Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, InshaaALLAH orang lain akan dapat manfaatnya.

Monday, February 3, 2014

CERPEN : Apa Khabar Iman ku?

Alhamdulillah. lama mimi tahan diri ini untuk menulis. begitu mencurah-curah idea datang sepanjang mimi annual camp semasa latihan ketenteraan Palapes Udara Umskal. bertahan dan terus bertahan. Akhirnya berakhir jua sebuah kekalutan menghantui jiwa mimi. begitu banyak sekali ibrah dapat mimi kutip sepanjang perjalanan menuntut ilmu medan perang. banyak yang mimi nak ceritakan. suka duka kehidupan dan segala kesusahan yang di harungi kepada readers. akan mimi dokumentasikan ke dalam sebuah cerpen yang bertajuk apa khabar iman ku. ok?  mungkin agak panjang. maka mimi sertakan bab juga la yeselamat membaca. semoga bermanfaat.  :)

----------------------------------------------------------------------------------

CERPEN : Apa Khabar Iman ku?

Babak 1: 
------------------------------------
Hati termanggu-mangu. 
Dipasakkan tujuan hanya untuk Yang Maha Satu.
Moga dipermudahkan jalan ini.
------------------------------------

Petang semakin merangkak tiba. Mata yang penat setelah sekian lama menatap wajah laptop itu di alih ke luar jendela. Di langit, burung bertebaran berterbangan. Pepohon bergoyang-goyang ditiup angin. Hujan turun gerimis menambahkan lagi hening pada petang itu. Nyaman benar terasa. Maha suci Allah yang menjadikan alam ini begitu sempurna. sekilas ku pandang ke luar jendela. Alam ini sememangnya sedang berzikir kepada Allah. Zikir mereka tanpa henti. Malulah aku sebagai manusia yang jarang berzikir kepada Allah. Betapa kurasa angkuhnya diriku sebagai seorang hamba Allah. 

Mata dipejam. Malunya aku pada Allah. Jauhnya aku dari pencipta. Allah, hambaMU sedang menginsafiMu dengan mentadabbur alam ciptaanMu yang begitu sempurna ini. Malunya aku yang masih ragu-ragu untuk meneruskan sebuah perjuangan menuntut ilmu medan perang sekaligus berjihad menyebarkan dakwah islam di dalam situasinya. Aku masih berkira-kira untuk melarikan diri dari turut menyertai perjuangan ini. masih mengintai-ngintai jalan lain dari jalan dakwah yang Allah telah tetapkan untukku. Masih terfikir untuk duduk di zon selesa dan hidup biasa-biasa, sama seperti  pelajar biasa yang lain. Aku menginginkan waktu cuti yang tidak terganggu. Aku terasa makin tidak mampu untuk tetap merintis jalan itu. jalan menuntut ilmu medan perang yang di dalamnya tersingkap beribu kesusahan sepertimana sebelum ini pernah aku lalui pada tahun lalu di semester satu tahun satu. 

'Allah, lemahnya aku..Ampunilah aku ya Allah. kuatkan aku ya, Allah..' Hatiku merintih sayu. diam. memuhasabah diri sendiri. memujuk hati tatkala lemah.

"fuuuuuuu.." Nafas kutarik dalam. kemudian dilepas perlahan. Mata yang penat tadi kembali bertenaga setelah mengambil sedikit masa mentadabbur menghayati Alam Allah. Kekuatan seolah datang kembali mengisi kolam hati yang hampir saja kering dari basahan rasa lemah.

Aku kembali fokuskan kepada pembacaan. semenjak dari tamatnya peperiksaan semester dua hri lepas cuma ini kerjaku tidak berhabis. mengkaji sirah dan akhlak teladan baginda Rasulullah saw. Aku mesti khatamkan semua tentang kekasih Allah ke dalam pengetahuanku. membaca sirah-sirah tentang baginda cukup menjadi guidline kepada diriku sepanjang perjuangan nanti. aku risau tanpa aku pandai mengamalkan tarbiyah dzatiyah sepanjang itu aku kembali kepada jahiliyah. aku takut semakin lupa pada Allah. risau akan melalui lorong-lorong lain. seperti mana sebelum aku menerima tarbiyah. aku kenal betul diriku bagaimana. sesaat aku terleka dan terlupa, maka aku tidak lagi seperti yang ditarbiyah. aku boleh jadi seteruk-teruk hamba. naudzubillah. itu yang paling aku risau. itu yang menggangu hati aku. aku bimbang dan takut. berhari-hari aku memohon pada Allah supaya ditetapkan iman di hati. Agar tidak berjauhan dari terbiyah. Moga Allah pimpin diri ini sepanjang perjalanan dua minggu perjuangan yang bakal menjelang tiba.

Baginda Rasulullah saw itu sangat pemaaf. sifat pemaaf baginda malah berjaya mengajak yang bukan islam kepada islam. apatah lagi bila baginda bertutur bicara. Melalui akhlak yang mulia itu aku begitu terpesona. Tersenyum aku seketika. inilah guidline sepanjang annual camp palapes nanti. aku akan cuba amalkan.

aku terbaca tentang artikel pengemis buta dan sifat pemaaf bginda. Ada juga kisah wanita yang membenci baginda serta menabur sampah pada halaman rumah bginda. semuanya dimaafkan. betapa terpujinya sifat baginda Rasulullah saw. Aku kagum. sungguh! aku begitu kagum. Mampukah aku meniru gaya baginda? Mampukah aku menjadi sebegitu pemaaf. apa yang aku tahu, aku kurang sabar dengan kerenah para sahabat yang tidak memahami caraku. apatah lagi dengan skuad lelaki. aku cukup anti dengan mereka yang kurang faham bab sentuhan itu tidak boleh dalam islam. aku pasti membentak marah tatkala mereka merapat-rapat dengan aku. Aku tidak tahu. bahkan aku sendiri tidak faham mengapa. secara automatik bulu roma ini berdiri begitu tegak sekali tatkala mereka dekat-dekat. risau tersentuh. itu seringkali menghantui dilema. aku sendiri secara semula jadi tidak mampu mengubah rasa itu sudah sepanjang hidup ini menjaga aku. Mengawasi aku dari tersentuh dari mana-mana ajnabi. dan secara tidak sengaja aku pasti membentak marah jika ada yang tidak juga faham-faham tentang ketidakselesaanku ini. kesian mereka. Mereka perlu di ajar lembut-lembut. Namun aku begitu kasar dengan mereka. bagaimana dakwah itu mahu mengalir? 

"Allah, permudahkanlah jalan ini. Esok bakal bermulanya pengembaraan yang kurisau ini. mohon Engkau bantu aku. Awasi aku sentiasa, ya Allah. jangan biar aku sendiri." hati merintih sayu.

secara realitinya aku perlu berdiri di sini. berdirilah aku untuk menyampaikan seru. hati gusar bersalut rasa takut. Takut pada Ilahi. Takut itu taqwa. takut membimbing aku untuk terus berhati-hati. semampu mungkin aku cuba habiskan sisa untuk mengingati Al-mulk ke dalam hafalan ku. supaya aku tidak jauh dari kalam Allah di sepanjang perjalanan perjuangan menuntut ilmu yang menuntut kesabaran penuh dariku nanti.

Terasa panas kulit mukaku. Hidungku terasa sengal menahan perasaan yang terbuku. Risau yang bertandang bukan sedikit. aku bimbang iman terjatuh terperosok jauh ke dalam lembah jahiliyah dulu. tiada sahabat ingin mengingatkan lagi. Izyan telah lama menjauhkan diri dari perjuangan ini. mungkin juga dia menurut arahan keluarga. bukan salah dia. aku pula tiada masalah terus di sini. malah keluarga tidak pernah menghalang. apa pun keputusanku, itulah keputusan tebaik bagi mereka. Aku cukup matang berfikir sendiri, kata mereka.

Air mataku keluar bertakung di mataku ku dan mengalir perlahan-lahan. Semakin lama semakin laju. Allah aku risau. Aku ingin sentiasa dekat denganMu.Surah Al mulk itu cuba ku habiskan hafalan. Aku mengetap bibirku menahan kesedihan dan kesayuan yang mendalam. Aku lemas dengan air mata yang mengalir. terasa ada seseorang menyapu pipiku dengan tangannya. sahabat semua sudah pulang. aku yakin ini mimpi. biarlah. aku tenggelam di dalamnya. kerisauan itu aku cuma sandarkan pada Allah. ini ujian praktikal dariNYA. semoga aku berjaya melepasi segala ujian dariNYA. Entah  bila aku semakin menjauh dari dunia. jauh menjengah alam mimpi.

Babak 2 :

----------------------------------------
Qum Faanzir! Bangunlah! Lalu berilah peringatan! (Al-Mudassir, 74:2).

DAKWAHLAH!
Muhammad s.a.w merupakan daie
daie seorang mengajak manusia kepada Allah
Janganlah kamu merungut dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendakwah ini
Takut-takut rungutanmu dibenci Allah.
dan penyebab kamu futur dari jalan dakwah.
Apa yang boleh kamu lakukan:

Mintalah kekuatan dari Allah
agar Allah tsabatkan dirimu dalam perjuangan
kekalkan dirimu di atas jalan penuh ujian
moga pengakhiran nanti dapat bertemu dengan Rasul junjungan
----------------------------------------

sambung esokla. mimi rasa tidak sihat pula ingin terus menulis. maafkan mimi.



(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."