Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, InshaaALLAH orang lain akan dapat manfaatnya.

Sunday, January 11, 2015

Hijrah


Bila kita nak berubah, akan ada beberapa STAGE yang akan kita lalui.


STAGE 1 :
Stage ini adalah stage yang menguji diri, dimana kita sudah MULA JATUH CINTA dengan suruhan ALLAH. Bila kita dah jatuh cinta, mesti kita nak buat apa yang orang kita cintai itu suka kan? Dan disinilah kita diuji ALLAH. 

Kadang-kadang kita akan rasa segan, malu, takut untuk membuat apa yang ALLAH suruh.


“Nanti orang kata aku ni bajet bagus pulak.”

“Alamak, segan la pulak. Aku sorang je yang pakai tudung kat sini.”

“Eh, aku je ke yang pakai stoking? Segannya. Mesti orang kata aku pelik.”

“Malunya nak baca Quran lama-lama. Mesti roommates perasan. Ye la, aku kan tak pernah lekat langsung dengan Quran ni. Adeh, segannya.”


Monolog ni semua, bukan enti saja yang rasainya ya ukhti. :) 

Tapi saya, dia dan mereka semua pernah rasa. 

Trust me, you will find it awkward only at the beginning.

Because once you are into it, there is no longer 
‘segan, malu, takut’ tu semua. Inshaa ALLAH.


STAGE 2 : ISTIQAMAH. 

Stage ni adalah stage yang paling mencabar! 

Ramai tersasar di stage ini. Perkara adalah utk istiqamah dalam sesuatu perkara.

Tapi sebenarnya stage ni boleh jadi mudah, kalau kena caranya. Macam mana?

Antara cara kita nak istiqamah dalam sesuatu amal yang kita lakukan adalah dengan duduk dalam biah (suasana) solehah. Duduk dalam kalangan mereka yang sentiasa meletakkan perintah ALLAH sebagai priority dalam hidup mereka; especially when it comes to SOLAH ON TIME. 

Pengalaman saya sendiri, bila duduk sebilik dengan roommate yang solatnya on time, secara automatic ‘penyakit’ tu berjangkit pada saya. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.


Cari sahabat yang baik. Ini pun salah satu cara yang dapat membantu kita utk istiqamah. Sahabat yang baik ni sangat memainkan peranan dalam kehidupan kita.


Hadis Rasululah SAW yang bermaksud,
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”

(Hadis riwayat Abu Daud).


Hadis lain pula ada menyatakan tentang bagaimana ‘rupa’ teman yang baik itu.


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” – al-hadis.


Inshaa ALLAH, jika kita pilih sahabat yang baik, maka baik jugalah kehidupan kita.


Usaha terakhir utk memastikan istiqamah adalah dengan BERDOA. Jika usaha dah dilakukan, maka berdoalah agar ALLAH tetapkan hati kita pada jalan kebaikan. Ni antara doa yang kita boleh ‘amalkan.


“ Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ‘ala deenik ”
(Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU.. )

“ Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ‘alal haqq ”
(Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas kebenaran-MU..)

“ Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ‘ala to ‘atik ”
(Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dgn taat pada-MU)

Thursday, January 8, 2015

Puisi dari Murabbi


Murabbi karangkan buat saya satu puisi lantaran semangat menghantar kekuatan. Alhamdulillah.
saya kongsikan dan abadikan dalam blog saya yang sudah lama bersawang ditinggalkan.

Puisi dari Murabbi.

Manusia,
Bila terluka akan menangis hatinya,
Mencuba2 untuk menunding jari,
Mendabik dada dialah yang benar,
Ayat-ayat Tuhan kian dilupakan,
Saat sang penghasut membisik kejahatan.

Manusia,
Pandang dengan hati yang saleem,
Lihat dengan kaca mata tarbiyah,
Muhasabah dahulu yang perlu ke hadapan,
Angkat tangan panjatkan doa,
Biar sang penghasut mengalah sendiri,
Akhirnya tewas dengan kekuatan hatimu yang saleem.

Katakan wahai manusia,
Kepada jiwamu,
Andai tiada ujian yang diberikan,
Lalu bagaimana kamu akan berubah?
Kerana dalam pencarian redha Allah itu,
Harus bagimu untuk terus ke hadapan,
Dan tidak boleh tidak,
Bersama manusia2 yang turut sama mencintai Tuhanmu.

Tsiqah billah.


Road_To_Henshin

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."