Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, InshaaALLAH orang lain akan dapat manfaatnya.

Friday, August 22, 2014

Cerpen : Persoalan budak GAZA.


Satu hari yang tenang di Gaza. BErtemankan terik mentari serta debu pasir yang suci. Hanya aku menyaksikan dari tepi pintu melihat ke luar rumah. Masih tidak mengerti kenapa ramai orang diluar rumahku membawa senjata. Berpakaian seragam. Sering memukul kanak-kanak lain. Aku masih tidak mampu berjalan. Bukan kerana aku bayi yang baru dilahirkan. Hanya kerana kakiku ditelan letupan.Bapaku selalu ceritakan setiap kali sebelum aku lelapkan mata, bahawa kakiku akan tumbuh di alam lain. Alam yang kekal, tiada cacat celanya dan segala-galanya tersedia. Tempat semua permintaan dapat ditunaikan. Namun, bukan semua mampu melangkah ke sana.

---

Jika kami syahid dan menemui Rasulullah di syurga, apa yang perlu kami beritahu pada baginda?

Adakah kami perlu katakan sebaliknya? Atau perlukah kami katakan kalian bukan saudara kami? yakni bukan umat baginda?
Jika kami syahid, jika Baginda tanya pada kami di mana umat baginda ketika kami memerlukan?

Hakikatnya, negara dimana saudara kami yang lain, yang tercapai mimpi mereka, serta memiliki segalanya, masih belum bangkit dari lena mereka yang panjang.
Atau perlukah kami berterus terang bahawa kamu hanya fikirkan tentang diri kamu. kamu tidak layak bergelar saudara kami.

kami tidak bermusuh dengan sebahagian kamu. sebahagian dari kamu yang kami maksudkan adalah yang bukan sekadar melafazkan amarah, tetapi bersungguh dalam doanya.

"bangunlah dari lenamu," pesan teakhir kami untuk kamu. sebelum kami melangkah pergi, menang sebagai mujtahid, mati sebagai syahid.

BOMMM!!

setiap penjuru kejiranan Gaza kembali 'meriah'. Tangisan, kejeritan dan kegelisahan membasahi tanah sudi ini. Tanah ini sekali lagi dihujanu dengan peluru berpandu. Gelap gelita api menelan perut bumi.

persoalan terus tertanya. apa perlu dijawab kepada Baginda tentang Tanah Suci ini? apa terjadi padanya? soalan perlu dijawab sekalian umat Baginda.

Tak perlu jawab..jika kamu bukan sebahagian dari kami!

p/s: Ayuh, doakan kesejahteraan dan yang terbaik untuk saudara kita di Gaza, Palestin!
 

Cerpen : Lubuk Jihad Akan Bebas


'Ceramah Perdana Bersamamu Palestine'
Faiz teringat akan poster yang dibaca sebentar tadi. Dia bermonolog sendiri.
"Perlu ke aku datang ceramah tu?Macam membazir je..Bukan boleh tolong Palestin pun.."

Hilmi yang dari tadi memerhatikan gelagat sahabat karibnya itu, tersenyum seolah-olah memahami konflik dalaman yang dihadapi oleh Faiz.

"Assalamualaikum Faiz, termenung jauh nampak,"tegur Hilmi.

Faiz yang sedari tadi bermonolog sendiri terkejut dengan teguran Hilmi walaupun Hilmi sekadar memberi salam.

"Ish, kau Hilmi. Aku ingat bidadari manalah yang tegur aku tadi",gurau Faiz dalam nada serius.

"Kalau bidadari, takde nya dia nak tegur kau, Faiz. Hehe". Belakang Hilmi ditepuk lalu mematikan perbualan dua sahabat tadi.

"Barangkali Faiz sedang mengalami masalah",getus hati Hilmi setelah melihat rakannya tidak seceria hari-hari sebelumnya.

Hilmi kelihatan tidak berputus asa meskipun sahabat karibnya melayan dia secara endah tak endah. Bagi Hilmi, jika sahabatnya bersedih dan mempunyai masalah, dia turut merasa kesedihannya. Namun Hilmi masih tertanya-tanya, apakah yang mengganggu Faiz sebentar tadi? Dia nekad untuk mengorek segalanya apabila mereka pulang ke kolej kediaman malam nanti. Bagi Hilmi, sahabatnya Faiz memerlukan teman untuk meluahkan segala rasa yang terbuku di hati.

"Aku tak fahamlah dengan masyarakat kita ni Hilmi, mereka ingat dengan mengadakan ceramah-ceramah mengutuk perbuatan Zionis terhadap Palestin tu, dapat merubah apa-apa? Membazir wang je menganjurkan ceramah. Apa orang cakap? Buang karen jek la..."

"Astaghfirullahalazim...Faiz, ceramah tu dibuat untuk menyedarkan dan membangkitkan kembali semangat umat Islam di Malaysia ni. Istilah kamu gunakan iaitu mengutuk tu salah sama sekali. Kita menganjurkan bukan untuk mengutuk sahaja malahan kita anjurkan untuk sama-sama mengutip derma bagi membantu rakyat Palestine. Semua perbuatan ada tujuan yang baik, sahabat".

" Hmmm..yeke??apa yang aku nampak, mereka seolah-olah memperjuangkan sesuatu yang tiada hujung pangkal," balas Faiz.

" Kamu pernah ikut ke ceramah ni Faiz, hingga kamu mengatakan ianya tiada hujung pangkal?", Hilmi bertanya dalam nada sinis.

Faiz terdiam kerana hakikatnya, dia memang tidak pernah ikuti mana-mana ceramah yang berkaitan dengan Palestin. Dia tak mahu sebenarnya kerana dia tahu dia akan turut sama menangis melihat penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin di sana. Dia egois kerana marah dengan pemimpin-pemimpin Islam dunia yang melihat sahaja tanpa berbuat apa-apa. Tapi, adakah dia sudah berjuang mempertahankan Palestin?

Lamunan panjang Faiz terhenti tatkala dia diajukan permintaan yang sukar untuk dia penuhi oleh sahabat karibnya, Hilmi.

"Barulah aku faham kenapa Faiz sangat-sangat tidak keruan semalam. Rupa-rupanya berkenaan Palestin", getus hati kecil Hilmi.

Dia seperti mahu tergelak besar apabila teringatkan wajah berkerut Faiz semalam apabila dia mengajak Faiz untuk bersama-sama mendengar ceramah yang bakal diadakan di kafe Kampung E malam ini.

" Aku nekad nak ajak Faiz dengar ceramah tu malam ni walau apapun yang terjadi" , berkobar-kobar Hilmi bermonolog. Dia yakin ceramah ni akan membawa perubahan dalam diri Faiz. Dia pun tidak tahu apakah yang bakal berlaku, namun dia yakin akan ketentuan Illahi.

MALAM CERAMAH PERDANA BERSAMAMU PALESTIN

Malam ini menjadi malam paling bersejarah buat Faiz. Buat pertama kali dia mengikuti ceramah seperti ini. Tidak pernah terlintas di hati mahupun fikiran dia bahawa dia akan mengikuti ceramah ini. Bukan ingin menidakkan keberkesanan ceramah tersebut namun dia beranggapan banyak lagi yang rakyat Malaysia perlu lakukan daripada menganjurkan ceramah tanpa mempunyai matlamat dan alternatif yang sepatutnya.

" Serangan ke atas kapal Mavi Marmara langsung tak menjejaskan semangat perjuangan kami untuk bangkit memperjuangkan Palestin. Kami bukanlah wira yang ingin disanjung-sanjung, tapi kami inginkan keadilan bagi pihak Palestin. Kami tahu tujuan sebenar Zionis. Kami menyeru anda semua untuk bersama-sama berjuang untuk Palestin dengan menyertai pasukan kami. Kami dahagakan semangat darah muda anak-anak semua!!Kita bukan mahu berperang,kita mahu membantu."
Kata-kata yang dilaungkan oleh Tn. Hj. Jamuliddin bin Hj. Elias sebentar tadi benar-benar membangkitkan semangat Faiz. Seperti ada rasukan luar biasa yang menghuni diri Faiz. Ingin sahaja dia menyahut seruan tadi dan maju kehadapan. Dia sedar akan tugas sebenar dia sebagai manusia yang berperikemanusiaan.

"Hilmi, aku nekad. Aku nak join Yayasan Amal Malaysia. Aku nak bersama-sama dengan LifeLine 4 Gaza. Aku nak jadi ahli aktif mereka. Bukan sekadar memerhati tapi turut turun padang untuk menyelamatkan bumi suci Palestin,"kata Faiz berkobar-kobar.

"Alhamdulillah, aku gembira sangat lihat kawan aku ingin membantu saudara-saudara kita di Palestin. Tapi satu je pesanan buat sahabat yang aku kasihi ni. Aku harap kau tak abaikan pelajaran kau. Belajar juga 'part of jihad'. Kau tahu kan??"
"Subhanallah...Syukur pada Allah, aku dapat sahabat yang sangat memahami dan suka menasihati aku. Jazakallah sahabat. InsyaALLAH, usaha aku akan seiring, Hilmi selagi aku punya sahabat macam kau."

Kedua-dua sahabat saling tersenyum kerana terlalu bahagia dengan persahabatan ini. Hanya Allah yang dapat memisahkan tali silaturrahim yang kukuh antara dua sahabat ini.

Tanggal 12 September 2012, menjadi tarikh penentu buat Faiz.

"Akhirnya, hari penentu buat diriku. Hari dimana dunia akan kembali membuka mata setelah dua tahun peristiwa Mavi Marmara berlalu,"getus hati kecil Faiz.

"Assalamualaikum Faiz,''

"Waalaikumussalam, Hilmi! Kau datang?"

"Demi sahabat yang dikasihi, aku pasti datang,"ucap Hilmi ikhlas.

"Jazakallah, walaupun kau sibuk dengan kerja kau, kau tetap luangkan masa menghantar aku."Ucap Faiz sebak.

"Sahabat aku ingin berjihad. Aku tak nak terlepas menjadi saksi kepergian kau, Faiz."

Hakikatnya, seluruh rakyat Malaysia ingin menjadi saksi kepergian mereka. Pada kali ini, Malaysia menjadi negara yang menghantar sukarelawan yang paling ramai dan sumbangan yang paling banyak. Bukan ingin bermegah, namun rakyat Malaysia sudah mula mempunyai kesedaran mengenai isu Palestin yang tak kunjung padam ini. Bukan sekadar umat Islam yang menyumbang, malahan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin turut menyumbang. Faiz sedar misi ini bukanlah misi untuk berperang tetapi misi untuk menghantar bantuan buat rakyat Palestin yang tidak mendapat bantuan. Namun dia juga sedar akan risiko yang bakal ditanggung kerana kekejaman pihak Zionis memang tak dapat dinafikan lagi. Kata-kata akhir Faiz buat seluruh ahli keluarga dan sahabatnya sebelum kepergiannya ke Palestin sangat menyentuh perasaan semua.

"Kematian ialah satu kepastian. Faiz pilih jihad dengan jalan ini. Jika syahid ialah ketentuan Allah buat diri Faiz, langsaikanlah hutang piutang Faiz dan doakanlah Faiz,''.Faiz dengan tenang dan semangat menuturkan kata-kata itu. Bukan niat Faiz untuk membuat orang yang rapat dengannya sedih namun itulah hakikat yang mereka perlu hadapi jika ditakdirkan Faiz syahid di bumi suci Palestin.

ALLAHUAKBAR!!!ALHAMDULILLAH!!!

Laungan itu menggambarkan betapa gembiranya semua sukarelawan setelah berjaya menjejakkan kaki ke bumi Palestin. Tersentuh hati Faiz saat melihat ramai dalam kalangan sukarelawan Turki sujud lalu mencium tanah berkat Palestin ini. Faiz dan sukarelawan lain turut melakukan perkara yang sama walaupun gerak geri 200 orang sukarelawan sentiasa diperhatikan oleh tentera Zionis, namun tiada rasa gentar dalam diri mereka.

"Mak, Ayah, Adik, Hilmi, Alhamdulillah! Kami Berjaya sampai di sini tanpa halangan yang berat. Jazakallah kerana doakan Faiz."Getus hati kecil Faiz.

Selama dua hari mereka berada di sana, segalanya berjalan lancar. Bantuan berjaya disampaikan. Seluruh dunia memanjatkan kesyukuran. Dalam kelekaan para sukarelawan menghulurkan bantuan, salah seorang tentera Zionis menarik salah seorang kanak-kanak Palestin dan mengasari kanak-kanak itu. Faiz yang menjadi saksi pertama kejadian tersebut, tidak dapat menahan rasa marah.

"Jangan apa-apakan kanak-kanak itu!! Kamu tak berhak terhadap rakyat Palestin dan tanahnya!".jerit Faiz.

"Kamu senyap! Lakukan kerja kamu ataupun kamu akan dihalau dari sini!" balas tentera Zionis.

"Halau kami, kamu yang akan dikecam oleh dunia dan Allah pasti turunkan bala buat kamu semua satu hari nanti!"

Pandangan seluruh kem Misi Kemanusiaan kini semua tertumpu kearah Faiz. Lalu, salah seorang sukarelawan Greece mencelah manakala sukarelawan-sukarelawan lain mulai mara kehadapan.

"Zionis celaka!Israel celaka! Jangan ganggu kerja kami! Lepaskan anak itu!"
Kata-kata beliau berjaya menakutkan tentera Zionis namun mereka mempunyai agenda sendiri. Dalam kesibukan para sukarelawan, tentera Zionis datang bersama-sama dengan kereta kebal. Mereka mengarahkan kesemua sukarelawan agar meninggalkan kem itu kerana mereka syaki bahawa di situ terdapat pengganas dari puak Hamas.

Faiz tidak berganjak malahan Faiz bersama-sama sukarelawan yang lain bersatu dan berganding bahu bagi menghalang niat jahat Zionis itu.

Dalam hati mereka, "Ya ALLAH, jika syahid takdir bagi kami,itulah sebaik-baik ketentuan-Mu."Keteguhan mereka tetap di situ walau apapun terjadi.

Faiz berbisik, "Ya ALLAH, ampuni aku. Mak,Ayah, doakan anakmu. Hilmi, jazakallah sahabat! Aku yakin lubuk jihad akan bebas dengan syahidnya kami!"

Allahuakhabar!
 

Wednesday, August 20, 2014

CERPEN : Cuti bukan alasan


Kali ini mimi repost tulisan mimi tulis dan kongsi di FB. Supaya dapat dibaca lebih ramai. Selamat membaca. Semoga terisi. :)

"Eh, cuti nanti nak buat apa? Takut rugi dan terbuang saja cuti itu tanpa diisi dengan perkara yang bermanfaat " Nora bertanya kepada sahabatnya, fatin.

"banyak benda boleh buat sebenarnya. Benda yang paling penting saya nak buat is khatamkan buku yang banyak kali tertangguh untuk dihabiskan. Maklum saja la, kita student ni banyak sangat report, assignment, quiz dan test. so, cuti yang ada ni kita kena gunakan sebaiknya" Fatin menjawab dengan penuh yakin.

"oh, bagus-bagus!" Nora tersenyum sebelum bertanya kembali. "Lagi?"
fatin mula memandang tepat pada wajah Nora.

"Mengulang dan menambah hafazan Al-Quran" Nora tersenyum lagi.
"betul tu, hakikatnya, masa lapang ni kalau tak diisi dengan perkara-perkara yang baik, jadi ianya akan diisi dengan perkara yang melalaikan. Sungguh, manusia itu dalam kerugian melainkan mereka-mereka yang beriman dan berama soleh. Itu janjiNya..kan." Nora menambah.

"yup. dan cuti bukan alasan untuk melekakan mutabaah" Fatin menambah kata untuk sebuah perbincangan bermanfaat bagi mereka saling berpesan. Nora mengangguk. Dia juga resah tentang perkara itu. bagaimana dia ingin tetap istiqamah. hatinya gusar.

"Dulu selalu juga saya terfikir bila masa cuti ini susah nak jaga mutabaah. Sebab kalau kat UMSKAL, Masjid dekat (senang untuk dengar tazkirah dan solat berjemaah), tak ada tv, tak ada adik-adik yang perlu diberi perhatian, tak perlu memasak dan sebagainya. Bila di rumah, kita ini banyak sangat tanggungjawab. Kena memasak, jaga adik-adik, ada rancangan menarik di tv, perlu kemas rumah dan berjauhan dengan biah yang soleh." Fatin menyambung lagi.

" Jadi saya fikir disebabkan keadaan begitu, mutabaah saya akan sukar dijaga sepanjang waktu. Tapi fikiran saya ini berubah bila teringat kata-kata seorang sahabat lama" Fatin membuka buku yang di dalamnya tercatat tulisan. buku itu kemudian di bacanya.

---------------------

' berjauhan dari halaqah adalah sebab yang kuat untuk memperkasakan mutaba'ah amal, dalam masa yang sama memberi peluang kepada pemantapan diri secara fardhiah. Seterusnya menjadi tarbiyyah untuk diri dan orang sekeliling. Moga lebih banyak 'hati' lebih dekat kepada Allah. Di sinilah letaknya fungsi mutaba'ah amal dalam menjamin kualiti 'hati' yang baik, insyaAllah. Lalu, tiada lagi alasan untuk 'hanyut'!'

---------------------

" Alhamdulillah terisi wak. terima kasih.." Nora tersenyum.
" kita ini memang kena mujahadah untuk menjaga mutabaah bila bersendiri ini. Salah satunya dengan membaca buku-buku ruhiyah (rohani) dan harakiah (dakwah). ini peringatan untuk diri saya sendiri juga ni. hampir saya sendiri terlupa." Fatin bersuara resah bila ada yang berterima kasih sedemikian. kerana hatinya juga hampir terlupa dan setelah Allah mengingatkan kembali dengan perbualan begini dia kembali ingat.

" so, means cuti juga bukan alasan untuk meninggalkan buku, kan awak?" Nora tersenyum. Resahnya untuk menghadapi masa cuti berkurang apabila berbual dengan sahabatnya itu. Mereka tersenyum serentak.

" Dan setiap dari kita ni ibarat murobbi terhadap diri sendiri. jadi sebagai murobbi, kite kenalah siapkan diri dengan ilmu yang pelbagai supaya senang nanti nak sampaikan pada diri sendiri dan orang lain. kalau dulu time kuliah, kita selalu tak sempat nak habiskan buku-buku yang sudah kita beli. jadi, time cuti inilah kita gunakan masa untuk membaca buku-buku yang tertangguh bacaannya. Sekurang-kurangnya masa kita terisi dengan perkara yang baik. " Aliaa menyampuk dari belakang Nora bersama Nik.

"assalamu'alaikum..hee, menyampuk tak bagi salam." Nora mengusik.

"Wa'alaikumussalam. hee, excited dengar perbualan korang, kan Nik? " Aliaa tersenyum.

"kan? Dengar korang berbual mcam best je. saya rasa nak join. memang ada nak tambah tadi.. cuti ni juga bukan alasan untuk meninggalkan seruan dakwah kan?" Nik pula bersuara. suasana ruang tempat duduk depan G-shop makin bertambah dengan manusia.

" a'ah. lumrah. kebanyakan iman jatuh time cuti. tidak kuat menghadpi dugaan berdakwah dan dakwah mula terhenti. sbb tu kita kena biasakan diri kita, time cuti semester ni.. dengan membasahkan kembali hati dengan ilmu-ilmu Allah swt. jangan kita gunakan waktu cuti ini sebagai stesen untuk merehatkan diri daripada usaha-usaha dakwah dan tarbiyah. tiada cuti untuk seorang dai'e " sambung Fatin sambil tersenyum memandang mereka.

"masa cuti inilah tabiyah dzatiyah itu penting. Usrah dan program jangan ditinggalkan sebab, itu yang akan menjaga diri kita agar tidak futur, jadi lemah semangat dan terjebak dengan perkara yang sia-sia." Nora menambah sambil tersenyum.

"tapi dekat rumah susah pula nak ada usrah dan program2. kan? " Nik bersuara perlahan.

" takpe, masih boleh join usrah online. atau kalau susah online kita still boleh gantikan dengan mendengar kembali pengisian yang lepas-lepas atau lihat kembali nota-nota usrah dan pengisian. dan paling penting kita membaca dan menuntut ilmu dengan cara apa sekalipun. tidak semestinya usrah " Fatin memberi cadangan.

" I'Allah. sama-sama kita berpesan-pesan masa cuti nanti. " sampuk Aliaa.

" I'Allah..sama-samalah kita menjaga Masa. " mereka berkata serentak.

** Jika kita tak isi masa dengan perkara baik, maka ia diisi dengan perkara-perkara lagha. Semoga Allah sentiasa memimpin kita, selaku hambaNya yang sangat lemah dan hina ini. tiada daya upaya kita melainkan dengan kekuatan Allah jua. Sungguh, kita merancang dan Allah jua merancang, tetapi perancangan Allah jualah yang terbaik. **

p/s : repost hasil contengan lama dengan memimjam nama sahabat2.

Nora Hana , Aliaa Khalilah , Nik Nur Azira

Cerita ini rekaan semata sahaja.
Tiada kaitan dengan yang lain.
semoga bermanfaat. I'Allah.

#SALAM_RAMADHAN
#OTW_BALIK_KUALA_LUMPUR
#SELAMAT_BERCUTI.

Cerpen : Kanak-kanak adalah bakal mujahidin islam akan datang.


Melihat wajah bersih kanak-kanak yang sedang riang berkejaran bersama adik-adik sendiri di dalam masjid, terbit satu rasa ingin mendekati mereka. Mereka semua ibarat kain putih yang suci bersih, perlu dicorakkan dengan celupan Allah (sibghatullah) agar mereka lahir dengan peribadi-peribadi yang akan membawa sinar baru untuk masa depan deen Islam. I'Allah.

" Hai.. Assalamualaikum. Adik-adik, main ape ni? Boleh akak nak ajak berborak kejap? " sapaku memulakan langkah mendekati. Hati ini sarat membawa harapan.

" Wa'alaikumussalam.." Serentak mereka menjawab dgn bersungguh-sungguh lalu duduk di sisi beramai. Ada yg tertunduk malu dan ada yg tersengih-sengih. Wajah mereka putih bersih. SubhanAllah. Cantik sungguh ciptaan Allah.

" Ni namanya apa?" Mengambil masa untuk ta'aruf sedikit.

" Aisya kak. Ni adik saya Nisha. Sebelah tu Aimi, kawan sekolah saya. Adik saya baru darjah satu. Saya dgn Aimi darjah dua. Sama kelas dengan Adik Firdaus. Betul kan adik akak nama firdaus?" Petah benar Aisya ni. Hanya senyuman mampu di ukir tatkala hati terasa kagum.

" A'ah. Adik akak la ni. " sambil pipinya ku cubit manja. Dia tersenyum.

" Adik-adik main ape tadi? "

" Main kejar kejar. Best kak. " Nisha pula menjawab.

"Wah. Bestnya. Ni, akak nak tanya sikit boleh?"

" boleh, boleh." Semua bersemangat.

" Adik-adik pernah dengar tak ada mak ke ayah ke atau cikgu sekolah beritahu adik adik pasal adab dekat dalam masjid?"

Mereka terdiam. Diam berfikir. Setelah itu menggelengkan kepala.

" Aisya pernah dengar papa bagitahu, kalau masuk masjid kena kaki kanan. Kalau keluar kaki kiri. Betul ke kak? Aisya tiba-tiba bersuara.

" Hmm.. betul. Pandai. Ia sebahagian dari adab kat masjid. Lagi?"

" Tu je kot. Entah. Yang lain tak tahu. Hehe..Akak ada tahu ke? " Aisya menggeleng.

" Ada. Meh akak cerita sikit ya. Sebenarnya adab ke masjid ada banyak.Tapi akak kongsikan satu je dulu ye. Salah satunya ialah kita dilarang untuk berkejaran kat dalam masjid. sebab kita kena menghormati masjid ni sebagai rumah Allah. cuba adik-adik bayangkan, kalau kita pergi rumah org, kita mesti duduk diam-diam bukan? sbb kita hormat tuan rumah. sama juga dengan masjid." Ayat cuba disusun dgn berhati-hati.

Mereka kelihatan sedang berfikir. Ada yg tersengih kerana sedar bahawa dia pernah melakukan hal tersebut.

Hujan yang turun sejak tadi telah pun berhenti. Kebelakangan ini, hujan dikampung Merchang agak keral myimbah bumi. Alhamdulillah. Rahmat dariNya.

Org ramai memulakan langkah pulang. Adik-adik tadi sempat menyalami dan kembali bersama ibubapa masing masing. Tinggal Firdaus bersama aku menuju kereta Abah.

" kak Ina, Allah tu.. ada banyak ke?" Firdaus mula bertanya membuatkan aku terperanjat besar. Dia kelihatan musykil. Mukanya berkerut. Mungkin sedang berfikir.

" Allah itu Maha Esa dik. Allah cuma ada Satu. kenapa ni dik" Soalku kembali. risau menjengah hati.

" Rumah Allah kan ada banyak.." Hampir tercabut jantungku mendengarnya. Ternyata benar kajian yg mgatakan.. kanak-kanak, otaknya banyak persoalan dan kreatif dalam imaginasi fikiran. Astaghfirullah. Hati ini berdoa agar diberi kekuatan dan ilham oleh Allah utk mjwb persoalan itu dgn pnjelasan yg terang. Habis analogi kufikirkan. Benarlah pesan seorg akk naqinah bgitahu, seorg daie kna byk mbc. Lama aku terdiam memikirkannya.

" Hmm...Adik. kalau pakcik Amin ada 3 rumah.. Adakah bermakna pakcik amin ada byak?" Mga dia faham ya Allah.. hatiku berdialog.

" Tak."

" Sebab?" Sengaja aku menyoal.

" Sebab dia kaya."

" Ye, dik. itulah jawapan akak. Allah itu Maha Kaya." Aku tersenyum. Alhamdulillah, dia kelihatan mengangguk dan faham.


CERPEN : Tarbiyah bukan paksaan.


Mimi repost yang dah mimi tulis di FB. supaya jadi koleksi cerpen yang pernah mimi tulis. Cerita tentang ramadhan bulan lalu. selamat membaca dan semoga terhibur. :)

" Una tanak pergi terawih lagi malam ni kak Ina. Una ada banyak kerja sekolah nak kena siapkan." Husna memberitahu kakaknya, alasan untuk mengelak daripada pergi terawih pada malam itu.

Shalina mengangguk sambil tersenyum. Dia meraikan alasan adiknya. Lagipun dia semakin faham tugas seorang daie. Dia hanya mampu mengajak sahaja.

" Nanti kalau Una rasa nak pergi, bagitahu akak ye. Kalau nak solat 8 rakaat pun boleh. Kita pergi dengan motor. Boleh balik awal. Abah mmg akan slalu balik lambat sebab dia selalu solat 23 rakaat. Kalau dengan motor, boleh balik awal. Boleh la siapkan kerja sekolah." Shalina berkata perlahan.

" Kak, kenapa dah tak macam dulu. Dulu akak garang. Semua kena pegi terawih. Solat kena 23 rakaat semuanya. tapi sekarang kami lima org solat 8rakaat akak xmarah. Semalam Una tanak pergi akak tak marah pun. Cuma setiap hari akak ajak kami berlima walaupun kami malas. Akak semakin pelik." Husna bertanya. hairan. Benar-benar aneh baginya.

" Ye ke? Erm.. mungkin akak dah ubah fikiran nak jadi tak garang? He. He. " Shalina terkejut. Tidak perasan perubahan diri sendiri. Orang yang berada disekitar lah yang akan menjadi cermin kepada dirinya.

" Ye ke ni? Macam tak percaya je..mane boleh tiba-tiba baik. Mesti ada sebab.." Husna kurang yakin. Dia belum berpuas hati. Semalam dia tidak mahu pergi dengan alasan yang sama. Banyak kerja sekolah. Banyak kali alasannya sama, namun tidak pula Shalina memarahinya seperti selalunya.

" Hmm.. mungkin akak mula sedar yang tarbiyah itu bukanlah paksaan. Tarbiyah itu seni, halus dan tak boleh dipaksa. Ianya perlu berinteraksi dengan keredhaan dan mengikut fitrah kemahuan seseorang manusia itu. Tiada paksaan dalam agama. Bukan?" shalina menerangkan. Dia berharap semoga adiknya itu memahami.

" Maksud akak?" Husna ingin mendengar huraian dari kakaknya lebih lanjut.

Shalina menghela nafas. Dia merejung wajah adiknya Husna dengan penuh rasa kasih sayang. Adik-adiknya yang lain sedang bersiap menunggu abah ke kereta. Husna bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Aina pula bakal PMR dan Aisyah pula UPSR. Hanya Firdaus yang tiada peperiksaan besar. Firdaus menjadi semakin rajin ke masjid setelah Abg sulung shalina, Rizal memarahinya tempoh hari.

Shalina Kemudianya menyambung kata-katanya lagi.

" Dik, tiada paksaan dalam beribadat. Mungkin dulu akak salah. Akak lupa nak hidupkan hati adik-adik akak agar dapat datang berterawih kerana Allah, bukan kerana akak paksa. Kalau adik-adik akak datang sekalipun, tapi bukan kerana Allah.. Ianya sia-sia. Tiada makna. " Shalina berharap adiknya memahami keterangannya kali ini.

" Oh. Begitu." Husna mengangguk perlahan. Dia semakin faham.

" Islam adalah sesuatu yang perlu dirasai. Org yg merasai dan menghayati Islam dalam hidupnya, dia akan sedar akan matlamatnya yg paling tinggi iaitu mencapai redha Allah. Malah lebih jauh daripada itu, kita semuanya sama-sama ingin melihat wajah Allah. Apapun urusan kita, ikatlah ia dengan Allah. Ibadah sunat seperti terawih itu akan mengukuhkan lagi cinta kita kepada Allah." Shalina mengulas lagi. Bicaranya sarat dakwah yang masih mencuba mengajak org kepada mencintai Allah.

Husna terdiam. Diamnya berfikir. Mungkin sedang menafsir apa yang baru sahaja didengarnya.

" Datanglah dik bilamana hatimu boleh berkata, kedatangamu kerana Allah dan bukanla kerana dipaksa oleh kak Ina atau abang Rizal. Jika hati tidak mampu berkata begitu, tidak datang adalah lebih baik." Pesan Shalina bersungguh-sungguh. Kali ini dia tidak mahu lagi adiknya itu menganggap terawih adalah satu paksaan. Dia lebih senang jika adiknya datang dengan kerelaan.

" Jadi, bagaimana? Nak pergi dengan motor?" Shalina masih mengajak. Husna diam. Shalina memberi dia masa untuk berfikir sejenak. Menunggu jawapan penuh harap. Kesabaran cuba dipupuk dalam dirinya. Firdaus sudah menunggu di muka pintu memberitahu Abah sudah turun ke kereta. Dia menantikan keputusan kami. Menaiki Motor atau dengan kereta iaitu pergi bersama Abah.

" Erm..nanti Una fikir dulu. kalau Una nak datang esok, nanti Una bgtau akak ea?.." Husna masih memikirkannya.

" Ok lah kalau begitu. Akak pergi dulu. fikirkanlah ye. nanti bgtahu akk ye." Shalina mengukir senyuman paling manis buat adiknya yang tercinta sebelum berlalu pergi bersama Firdaus, menuju ke kereta Abahnya yang sedang menunggu. Masih ada harapan. Adiknya memberi harapan untuk keesokannya.

' Tidak mengapalah, jika esok dia datang dengan kerelaan, itu lebih baik berbanding datang hari ini tetapi dengan terpaksa.' Shalina masih cuba tersenyum.

Hatinya tidak boleh terlalu mudah kecewa apabila insan-insan disayangi enggan menyambut panggilan darinya. Sebagai seorang daie, dia merasa tidak layak merasa kecewa. Apatah lagi merasa jemu untuk terus mengajak. kerana hidayah itu milik Allah. Dia mula mengingatkan diri tentang tugas daie adalah bukan paksaan dan hanya mampu mengajak sahaja.

Kerja-kerja untuk menjadi menara hidayah bagi orang lain bukanlah kerja senang. semakin banyak mencuba, semakin banyak pula akan teruji dan terluka. Kadangkala dia terasa terlalu lemah. Terasa diri tidak mampu. Malah pernah dia terasa tidak layak memikul tugas berat itu. Tatkala tamparan ujian hebat menimpa, hati yang rapuh ini akan mudah berbolak balik.

Mad'u itu adalah insan yang cukup bermakna dalam hati seorang daie. kerana merekalah galian-galian bergerak yang sudi Allah kurniakan buatnya. Denga

n kehadiran mad'u, seorang da'e itu berpeluang untuk merebut kemenangan dan janji Baginda saw iaitu :

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari" [HR. At-Tabrani]

'Ya Allah. Engkau bukakanlah pintu hatinya untuk merasai sepertimana Engkau berikan rasa itu kepadaku. Rasa indah dalam melakukan ibadat dan mencintai-MU sepenuh hati dan menjadikan islam sebagai cara hidup yang paling utama. Amin..."

Shalina memujuk dirinya dengan serangkap doa agar digerakkan hati mereka oleh Allah swt pada masa akan datang untuk menyahut seruan Ilahi.

' I'Allah suatu hari nanti.' Shalina berkata dalam hati. Hatinya rasa terpujuk.

p/s : Bermuhasabahlah wahai hati-hati yang teruji. Mugkin ada dosa-dosa yang menjadi hijab antara penyampaian kita dengan orang-orang yang diseru. Kita memang seharusnya bertekad untuk tidak akan melepaskan peluang dari baginda Rasulullah saw katakan dalam hadis tadi. Setiap hari panjatkanlah doa agar terus diberi kekuatan oleh Allah swt.
 

Cerpen : Tudung Saji Sekerat.


Hari ini mimi tuliskan satu cerpen. selamat membaca. semoga terisi. :)

" Adik nak kemana? " Tanya Myra kepada sepupunya, Farah.
" Nak pergi kedai depan rumah tu." Jawab Farah.
" Kenapa tak pakai stokin? " Tanya Myra lagi.
" Kan kedai depan rumah dekat aje." Jawab Farah.

" Oh. begitu. Dik, akak nak tanya sesuatu boleh? " Myra cuba memancing analogi.

" boleh. apa kak? " Farah makin berminat.

" Kalau makanan kita, lalat hinggap sikit, adik akan makan lagi? " Farah membawa kepada bentuk soalan.
" Eh, takkan la nak makan lagi? " Tanya Farah pelik. 
" Tapi, lalat hinggap sikit saja. Takkan nak membazir?" Myra menguji keyakinan.
" Mesti dah kotor. sebab lalat bawa penyakit. Jika ia membawa mudarat, lebih baik jangan makan." Farah menjawab bersungguh.
" Ha, sampai pun maksud akak nak sampaikan. " Myra tersenyum.

"Kaki juga aurat dik. aurat yang sering diabaikan oleh kaum wanita. Tak sempurna dinamakan tutup aurat jika hanya tutup separuh separuh, bukan? Contoh macam tudung saji tadi. kalau tutp separuh, lalat tetap dapat masuk dan hinggap pada makanan kita." Sambung Myra dengan membawa analogi ringkas untuk difikirkan.

Farah diam. Diamnya berfikir. 

" Berstokinlah dik, walau di mana pun kita nak pergi. Tidak kira dekat mahupun jauh. Sebab di luar rumah sudah semestinya terdapat beribu ajnabi yang haram melihat kaki kita. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah." Myra masih cuba menerangkan saudaranya itu tentang maksud analogi tadi.

Farah tersenyum. Dia semakin faham.

" Ya, Farah dah faham kak. Lagipun Farah masih ingat bila kita solat, kita mesti tutup kaki..jika ternampak, hukum solat jadi tak sah.." Farah mengiakan.

" Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Begitu juga bagi Ajnabi untuk memilih isterinya. Kerana kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah dalam menutup aurat. " 

Mereka tersenyum. Farah segera menyarungkan kakinya dengan stokin sebelum turun dari rumah.


Bergaya dan berfesyen. tidak salah. Asalkan menepati syarak dan baik niatnya..

p/s : Ingatlah..walaupun ramai bertudung , tapi lebih ramai yg lupa 'tudungkan' kaki.

Adakah kita RELA DIBAKAR Api Neraka 

hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?



 

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."