiwa. Ilmu yang boleh mengubah dirinya dan diri orang lain untuk bertambah dekat dengan Allah. Ilmu yang boleh memberi kesan pada jiwa hingga semakin cinta dan semakin takut kepada Allah. Ilmu yang boleh menyelesaikan berbagai-bagai permasalahan hidup masyarakat.


Antara penjelasan istilah tadi yang ditemuinya dari blog sahabat. Ada huraian selanjutnya, dan Aisya meneruskan pembacaannya.

Apa bukti ilmu laduni atau ilmu ilham ini wujud? Buktinya, adalah berdasarkan hujah berikut:

1. Hujah Al Quran

Dalam Al Quran ada dalil yang kuat sebagai bukti kewujudan ilmu ini.
Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan ajar kamu.” 
(Al Baqarah: 282)

Dalam ayat ini jelas Allah menyebutkan tentang orang-orang bertaqwa yang bersih dari sifat-sifat mazmumah, Allah akan beri ilmu secara wahbiah, tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar atau berguru.

2. Hujah Hadith

Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: 
“Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, 
Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” 
(Dikeluarkan oleh Abu Nuaim)

Inilah buktinya. Artinya ilmu yang telah sedia ada itu akan bertambah bila diamalkan. Yakni ia akan dapat ilmu baru hasil dipraktikkan ilmu itu. Proses ini juga berlaku secara wahbiah.

Inilah yang dikatakan ilmu laduni atau ilmu ilham yang mana Allah sampaikan melalui tiga cara:
  • Ilmu itu Allah jatuhkan langsung ke dalam hati.
  • Adakalanya Allah tayangkan ilmu itu yang boleh dilihat seolah-olah melihat layar TV. Sedangkan orang lain yang ada bersama-sama dengannya ketika itu tidak dapat melihatnya.
  • Atau mungkin mendengar suara yang membisikkan ke telinganya tetapi tidak nampak rupa makhluknya. Inilah yang dikatakan hatif. Mungkin suara ini suara malaikat, jin yang soleh atau wali-wali Allah.
Akhirnya Aisya semakin faham. Untuk memahami satu istilah sahaja, Aisya memerlukan penjelasan yang begitu panjang sekali, barulah dia mula faham. Dan Istilah keduanya adalah 'Kasyaf'. Terlalu banyak istilah baru yang memasuki glosari hatinya yang kurang ilmu.

Aisya cuba mencari makna istilah Kasyaf pula.

Kasyaf boleh kata ibarat macam sixth sense. Bagi pengamal Tasawuf apalagi yang sudah pernah iktikaf, rasanya tidak asing mendengar kata Kasyaf atau pengucapan mudahnya menjadi “Kasyaf”.

Kalau ada teman seperguruan yang boleh meneka isi hati orang lain atau mengetahui hal-hal yang belum terjadi kemudian kita menamakannya dengan kasyaf. Kita semua sepakat bahawa seorang yang kasyaf adalah orang yang mempunyai kemampuan untuk mengetahui hal-hal ghaib baik tentang dirinya maupun diluar dirinya, yang telah terjadi atau yang akan terjadi. Akan tetapi pada umumnya kita tidak terlalu membincangkan makna kasyaf yang sebenarnya.

Prof. Dr. Djama’an Nur Guru Besar IAIN Raden Patah Palembang dalam bukunya:"Tasawuf", mengatakan bahawa Ilmu Kasyaf adalah ilmu yang diperoleh dengan terbukanya hijab (dinding atau tabir), sehingga hati nurani manusia mengetahui rahsia Ilahi, alam ghaib sebagai rahmat dari Allah SWT, setelah dekatnya yang bersangkutan dengan Allah. Menurut bahasa, kasyaf berarti terbuka atau tidak tertutup. Ilmu Kasyaf itu berpusat di hati sanubari manusia yang berada di dalam dada.

Muhammad Solikhin dalam buku : “Ajaran Makrifat Syekh Siti Jenar” mengatakan bahawa kasyaf adalah penyingkapan atau wahyu, atau pengetahuan langsung dari Allah setelah seorang sufi berhasil melampaui tahap dzauq. Kasyaf merupakan salah satu jenis pengetahuan langsung, yang dengan itu pengetahuan tentang Hakikat diungkapkan pada hati seorang sufi dan kekasih yang mencintai Allah.

Dengan sifat rahmat-Nya, Allah memberikan kepadanya sebuah Pengungkapan diri Allah. Tidak hanya menambah pengetahuannya tentang Allah, melainkan juga menambah kerinduannya yang bergelora dalam lautan cintanya kepada Allah. Disinilah seorang sufi sampai pada sebutan Ahli al-kasyaf wa al-wujud (Kaum Penyingkap dan Penemu). Dalam penyingkapan itulah mereka “menemukan” dan “bertemu” Allah.

Dalam dunia sufi, terdapat lima jenis penyingkapan yang sering terjadi pada para sufi :

1. Kasyf ‘aqli; Penyingkapan melalui akal. Ini merupakan tingkatan pengetahuan intuitif yang paling rendah. Allah tidak boleh diketahui dan dicintai melalui akal (al-‘agl), kerana akal membelenggu dan menghalangi manusia dalam tahap akhir kenaikan menuju Allah. Akal mempunyai dimensi rendah tentu saja tidak akan boleh menjaungkau Zat yang Tidak Terhingga yag mempunyai dimensi sangat tinggi. Siapapun yang mencari Allah menggunakan akal tidak akan boleh menemukan Hakikat Allah yang sebenarnya. : “Bumi dan langit-Ku tidak sanggup memuat-Ku, hanyalah hati hamba-Ku yang lembut lagi tenang yang sanggup memuat-Ku”.

2. Kasyaf arwah. Adalah bentuk penyingkapan roh-roh. dimulakan tentang pengetahuan atas roh diri sendiri, kemudian tentang roh-roh manusia dan makhluk lain, lalu meningkat ke roh dalam seluruh dimensi “alam al-ghaib. Puncak pada pengetahuan langsung roh al-idhafi, dan diarahkan kepada al-Roh al-Haqq.

3. Kasyf Bashari atau juga kasyf kauni. Merupakan penyingkapan pada tataran makhluk. Penyingkapan visual yang terjadi melalui penciptaan yang dilakukan Allah. Dalam suatu peristiwa (tempat, tindakan, atau ucapan manusia) seorang yang suci boleh menjadi tempat bagi penyingkapan visual ini. Allah adalah Yang Maha Mutlak. Dia adalah Keindahan (Jamal) dan Keagungan (Jalal). Melalui makhlukNya, Allah boleh mengungkapkan diri-Nya pada hamba-Nya melalui salah satu Nama Keindahan-Nya yang akan menimbulkan kemanisan dan kesenangan. Atau lewat salah satu Nama Keagungan-Nya yang akan melahirkan ketakziman dan ketakutan. Disinilah peranan al-asma’ al-husna atau al-asma’ al-nabi sangat strategik untuk menghantarkan dan membawa seorang sufi ke dalam samudera penghayatan rohaniah.

4. Kasyf Imani. Penyingkapan melalui keimanan. Penyingkapan ini terjadi melalui ketulusan iman seorang mukmin. Kadar intensiti penyingkapan ini boleh berfungsi sebagai katalisator yang mengaktifkan sang Mukmin untuk lebih banyak lagi mencari dan pengetahuan spritual.

5. Al-kasyf al-Ilahi. Penyingkapan Illahi. Penyingkapan ini merupakan buah manis dari ibadah terus menerus dan menghiasi hati dengan mengingat Allah (Dzikurullah). Prosesnya boleh melalui dzikir, wirid, atau mujahadah dan sejenisnya. Penyingkapan Ilahi ini boleh terjadi secara langsung dalam hati, tanpa bantuan visual apapun, yakni ketika keindahan Allah masuk kedalam hati seorang sufi dan pecinta-Nya. Ini juga boleh terjadi dengan bantuan visual berupa lokus tertentu bagi Cahaya Ilahi, seperti dengan senjata wushuliyah seorang suci (Mursyid), benda atau tempat suci. Menghadirkan Mursyid terus menerus dalam hati ibarat menyambungkan elektrik ke pusat sumber elektrik sehingga elektrik mengalir dengan sempurna dan boleh dipergunakan untuk apa saja. Atau ibarat menyambungkan sebatang paip agar air boleh mengalir dari sumbernya dan boleh dipergunakan menurut keperluan. Seseorang yang memperoleh penyingkapan ini akan Melihat Wajah Allah yang tercermin melalui senjata hantaran yang ada, dan terpantul ke dalam lubuk hati.

Dari semua tingkatan itu maka Al-kasyaf al-Ilahi mempunyai kedudukan yang sangat tinggi kerana pada tahap ini seorang hamba boleh melihat dengan jelas Tuhannya melalui hati yang bening dan tenang. Melihat Tuhan adalah puncak dari terbukanya hijab sedangkan kemampuan melihat hal-hal ghaib lain seperti Malaikat, Jin dan lain-lain adalah tingkatan dibawahnya begitu juga kemampuan membaca isi hati orang lain adalah salah satu kemampuan yang di dapat oleh orang yang sudah terbuka hijabnya.

Ilmu Kasyaf, Ilmu Laduni dan kemampuan ghaib adalah ilmu yang dimiliki oleh orang yang dekat dengan Allah. 

Kalau kita membuka cacatan sejarah akan kita jumpai banyak sekali kekeramatan yang dimiliki oleh Para Wali Allah dan juga Ulama yang dekat dengan-Nya. Syekh Abdul Qadir Jailani, Syekh Abu Yazid Al Bisthami, Rabi’ah Al Adawiyah, Junaidi Al-Baghdadi, Abu Said Al-Kharaj, Imam AL-Ghazali adalah orang-orang yang mempunyai kekeramatan dan dicatat dalam sejarah Islam. Kemampuan mereka bukan untuk ditampilkan dengan penuh kesombongan akan tetapi semata-mata sebagai senjata dakwah untuk menambah keimanan orang.

Bagi kaum Sufi, kadang-kadang mereka tidak pernah tahu tentang definisi dan tingkatan kasyaf akan tetapi mereka sudah berada di alam kasyaf dan itu jauh lebih baik daripada menghafal definisi dan pembagian kasyaf namun tidak pernah sampai kepada alam-Nya.

-------

Aisya Sofea makin mengerti. Dia rasa terisi dengan semua yang dibacanya walaupun baru sedikit yang dibacanya. Makin banyak ilmu diterima, semakin rasa rendah dirinya dihadapan Yang Esa. Malunya bukan sedikit.

Terngiang-ngiang lagu nasyid dicorong telinga Aisya tanpa perlu dipasangkan.

Rabbani

Epilog Budi

Nilai diri manusia
Pada amalan di sisi Tuhan
Semakin banyak semakin tawadhuk
Dirinya sebagai hamba

Berakhlak mulia
Disenangi ramai
Bersopan santun
Suruhan agama
Jadilah kita insan berbudaya
Dengan akhlak yang mulia

Ikutlah seperti resminya padi
Semakin berisi tunduk ke bumi
Semakin berilmu merendah diri
Itu sifat yang terpuji

Jangan seperti lalang yang tinggi
Mendongak langit tidak berisi
Membangga diri sifat yang keji
Ia tabiat dibenci

Aisya mula memasangkan lagu tersebut sambil membuka buku-buku yang diculik dari almari abahnya pagi semalam. Subuh itu terisi benar rasa hatinya. Ingin dihabiskan semua buku-buku itu.

CERPEN : Air mata Iman.


lama sudah mimi tidak bersastera. rindu pula. idea datang dari Allah. semoga pemberian Allah dimanfaatkan untuk islam. jom baca. pendek ja. :)

------------------

Malam menyebarkan zarah udara yang nyaman. Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini begitu sempurna. Kerosakannya berlaku hanyalah bahana tangan-tangan manusia yang tidak bersyukur. Maka kerana itu alam menjadi uzur dan kadangkala meragut nyawa penghuni sendiri. malam yang dingin dan nyaman menutup tirai hari ini untuk setiap kehidupan.

" Dila! buat apa kat luar dewan? orang semua kat dalam. " Dila menoleh tersentak.

Habis terbang semua keindahan alam sedang di tadabbur olehnya tadi. Airmata yang entah bila berlinangan di pipi dikesatnya cepat-cepat. Mungkin malu jika ada yang melihat dia sedang menangis. Sekuntum senyuman 'plastik' dilempar pada mira.

"Nangis ya?"

"Mata msuk habuk. Entah dari mana datangnya habuk ni." Dila cuba menyorok kebenaran. Mira pula tersenyum menyindir.

"hai..Kat sini banyak pokok dan rumput segar dan dingin lagi. rasanya payah habuk nak berterbangan di kawasan hijau macam ni. sebab segala partikulat udara sudah pun melekat pada daun-daun yang banyak ni."

' nah keluar sudah fakta-fakta geografi entah bila dia belajar ' Dila berkata dalam hati sambil menggelengkan kepalanya.

"lagipun ayat Dila itu terlalu streotaip. kalau letak dalam skrip filem, Mira yakin filem tu takkan ada ciri-ciri keistimewaan lagi." tambah mira lagi.

Adila tergamam. Usahanya ingin mengelak gagal. nampaknya sahabatnya itu cepat menangkap pandang mutiara jernih yang sempat menyinggah di pipinya tadi.

"sejak bila pula jadi pengkritik filem ni. ?"Topik cuba di ubah lagi.

"Tengok kakilah. kecil punya hal lah!" Mira mendabik dada.

"Cakap besar" Dila mengutuk.

"cakap bohong lagi bahaya. salah satu sifat org munafik. jadi baik awak cakap betul-betul dila. Kenapa nangis ni?"

'Alahai sahabatku yang sorang ni..' Dila akur. dia sedar dirinya memang tiada bakat untuk menipu.

"Sedih ya dengan program lagha di kampus kita? dewan sesak pergaulan batas tidak terjaga? betul kan?" Mira meneka. dia sedar akan situasi berlaku. waktu itu berlangsungnya program karnival kokum. Situasi agak bercampur antara lelaki perempuan. petanda dunia akhir zaman. jauh di sudut hatinya turut sedih.

Dila mengangguk tanda membenarkan terkaan sahabatnya.

"saya pun rasa yang sama. tapi kita tidak dapat buat apa-apa tindakan. cuma mampu diam dan membenci dalam hati." Mira meluahkan rasa yang sama.

Dila mengangguk lagi. Di hatinya cukup benci. Namun terpaksa juga dia ke sana kerana dia masih mengambil kokum pada semester itu. Mahu tidak mahu dia terpaksa ke sana. hatinya terasa lega dan nyaman dapat mencuri keluar dari dewan itu.

Mira tunduk menekur rumput. Dia tahu sahabatnya sedih. Dia juga sedih. Bahkan pasti ada segelintir yang masih sedar akan semua ini pasti turut bersedih. entah ke mana hilangnya sesitiviti terhadap agama. terasa dunia benar-benar di akhir zaman. cukup sedikit sekali insan-insan yang masih ingin memperjuangkan agama. bahkan pentadbiran sendiri sudah hilang sensitiviti begitu. Mereka menangis dan dalam hati masing-masing tahu dan sedar akan lemahnya iman mampu mencegah hanya dalam hati. selemah-lemah iman. tapi syukur masi punya rasa itu daripada langsung tidak tersa apa-apa.

Pelukan hangat di antara dua orang sahabat diraih di bawah samarnya sinaran lampu malam. Angin bertiup lembut seakan cuba mendamaikan hati mereka yang kian banjir dihujani keresaha. lama mereka begitu. menunggu tamatnya program itu. untuk kembali berkumpul bersama persatuan masing-masing.

-----------------

jangan malu jika menangis untuk islam. menangislah sepuasnya. ketahuilah ianya sebahagian daripada..

"air mata iman"

dengan menangis di dunia, orang mukmin akan ketawa di akhirat. disanalah tempat hati dan jasad berehat. didestinasi terakhir itu tidak akan ada lagi tangisan. semuanya ketawa ria. dan itulah ketawa terbaik!

Kata bijak pandai, "One who laugh last, laugh the best.." Dunia tempat berduka, akhirat tempat bersuka. berduka kerana rindu kepada Allah. Bersuka kerana nanti dapat bertemu dengan Allah.

I'Allah.

:: Ihfazillah, Yahfazka ::
(Jagalah Allah, Allah Menjagamu)

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."