Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, InshaaALLAH orang lain akan dapat manfaatnya.

Sunday, February 10, 2013

Didik anak untuk mohon maaf



"MAMA, kakak minta maaf kerana tertumpahkan susu."

"Mama, adik minta maaf kerana bergaduh dengan abang."

Alangkah bahagianya hati seorang ibu apabila mendengar dua ungkapan maafdi atas. Tambah pula apabila dilafazkan kanak-kanak seawal usia tiga tahun.

Melafazkan maaf atas kesalahan dilakukan memanglah sukar apatah lagi bagi kanak-kanak. Ini kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan itu satu kesalahan.

Sebenarnya mengakui kesalahan dan meminta maaf adalah perbuatan mulia sama ada di sisi Allah mahupun manusia.

Sifat meminta maaf dapat diterap kepada kanak-kanak apabila ibu bapa melatih mereka mengakui kesalahan sejak kecil. Antara panduan yang boleh dilakukan ibu bapa ialah:

Memberikan contoh secara langsung.

Ibu bapa harus memberikan contoh terbaik kepada anak-anak bagaimana perkataan maaf boleh digunakan.

Misalnya, ibu secara tidak sengaja menumpahkan susu anak. Katakan pada anak, "Maaf ya sayang, mama tidak sengaja menumpahkan susu."

Begitu juga dengan kesalahan lain yang dilakukan. Dengan demikian diharapkan anak terbiasa melihat ibu bapa atau orang paling hampir dengannya mengucapkan kata maaf selepas melakukan kesalahan.

Tunjukkan penyesalan menerusi bahasa tubuh.

Lakukan bahasa tubuh menerusi mata ketika mengucapkan kata maaf. Ini bagi menunjukkan tanda penyesalan anda sehingga anda boleh merasakan penyesalan itu.

Menggenggam tangan anak, memeluk erat atau mencium juga boleh dijadikan contoh ketika memohon maaf.

Namun katakan padanya, pelukan dan ciuman penyesalan hanya boleh diberikan kepada ibu bapa, kakak atau adik saja bukan rakan berlainan jantina. Untuk meminta maaf daripada rakan, cukup sekadar bersalaman saja.

Bahasa tubuh juga sangat berkesan bagi bayi yang belum lancar bercakap.

Dorongan supaya bertanggungjawab.

Selain mengucapkan maaf, minta anak anda bertanggungjawab atas kesalahan dilakukannya.

Umpamanya, jika dia menyenggol rakannya sehingga terjatuh, minta dia melafazkan maaf kepada rakannya itu.

Jika kawannya terluka, minta si kecil memberikan tisu atau ubat luka. Ini sebagai sebahagian pembelajaran mengenai tanggungjawab atas kesalahan dilakukan mereka.

Berikan pujian.

Setelah anak mengucapkan kata maaf, berikan pujian seperti, "Wah bijaknya anak mama, hebatnya kakak kerana sudah pandai meminta maaf."

Ini sekali gus sebagai menguatkan agar apa yang dilakukan anak anda adalah perkara baik dan harus dilakukan berulang-ulang.

Jangan marah.

Paling penting, jangan marah apabila kali pertama anak melakukan kesalahan. Sebaiknya terangkan dengan penuh berhemah supaya dia tahu apa yang dilakukan itu adalah salah.

Kemudian, barulah minta supaya anak meminta maaf atas kesalahan dilakukan.

Mulakan sekarang.

Mulakan budaya meminta maaf di dalam keluarga walau apa jua kesalahan dilakukan sama ada besar atau kecil.

Misalnya, adik meminta maaf kepada kakak, abang meminta maaf kepada adik atau kakak meminta maaf kepada ibu. Apabila anak-anak sudah terbiasa meminta maaf, mereka akan melakukannya kepada orang lain.

Cerpen : Aku tidak boikot McD







 “Eh, dah nak pukul 12.00 ni. Jom kita pergi makan tengah hari” cadang Aiman yang mula kelaparan setelah hampir setengah hari berjalan-jalan di KLCC.

“Agak lah, aku pun dah lapar ni. Pagi tadi tak sarapan. Kau nak makan tengah hari di mana? Aku ikut saja” Hasyim bersetuju dengan cadangan Aiman.

“Kalau macam tu, kita makan di McD je lah. Murah dan sedap” Kamal memberikan cadangan kepada 2 orang sahabatnya itu.

“Okay, beres. Aku pun mengidam burger McD tu.” Aiman bersetuju sambil anak matanya ligat mencari McD berdekatan.

“Tapi..... kita makan tempat lain lah..” Hasyim mula rasa gelisah, kerana beliau sedang memboikot McD.

“Eh, kenapa pula? Kau boikot McD ke? Haha. Macam ni lah, kita makan dulu di McD, lepas makan baru kita boikot. Ok tak? “ Aiman memerli Hasyim dengan nada dan gelak yang agak sinis.

“Kau kalau tak nak makan di McD, kau carilah tempat lain. Aku dengan Aiman nak pergi makan di McD. Kau nak ikut, jangan banyak soal.” Kamal malas hendak melayan pendapat Hasyim.

“Tapi, aku bukan tahu kawasan KLCC ni. Aku baru first time datang sini.” Hasyim mula serba salah dengan dua orang sahabatnya.

“Kalau macam tu, jom ikut kitorang makan di McD.” Aiman terus berjalan menuju ke restoran McD.

Kamal terus mengikuti belakang Aiman.

“Weh, jangan tinggalkan aku.” Hasyim mengejar dua orang sahabatnya sambil di sudut hatinya berbisik,

“Wahai rakyat Palestin, maafkan aku. Iman aku lemah..” secara tidak langsung, berkaca matanya mengenangkan kelemahan dirinya.

***

Sampai sahaja di hadapan restoran McD, ditakdirkan Aiman berjumpa sahabat lamanya, Imran lalu di hadapan McD tersebut.

“Eh Imran, apa khabar kau?” Aiman menegur Imran yang berjalan tanpa memandang kiri dan kanan.

“Oh Aiman. Alhamdulillah, aku sihat. Kau nak ke mana?”

“Aku nak pergi McD ini dengan dua orang kawan aku. Kau cuti ke hari ini? Aku baru nak minta “diskaun” dengan kau” gurau Aiman sambil tersengih kepada sahabatnya, Imran.

Imran tiba-tiba berubah air muka.

“Aku dah berhenti kerja.”

“Kenapa kau berhenti? Kau kerja di mana sekarang?” Aiman terkejut dengan Imran yang sudah bekerja McD di KLCC hampir 2 tahun.

“Aku boikot McD. Aku tak sanggup bantu Zionis bunuh saudara aku di Palestin.” Imran menegaskan nadanya.

Aiman dan Kamal terkejut. Tegar sungguh Imran berhenti kerja di McD semata-mata boikot.

“Kalau kau boikot pun, bukannya Zionis terus mengalami kejatuhan ekonomi mendadak. Bagi aku tak efektif. Habis kau kerja apa sekarang?” Aiman tidak bersetuju dengan tindakan Imran.

Sambil menepuk bahu Aiman dan tersenyum,

“Aiman, tindakan boikot jangan hanya dilihat daripada sudut kesannya, efektif atau tidak, tapi hendaklah difahami ia adalah tuntuan aqidah, bukti keimanan, persaudaraan dan tanda sokongan. Sekurang-kurangnya, inilah aku mampu bantu saudara aku di Palestin. Nak derma, aku tak mampu derma banyak-banyak. Jadi, aku boikotlah Zionis. Mereka (rakyat Palestin) mungkin tidak tahu, tapi Allah Maha Mengetahui. Mungkin aku kehilangan pekerjaan, tetapi aku tidak pernah kehilangan Allah. Rezeki aku bukan datang dari McD, tetapi datang dari Allah. “ panjang lebar Imran menjelaskan.

“Alhamdulillah, sekarang aku sedang berkejasama dengan pak cik aku untuk buat bisnes bagi membantu ekonomi umat Islam di Malaysia. Secara tidak langsung, dapat membantu rakyat Palestin yang berada di Malaysia.” Aiman menyambung lagi kata-katanya.

“Kalau macam tu, kenapa kau tak boikot facebook, laptop dell, dan lain-lain. Semua tu rekaan Yahudi juga” Aiman mula rasa serba salah, namun ditutup dengan persoalan yang tiba-tiba hadir di mindanya.

“Aku yakin, mungkin kau bantu Palestin daripada sudut lain selain daripada boikot. Sebab boikot bukanlah satu-satunya cara, tetapi banyak cara. Aku tidak pertikaikan usaha kau, dan aku harap kau tidak mempertikaikan usaha aku yang sangat kecil ini. Iman aku lemah, tak mampu boikot banyak-banyak. Aku hanya mampu boikot McD, produk Nestle, Loreal dan Coca Cola, kemudian aku cari alternatif untuk semua ini. McD aku gantikan dengan KFC, RFC atau restoran orang Islam, produk Nestle aku gantikan dengan produk buatan Malaysia seperti Vico,  Ali Cafe dan lain-lain, kemudian Loreal memandangkan aku memang tak pakai, jadi aku gantikan dengan air wudu’, dan Coca Cola aku gantikan dengan air soya. Lagi sedap, dan tiada gas karbonat.” Imran menjelaskan sambil tersenyum.

“Baiklah, aku minta diri dulu. Korang pun nak pergi makan, maaflah ambil masa korang. Assalamualaikum” Imran bersalaman dengan 3 orang sahabat dan terus berlalu pergi.
Aiman terdiam sambil memandang restoran McD di hadapannya.

Kamal pula tiba-tiba teringatkan pesanan di facebook untuk memboikot McD.

Hasyim pula matanya semakin berkaca, hatinya gembira kerana Allah mempertemukan dua orang sahabatnya dengan seorang lelaki bernama Imran, dan hatinya berdukacita kerana terlalu mengikutkan kehendak nafsu. Dia beristigfar.

“Jom makan di luar.” Kamal memecah kesunyian mereka bertiga.

“Aku pun rasa macam nak makan di luar” Aiman bersetuju.

Hasyim tersenyum, sambil memegang bahu kedua orang sahabatnya itu dan terus menuju ke luar KLCC meninggalkan restoran McD yang penuh dengan manusia, termasuk yang Muslim.

***

Moral of the story :

1. Kepada yang tidak memboikot (tidak kira apa jua produk);

(a) Jangan mempertikaikan usaha orang lain untuk boikot. Istilah mudahnya, “diam-diam sudah”.

(b) Istigfar atas kelemahan diri kita kerana tidak mampu boikot sekalipun kita tidak bersetuju langsung dengan tindakan boikot.

(c) Cari alternatif lain untuk membantu rakyat Palestin, tidak kira dari segi sokongan moral, derma, doa dan sebagainya. PASTIKAN kita lakukan sesuatu. Jangan tahu mengkritik sahaja.

2. Kepada yang boikot (tidak kira boikot apa jua produk) ;

(a) Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana Allah memberikan kekuatan untuk kita boikot. Jangan berlagak sambil mendabik dada dan memandang rendah orang yang tidak boikot.

(b) HENTIKAN sama sekali SARCASM / SARKASTIK / SUKHRIYYAH kepada orang yang tidak boikot. Jangan sangka kita akan boikot selama-lamanya, mana tahu suatu hari nanti tiba-tiba hati kita berubah. Silap hari bulan, kita jadi penyokong Zionis. Naudzubillah.

(c) Sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hati kita untuk sentiasa istiqomah.

(d) Sentiasa bersangka baik dengan semua orang yang tidak boikot. Mungkin mereka ada alternatif lain untuk membantu saudara kita di Palestin. Kita tidak mengetahui, tetapi Allah jualah yang Maha Mengetahui. Mana lah tahu, orang yang tidak boikot ini, rupanya doa mereka lebih makbul dari doa orang yang boikot. Apa nak di kata?


Akhir sekali, kepada diri saya terutamanya, dan kepada semua orang Islam, buktikan persaudaraan kita dengan saudara kita sama ada di Palestin, Syria, Iraq atau di mana-mana jua dengan amal kita. Jangan sekadar menjadi “keyboard warrior” atau istilah budak kampungnya, “sembang lebat”.


Sumbangkanlah sesuatu untuk saudara kita, sementara kita dan mereka masih ada.


Moga Allah redha.

CERPEN: Ketika Cinta Berusrah

"Fikri! bangunlah kita dah lambat ni," jerit Khairul.

"Kejap la. Baru pukul berapa,"Fikri menarik selimutnya kembali.Khairul buat muka geram.Khairul menarik selimut Fikri.

"Woi bangun la. Dah pukul 6.50 pagi da. Pegi solat."

"ha!wei KHai asal ko takkejut aku."Fikri terus pergi ke tandas untuk mengambil wudhuk. Begitulah kehidupan mereka. Fikri dan Khairul sudah berteman semenjak dari kecil lagi. Jadi tidak hairanlah kalau mereka rapat. Fikri merupakan anak angkat di dalam keluarga Khairul. Selepas ibu dan ayahnya meninggal dalam satu kemalangan jalan raya keluarga Khairul sudah sepakat untuk menjadikan Fikri sebagai anak angkat mereka. Lagipun keluarga Khairul boleh dikategorikan sebagai keluarga yang kaya. Mepunyai syarikat kereta sendiri. Kini Fikri dan Khairul bersama-sama melanjutkan pelajaran di UTM.

"Fik aku pergi dulu. Aku ada perbincangan sikituntuk program minggu depan. Pergi dulu.".Fikri baru sahaja keluar dari dalam tandas.

"Khai!malamnanti kita balik kat rumah walid dengan umi ya?"Khairul hanya mengangguk. Setelah bersiap Fikri mencapai kunci motordan helmet. Dia mengunci pintu rumah dan terus menuju ke motornya.

"Aduss tayar pancit pulak. dah lah bus stop sikit punya jauh."Fikri merungut. Dia memandang jam tangannya. Dah pukul 8.30 pagi. Tanpa membuang masa dia gagahkan juga berjalan di bus stop. Sesampainya di bus stop, bas yang menuju ke UTM elok je berlalu. Fikri terus mengejar bas itu. Kalau tidak bagaimana nak pergi kuliah.

"Bas!Tunggu!!" Fikri menjerit. Semua yang ada di situ memandangnya. Ada yang memandang dengan muka hairan ada juga yang tergelak. Namun Fikri tidak kisah. Apa nak jadi,jadi lah. Tidak lama kemudian bas itu berhenti. Mungkin terdengar jeritan Fikri. Fikri masuk ke dalam bas itu. Matanya terus menerawang mencari tempat duduk. Semua sudah penuh kecuali...di sebelah gadis itu. Gadis itu perasan dirinya diperhatikan. Fikri terus memandang ke arah lain. Hatinya berkata cantiknya dia. Tidak mungkin dia mahu duduk di sebelah gadis itu. Fikri berdiri.

Bas itu berhenti di stesen yang berikut nya. Gadis itu bangun. Mereka berselisih semasa gadis itu hendak keluar.Fikri hanya menundukkan pandangannya. Namun hatinya tetap memuji kebesaran Allah. Dia mengambil tepat duduk di tempat duduk gadis tadi. Panasnya masih belum hilang. Belum tengahhari lagi,dah berpeluh. Matanya terhenti ke arah satu objek berwarna biru firus. Fikri mencapai objek itu. Dompet rupanya. Fikri menyimpannya dahulu. Dia berazam untuk memulangkan kepada gadis itu.Destinasinya sudah dekat. Fikri menyandang begnya dan bersiap sedia untuk bangun.

Selepas kuliah, Fikri terus menuju ke kafe untuk makan tengahhari. Dia sudah berjanji dengan Khairul. Fikri memesan air sirap dan nasi goreng pattaya. Setiap hari dia makan menu itu je. Fikri mengacau-ngacau air sirap di dalam cawan dengan straw.

"Woi! senyum sorang-sorang. Angau ke?" Khairul menyergah. Fikri terkejut.

"Kau ni tak sayang aku lagi ke. Kalau aku sakit jantung dah lama aku kiok kat sini tau." 

"Yelah ustaz. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh."

"Waalaikumusalam. Ha macam tu la. ni main sergah je"

"Dah tu aku tengok kau asyik senyum sorang-sorang. Tak pernah-pernah aku tengok kau macam ni. Asal? Jumpa bidadari ke tadi?"Fikri senyum. Ada aura misteri di situ.

"Moto aku rosak.."

"Jadi?Selalu nye kau mengamukmoto rosak. Seharian bad mood. ni ape cer?"

"Sabar la..aku tak habis cerita lagi," Khairul menunggu respons. Selepas pelayan menghantar makanan yang dipesan oleh Khairul baru lah Fikrimembuka cerita. Dia mencari sesuatu di dalam begnya. Fitri meletakkan objek berwarna biru firus di hadapan Khairul. Khairul membelek objek itu.

"Woi Fitri, kau curi siapa punya ni?"Khairul memandang tepat ke arah Fikri. Fikri snyum lagi. Khairul tidak mengerti.

"Mana ada aku curi, macam ni ceritanya....." Fitri menceritakan dari awal hingga akhir.

Di rumah Abi dan Umi....

"Kenapa Fktri tu Khai? Duduk sorang-sorang. Senyum sorang-sorang" Umi bertanya kepada Khairul yang berada di dapur.

"Ada la tu Umi, Nanti Khai cerita dekat umi dengan abi sekali. Mereka berkump ldi meja makan. Suasana senyap,hanya dentingan sudu dan garfu sahaja kedengaran.

"Anak abi macam orang jatuh cinta lagak" semua mata tertumpu ke arah Fikri.Fikri tersipu malu. Dia memandang ke arah nasi yang tinggal separuh.Memang abi dan umi hebat. Cepat sahaja membaca hati anak-anak mereka. Selepas makan mereka duduk berkumpul sambil menonton televisyen. Khairul membuka cerita. Umi dan abi sungguh terkejut. Tidak menyangka Fikri yang sangat susah untuk mendekatiperempuan jatuh cinta. Kadang-kadang apabila Fikri geramdia mencubit paha Khairul. Begitulah apabila masing-masing pulang ke kampung. Dalam hati Fikri dia berdoa agar bertemu kembali dengan gadis itu. 

Malam itu, dia membuka dompet itu jika ada alamat rumah nya ke. Boleh dihantar. Khairul juga ada disitu.

"Fik. orang Perak la dia. Dah la duit banyak. Mesti budak tu risau. Besok kita ajak la Umi dengan abi pergi. Mesti mereka tak kisah. Selepas berbincang mereka sepakat mereka bertolak selepas Subuh.
~

"Abah jangan ambil duit tu bah. Ni je duit yang Ira ada untuk belanja adik-adik. Tolongla," Nadhirah cuba merampas duit kertas di tangan ayahnya. Adik-adiknya yang seramai 7 orang itu hanya mampu duduk di penjuru rumah. Tidak berani menentang ayah mereka yang garang itu.

"AAh!! kamu semua tak habis-habis nak menyusahkan aku. Baik pergi mampos macam mak korang," Pak Seman menaikkan tangannya untuk menampar Nadhirah yang masih memegang erat tangannya. Sebelum tangannya melayang ke pipi Nadhirah, tangannya ditahan dan dipulas dari belakang.

"Woi. Lepaskanlah bodoh tangan aku," Pak Seman menjerit nyaring. Nadhirah mendapatkan adik-adiknya yang ada di penjuru rumah. Mereka berpelukan.

Aiman melepaskan tangan Pak Seman kerana jeritannya yang menyakitkan telinga. Pak Seman memandang muka Aiman yang masih lagi tenang. Dia memandang pula ke arah pintu. Kelihatan tiga susuk badan disitu. Pak Seman bangun lalu merempuh mereka. Hampir terjatuh Khairul dibuatnya. Puan Samsiah pergi ke arah anak-anak yang masih duduk di situ. Seorang perempuan bangun lalu bersalam dengan Puan Samsiah. Puan Samsiah memeluk gadis itu. terasa penderitaan yang dialami oleh gadis itu bersama adik-adik.

"Nama kamu Nadhirah?," Puan Samsiah menyoal. Gadis itu mengangguk. Tudung gadis itu dibetulkan agar kelihatan lebih kemas. Nadhirah memberi isyarat kepada adik-adiknya agar bersalaman dengan tetamu yang hadir.

"Saya sediakan air dulu ya,"Nadhirah berlalu ke dapur.
"Fik budak perempuan tu ke?" Khai bertanya. Fikri hanya mengangguk lalu tersenyum nipis. Encik Kamal dan Puan Samsiah terdengar turut tersenyum. Nadhirah datang menatang minuman. Mereka kemudian bercerita. Nadhirah pada mulanya enggan bercerita. Namun setelah dipujuk baru dia mahu membuka cerita.

Sebenarnya yang tadi itu bukan ayah kandung mereka tetapi ayah tiri. Sebelum ini dia tidak bgitu. Namun setelah kematian isterinya iaitu ibu kepada Nadhirah, Pak Seman seakan hilang tempat bergantung. Dia jadi tidak tentu arah. Dia menyangka kematian isterinya disebabkan oleh adik tiri Nadhirah yang paling bongsu kerana isterinya meninggal semasa melahirkan anak yang paling bongsu. Semenjak itu Pak Seman mula berjinak dengan najis dadah. Lama_kelamaan dia sering meminta duit. Jika tidak dapat dia memukul adik-adik Nadhirah. Nadhirah terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Perak untuk mengurus adik-adiknya seramai 7 orang. Adiknya yang kedua adalah lelaki. Dia juga sering balik ke rumah. Kini adiknya yang bongsu telah mencecah 2 tahun. Sangat kasihan kecil-kecil lagi sudah mengharungi kepayahan hidup. Nadhirah bercerita dengan tenang. adik-adiknya hanya menjadi pendengar setia. Puan Samsiah menangis mengenangkan nasib Nadhirah dan adik-adiknya yang malang itu. Encik Kamal menggosok bahu isterinya. Aiman meriba adik Nadhirah yang paling kecil. Yusra namanya.

Tidak lama kemudian azan Asar berkumanang mereka solat jemaah diimami oleh Fikri. Dalam hati,Nadhirah memuji kemerduan suara dan ketenangan wajah Fikri. Pemuda yang ada di dalam bas itu. Masih segar lagi diingatannya. Allah telah memakbulkan doaku agar bertemu dengan lelaki ini sekali lagi.

Selepas Solat Asar keluarga Encik Kamal bergerak meninggalkan rumah papan itu. Fikri sempat bertukar nombor telefon dengan Nadhirah di dapur tadi. Mereka mahu pergi ke rumah mak dan ayah Encik Kamal merangkap atuk dan nenek Khairul.

"Kami pergi dahulu. besok insyaallah kami datang lagi. Nadhirah kalau kamu nak tumpang balik Kuala Lumpur boleh juga. Kamu kan satu universiti dengan Fikri dan Khairul," cadang Encik Kamal.

"Insyaallah Pak cik,"Nadhirah dan adik-adiknya bersalaman dengan keluarga itu. Fikri menjeling ke arah Nadhirah. Nadhirah tunduk malu. Khairul mencuit pinggang Fikri.

"Opocot,"Fitri melatah. Semua yang ada di situ tergelak. Tergambar sinar kegembiraan di situ. Mungkin sudah lama rumah itu diselubungi duka dan hari ini kebahagiaan yang mengganti.

~~~~~~~
Besoknya keluarga Encik Kamal melawat lagi. kali ini mereka tidak datang dengan tangan kosong tapi dengan membawa barang keperluan seperti beras,susu dan pelbagai lagi. Yusra adik Nadhirah yang paling bongsu sangat manja dengan Fikri. Apabila mereka sampai si comel itu berjalan terkedek-kedek mendapatkan Fikri. Fikri suka akan budak-budak berbeza dengan Khairul. Mereka berangkat ke Kuala Lumpur selepas makan tengah hari di rumah Nadhirah. Nadhirah bersetuju untuk mengikut mereka balik ke Kuala Lumpur. Nadhirah tidak lupa memesan kepada adik-adiknya agar menjaga diri. Terutama kepada adik yang kedua dan yang ketiga Alif dan Rayyan. Nasib baik mereka boleh diharap. Lega hati Nadhirah.
~~
Semakin hari hubungan Fikri dan Nadhirah semakin rapat. Fikri sudah selalu bangun awal. Dah tak payah nak kejut pagi-pagi. Keputusan peperiksaannya yang dulu cemerlang bertambah cemerlang. Terlalu banyak perubahan yang ada pada diri Fikri. Itu memang Khairul perasan. Dia berasa sangat bersyukur dan gembira dengan perubahan Fikri. Sahabat baiknya. Namun bagi Khairul perasaan resah itu sering mendatang tatkala melihat kemesraan pasangan itu. Mana taknya asal mereka hendak berjumpa pasti Fikri mengajaknya sekali. Bimbang difitnah orang. Sebegitu sekali Fikri menjaga batasnya. Khairul mencapai telefon bimbitnya lalu membuka fail gambar yang ada. Dalam satu folder ada satu gambar Nadhirah yang diambil secara senyap-senyap di taman minggu lepas.

"Aku minta maaf Fik. Aku tak boleh kawal perasaan aku," Khairul baring di atas katil. Tidak sedar bila dia terlelap.
~~~~~~
Fikri cuba membuka pintu bilik yang berkunci. Khairul mesti tidur ni. Fikri menyeluk kocek seluarnya lalu mengeluarkan kunci. Dia memulas tombol pintu perlahan-lahan. Bimbang mengganggu Khairul yang sedang berehat. Fikri mencampakkan beg sandangnya ke atas katil lalu merebahkan badannya. Kuliah pada hari Khamis memang penuh. Tergerak hati Fikri untuk melihat Khairul yang baring di atas katil. Fikri terlihat cairan merah pekat yang keluar dari hidung Khairul. Fikri pada mulanya tidak pasti. Dia menyentuh cairan tersebut dan membawanya ke hidung. 

"Ya Allah,Khai. Macam mana boleh jadi macam ni. Khai bangun Khai," Fikri menggoyangkan badan Khai. Masih tiada reaksi.

"Khai! Kau jangan main-main Khai. Bangunlah," Fikri mula panik. Dia berlari keluar untuk meminta pertolongan ahli dorm yang lain. Mujur Fikri terserempak dengan Nasir dan rakan-rakannya yang baru pulang dari kuliah. Mereka mengangkat Khairul sampai ke kereta Ubaidah yang turut ada disitu. Fikri mengambil dompet dan telefon bimbit Khairul.
Encik Kamal dan Puan Shamsiah sudah dimaklumkan. Mereka akan sampai sebentar lagi. Segala hal pendaftaran di hospital itu diuruskan oleh Ubaidah. Fikri sudah tidak tentu arah. Sekejap duduk sekejap berdiri. Tidak lama kemudian Nadhirah datang dengan memakai jubah hijau lembut dengan selendang yang sedondon. Nadhirah terus ke hospital setelah mendapat tahu daripada Nasir yang terserempak dengannnya tadi. Encik Kamal dan Puan Shamsiah datang.Mata Puan Shamsiah sudah merah. Nadhirah memujuk Puan Shamsiah. Manakala Encik Kamal masih tenang. Namun hatinya siapa yang tahu. Tidak lama kemudian seorang lelaki berjubah putih keluar dari bilik rawatan Khairul. Mereka pergi ke arah doktor tersebut.

"Bagaimana dengan anak saya doktor?" soal Encik Kamal.

"Anak encik perlu ditahan di wad selama beberapa hari untuk menjalankan pemeriksaan lanjut,"

"Kami boleh melawat dia?"

"boleh silakan," doktor itu berlalu.

"Abi dengan Umi masuklah dahulu. Saya hendak solat Asar sebentar. Nanti habis waktu pula,"Fikri meminta diri. Dia memandang Nadhirah yang hanya menunduk dari tadi.Fikri berlalu untuk pergi ke surau hospital.

Selepas habis solat Fikri menadah tangan untuk berdoa kepada sang pencipta. Dia memohon supaya Khairul cepat sembuh dan dijauhi daripada sebarang penyakit yang boleh memudaratkan dirinya. Fikri meraup tangannya dan bangun. Tiba-tiba satu objek jatuh dari kocek seluarnya. Telefon bimbit sony ericson kepunyaan Khairul. Fikri mencapai telefon bimbit tersebut. Dia menekan punat bagi menghidupkan telefon bimbit tersebut. Kelihatan wajah seorang gadis yang amat dikenalinya menghiasi wallpaper Khairul. Khairul suka Nadhirah? Aku tidak percaya. Fikri terduduk di atas karpet surau itu. Perasannya bercampur-baur. Tidak tahu harus marah, sedih atau apa. Fikirannya bercelaru. Namun dia gagahkan dirinya untuk melangkah ke bilik rawatan Khairul. Walau macammana pun Khairul tetap sahabatnya.

~~~~~~~~~~~~

Sudah dua hari Khairul terlantar di wad. Sudah dua hari juga Fikri menjaga Khairul. Dia sudah mengambil cuti kecemasan daripada pihak universiti. Setiap hari Fikri bercakap dengan Khairul walaupun tidak ada respons yang diberikan. Fikri sudah mati akal untuk buat apa. Puan Shamsiah asyik bertanya bila Khairul hendak sedar. Kata doktor sepatutnya Khairul sudah sedar tapi doktor pun tidak tahu. Doktor kata mungkin semangatnya hilang. Tiba-tiba Fikri mendapat idea.

Keesokan harinya dia terus bertemu dengan Nadhirah di taman rekreasi berdekatan dengan fakulti kejuruteraan.. Dia menceritakan semuanya tentang apa yang dia nampak di dalam telefon bimbit Khairul. Nadhirah begitu terkejut. Dia juga tidak sangka.

"Nadhirah, saya memang akui saya memang sukakan awak. Saya memang harap sangat yang awak jadi isteri saya. Tapi saya lebih sayangkan Khairul. Saya kesiankan umi dan abi. Jadi saya ingin meminta pertolongan dari awak. Kali ini sahaja,"Fikri terpaksa meluahkan walaupun pahit. Biarlah dia berkorban asalkan sahabatnya bahagia. Nadhirah menunduk. Perlahan-lahan air matanya menitis. Fikri diam. menunggu masa untuk Nadhirah reda. Setelah reda, Nadhirah mengangkat kembali mukanya. setentang dengan Fikri.

"Perasaan kita sama Fik. Apa yang boleh saya bantu, saya bantu insyaallah," Fikri senang dengan jawapan itu.
"Saya tahu ini sangat sulit bagi awak. Tapi itu sahajalah caranya,"Fikri menarik nafas lalu meneruskan bicaranya.

"Luahan perasaan cinta kepada Khairul," Nadhirah terkejut. Seakan jantungnya terhenti. Mana mungkin dia meluahkan perasaan kepada orang yang tidak disukainya. Nadhirah menggeleng. Fikri memujuk Nadhirah.

"Baiklah, tapi awak kena tahu bahawa perasaan saya terhadap awak tak berubah," Fikri lega

~~~~~~~~~~~~

"Khai bangunlah. Nadhirah datang ni," Nadhirah menoleh ke arah Fikri. Encik Kamal dan Puan Shamsiah ada juga di situ. Fikri memberikan isyarat supaya Nadhirah meneruskan.Nadhirah bercakap dekat dengan telinga Khairul.

"Khai bangunlah. Saya sayangkan awak.Saya cintakan awak. Bangunlah. Jangan buat macam ni," Nadhirah berkata dengan suara yang bergetar. Fikri sudah keluar dari wad itu. Tidak sanggup untuk mendengar. Fikri meraup mukanya. Dalam hatinya dia berdoa agar cara itu berhasil. Tidak lama kemudian Khairul membuka mata perlahan-lahan. Puan Shamsiah dan Encik Kamal meluru ke katil Khairul. Nadhirah masih lagi berdiri di situ.

"Umi...Abi...Khai nak minta maaf kalau Khai ada buat salah. Nadhirah, Khai tahu apa yang Nadhirah cakap semuanya tipu.Tapi Khai hargai. Khai tahu Fikri dan Nadhirah susah nak dipisahkan. Khai redha," Khairul berkata perlahan. Fikri masuk ke dalam wad itu. Dia memegang tangan Khairul. Sejuk.

"Fik, nanti jagalah Nadhirah......," nafas Khairul semakin laju. Dadanya berombak kencang.Encik Kamal memanggil doktor. Puan Shamsiah sudah menangis teresak-esak. Nadhirah menekup mukanya. Encik Kamal memegang ubun-ubun anaknya.

"Khairul...mengucap. Lailahaillallah....," Khairul mengikut. Khairul menghembuskan nafas yang terakhir pada hari jumaat tepat jam9.15 pagi. Selepas solat Jumaat, jenazah Khairul dikebumikan.
~~~~~~~~~~~~~

"Abi!!Umi!! Tengok ni Khai lukis apa," Khairul berlari-lari membawa kertas lukisan ke dapur. Fikri dan Nadhirah sedang masak makanan tengah hari. Fikri membasuh tangannya dan terus mendukung Khairul anaknya. 
"Abang, tengok sambal dah hangus lah. Nadhirah yang sedang memotong sayur terkocoh-kocoh berlari ke arah dapur gas. Fikri hanya tergelak melihat isterinya. 

Kini mereka sudah dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata yang diberi nama Khairul Falah. Nama Khairul diberi untuk memperingati sahabat mereka Khairul.....

CERPEN : Melangkah Ke Menara Gading (Bhgn 2)

Aku meluru ke bawah khemah setelah dapat mengecam dari jauh bagasi berserta beg galas merah jambu milikku.Lantas kugalas beg itu lalu ku heret pula bagasi uzur milikku yang sudah patah kakinya menuju kediamanku untuk diangkat ke di tingkat 4. Berbekalkan tenagaku yang berbaki sedikit entahkan mampu entahkan tidak untuk aku berbuat demikian.Aku kurang pasti. Cuma yang terfikir di benakku saat ini , teruskan sahaja.

‘ Redah je. I can do it. Mimi BOLEH !! ‘ Jeritku dalam hati. Tingkat satu yang kupanjat dengan penuh gigih mempertemukan aku dengan seorang pelajar cina.
“Boleh kah? Meh, saya tolong.” Katanya ingin membantu seraya tangannya sudah memegang sebelah begku. Sungguh ! keikhlasannya terpancar. 
“ Terima kasih.” Dalam keadaan segan, aku sempat berterima kasih. 
“ Tingkat berapa?” Dia bertanya semasa kami sudahpun berada di tingkat dua. 
“ Tingkat 4, kamu?”“ Saya tingkat 3.” Dia menjawab pertanyaanku. 
“ Oh, kalau macam tu awak tolong saya sampai tingkat 3 sajelah.”kataku. 
“ Betul ke ni ok?” Tanya dia ladi sewaktu ingin meniggalkanku di tingkat 3. Begitu prihatin. 
“ Takpe..ok je ni..Terima kasih banyak yer..” Kataku sambil tersenyum.
‘Semoga Allah memberi hidayah padamu’ Itu doaku padanya. Dia begitu ikhlas sekali , jadi tidak salah jika suatu hari nanti dia masuk islam dan sama-sama berjuang menegakkan agama.’Tiada yang mustahil bagi Allah..Allahurobbi..’ Hatiku berbisik. Aku tersenyum manis tatkala berdiri betul-betul di depan rumahku sekarang.

Ada 4 pintu. 3 untuk pintu bilik manakala 1 lagi untuk tandas. Aku di tempatkan di pintu no 1. Saiz bilik agak kecil berbanding di matrik dan almarinya pula bercantum dengan meja belajar. Biarpun meja belajarnya mempunyai ruang yang agak sedikit, tapi lebih baik daripada tiada. Aku percaya katil bahagian yang tadinya menjadi pilihanku mungkin sudah dimiliki pelajar lain kerana tiada barang untukku tandakan sebagai milikkku pada masa itu.

’Takpe la.bukan lame pun kat sini’ Hatiku memujuk.senyuman terukir di wajahku seketika setelah berjaya memujuk perasaan. Dengan daya yang masih diburu kepenatan, Aku meluru masuk ke bilik yang sejak tadi kuperhati kan. Aku di sapa dengan satu senyuman lalu kami berkenalan. Bilik itu menempatkan 4 orang pelajar namun 2 lagi mungkin masih belum masuk ataupun mereka mungkin golongan second intake.
“Hai, baru sampai ke?” Dia cuba menyapaku. 
“Taklah.Dah lame sampai tapi pegi taklimat PTPTN dulu tadi.Katanya wajib” Jawabku melepaskan penat yang masih bersisa.
Mana tidaknya, dengan taklimat tadi, cukup hampir membuatku rebah mencium bumi sepanjang beratur menungu bas untuk pulang ke Kediaman Kampung E semula. Kepanjangannya tidak terjangkau oleh akal fikiranku.Dengan peluh yang merenik merayap ke seluruh muka serta badan ditambah pula dengan keletihan sepanjang perjalananku untuk ke sini sudah cukup menggambarkan aku kehilangan kesemua tenaga yang kumiliki.Aku tidak berdaya lagi untuk terus berdiri dengan kepalaku juga terasa pening, maka aku duduk sebelum keadaan bertambah teruk.
“Saya tak pergi sebab baru sampai.” Dia bersuara tiba-tiba memberitahu.
Aku tersedar.Lamunanku terhenti di situ. Segala yang sedang kufikirkan terbang jauh sebebasnya.Aku mengamati isi bicaranya.
“Pukul berapa sampai tadi?”Terpancul pula soalan itu dari mulutku.“6.30 petang tadi.”Jawabnya.“Eh, saya pun sama tapi dorang tetap suruh saya pergi.”kataku sedikit kesal.
Aku memang sangat geram dengan fasi lelaki itu.Memang tiada perasaan.Sekurang-kurangnya prihatin sedikit sudah memadai.Aku datang dari jauh bukan seperti budak sabah yang hanya datang dihantar oleh orang tua mereka.Lebih menyakitkan lagi isi taklimat PTPTN hanyalah perkara asas yang sudah aku tahu.Lagipun segala urusan PTPTN sudah ku selesaikan dan taklimat itu hanya khusus untuk pelajar yang belum menyiapkan permohonan.Layaknya aku berehat di bilik bukan membazir masa rehatku di situ.
“Ape isu taklimat tu?”Tanya dia lagi ingin tahu.“ Takde isu pape pun. Asas je. Saya pun menyesal pergi.kalau tak mesti saya dah tidur nyenyak sekarang ni” Jawabku dengan perasaan geram.
Ya! Aku geram pada fasi itu. Ingin sahaja aku tumbuk-tumbuk mukanya.Geram masih bersisa.
“Ow..” Dia tersenyum tanda faham.
Manis senyumannya. Mungkin senang hati dengan jawapanku.Tidak perlu dia merisaukan taklimat yang terlepas itu.
“siapa name awak ek? Berbual lame sampai lupa nak berta’aruf.” Soalku sambil menggaru kepala yang tidak gatal. 
“Hanis Elina, terserah nak panggil ape..awak plak?” 
“Panggil je saya Mimi. Asal?” 
“Pahang.Mak ngan abang saya datang sekali tadi.” 
“Oh ye ke. Lepas tu dorang dah balik ker?” 
“Dorang gi hotel.esok baru balik.”Jawapannya sudah cukup membuatku ternganga.

Wah! biar betul.Mungkin dia ini dari golongan keluarga berada. mungkin juga anak bongsu. Hanya dua kemungkinan yang kufikirkan.Berdasarkan gaya barangan yang dibawanya sudah cukup membongkarkan segala identitinya. Aku meneliti seluruh isi barang-barang miliknya. Beruang peluk juga dibawanya sekali. Itu sudah cukup menggambarkan dirinya adalah gadis yang agak dimanjakan. Jika aku ingin membawa bahkan memiliki beruang sebegitu memang agak mustahil.Makan kaki agaknya aku ini jika berbuat begitu.Mana tidaknya, benda itu penting sangatkah untuk dibawa? Aku yang cukup matang membawa 1 bagasi sederhana besar berserta satu beg galas biasa sudah cukup disindir kakak.
“Bawa ape lah banyak sangat. Orang lain bawak sikit je. Kak Ina pun takkan bawak macam mimi bawak sekarang nie…hishh..” berdesing telinga aku.
Mungkin Hanis anak bongsu.Mana mungkin aku boleh berangan mendapat layanan idamanku seperti yang dirasakanny sekarang. Hanya anak bongsu atau anak yang dimanjakan sahaja dibenarkan membawa 3 buah beg yang sebesar tahap maksima bagi aku.Entah apa yang dibawanya ,aku turut hairan.
“Awak anak ke berapa?”Terpancul soalan itu dari mulutku tiba-tiba“Saya anak bongsu. Sebab tu la dorang hantarkan.”Jawabnya sambil tersenyum malu.
Mungkin dapat membaca isi fikiranku. Tepat sekali jangkaanku.
“Ow..” Aku memberi respon. 
“Awak plak?” 
“ Saya anak ke 3” 
“Ow..” Giliran dia pula memberi respon sambil tangannya sibuk menggosok baju kurung.
Aku pula sibuk memasang cadar. Biarpun Cuma untak 4hari aku di sini, keselesaan tidur keutamaanku untuk mendapatkan rehat secukupnya.Tidur adalah waktu rehat yang paling aku hargai saat ini.
“Eh, nak tido dah ke?”Hanis bersuara apabila melihatku sudah berbaring menunggu masa untuk terlelap.
Aku berada di katil atas manakala Hanis di katil bawah dimana katil yang tidak sempat kutandakan sebagai milikku.
“ A’ah…penat.”Jawabku.
Semasa taklimat lagi aku sudah terbayangkan katil.Malahan aku separuh tertidur semasa taklimat tersebut.
-----
“Awak, bangun!!“
Aku membuka mataku. Budak di sebelah mengejutkan aku dari tidur. Lantas aku tegakkan posisi setelah menyedari diri diperhati oleh kakak fasi yang aku percaya dia yang menyuruh budak sebelahku mengejutkan aku dari mimpi indah.

’Aduhai..di mana-mana pasti ada yang cemburu melihat aku tidur. Semalam tidurku baru sahaja terganggu oleh abang semasa aku tidur di atas sofa empuk rumah maksu untuk ke rumah kakak.Hari ini kakak senior ini pula.argh..! tertekan ku rasakan kini ’

Aku mengeluh sendirian dalam hati.Geram tidur diganggu. Pelajar yang mengikuti taklimat di situ pasti golongan yang datang seawal pagi lagi dan aku yakin bukanlah sepertiku yang baru sampai.Tidak hairanlah mata sebahagian daripada mereka tidak sepertiku.Namu ada juga yang ku lihat tertidur sepertimana aku.Mengapa tidur mereka tidak diganggau.’adeh..’ hatiku geram.
----
“boleh tidur ke lampu tak tutup?” Soal Hanis.
Kerisauan terpancar pada riak wajahnya. Mungkin belum ingin tidur atau mungkin juga jenis yang takut gelap. Cuma dua kemungkinan yang ada pada anak bongsu sepertinya. Bukan aku meremehkan anak bongsu, apalagi mengusiknya. Tapi memang bagiku itu suatu yang normal bagi sifat anak bongsu. Lebih-lebih lagi perempuan. Aku memang ramai kenalan yang begitu dan mereka semuanya golongn anak bongsu.
“Oh, awak tak nak tidur lagi ke?”Aku menduganya. 
“Takpe lah.Tak tutup pun takpe.Saya tak kesah..” sambungku lagi. 
“Tapi awak kan kat atas.Mesti susah nak lelap sebab lampu betul-betul kat kepala tu.” 
“Takpe. saya universal. Dalam keadaan ape pun boleh tidur.Jangan risau.” Aku tersenyum ikhlas.
Hanis benar-benar prihatin. Namun, dalam kuliah yang tidak selesa sewaktu di matrik pun aku sempat terlena. Memikirkan peristiwa itu, hatiku ketawa geli hati.
* * * * *
“Kringgg..!! Kring..!! ” 
Mataku masih lagi tertutup, namun tanganku pantas menekan punat OFF pada jam loceng di sebelah bantalku.Niatku mahu tidur lagi kerana tidurku semalam agak lewat mungkin masih belum serasi dengan ketepatan masa disini.Aku perlu kugariskan dalam minda tentang masa. Semalam, jam satu kukira masih awal,tapi hakikatnya begitu lewat bagi negeri sabah.Niatku terbatal kerana aku perlu bersiap sedia solat subuh.
Jam seawal 4.30 yang kebiasaanya boleh dilakukan solat malam jika terjaga namun disini sudahpun memasuki waktu solat subuh.Aku terlupa soal itu.Azan sayup berkumandang.Aku menuruni anak tangga dengan perlahan agar tidak menggangu lena Hanis yang masih nyenyak di katil bawah.Dia masih dalam ABC. ‘Allah Bagi Cuti ’. Jadi aku tidak bercadang untuk terlalu awal membuatkan dia terjaga. Biarlah dia terlena tanpa diganggu. Aku menapak ke bilik mandi membersihkan diri lalu berwudhu’ bagi meneruskan tugas sebagai seorang hamba yang masih belum kutunaikan lagi hari ini.

Dalam ketenangan pagi yang masih belum di huni oleh sesiapa, hanya aku yang bersendirian di atas tikar sejadah merenung dosa-dosa semalam. Iman begitu lemah.Hanya sedikit kesibukan dan keletihan aku mudah meninggalkan banyak ibadah sunat yang sudah menjadi kebiasaan. Sedangkan bangun bersolat subuh seakan tidak berdaya, apalagi ingin bertahajjud di sepertiga malam? Bacaan Almathurat yang selalu kujadikan zikir sudah hampir terlupa semua hafalannya hanya kerana kesibukan kerja di KL tiga bulan lepas. Tinggal kekal hanyala ayat-ayat suci Al-quran yang masih istiqamah kujalankan.

Begitu berdosanya aku disisiNya.Lalu pakah tujuan aku diciptakanNYA jika bukan sebagai hambaNYA?Mutiara jernih mengalir dipipiku seiring waktu kesedaran menusuk. Mungkin juga tangisan kesedaran. Aku perlu mencari kembali diri aku yang dulu. Ya! diriku semasa di Matrik. Aku rindu ditarbiyah seperti dulu. Aku rindu pada sahabatku Shahirah dan juga Afif Amirah. Mereka tidak pernah jemu menegur kesilapanku. Namun di sini aku perlu berdiri sendiri mencari kekuatan. Kubiarkan diriku lama begitu.Ku berfikir, hati menafsir.Begitulah bila manusia dikasihani Allah.
“Hanis, bangun.Dah pukul 7 la awk.”Hanis membuka matanya. 
“Awal lagi la.Haha.”Hanis memberi respon lalu meneruskan tidurnya.
Aku yang sibuk menyelongkar bagasiku untuk dikemaskan membiarkan Hanis begitu.Masa kadang-kadang terasa begitu pantas berlalu.Aku menoleh ke arah jam.Tepat jam 11.45 tengahari. ` Eh, cepatnye masa bergerak.Jam aku rosak ke? Esok dah mula orientasi. Baik aku tidur la kejap, qailullah kan sunat.hehe..’aku bermonolog sendirian lalu berlabuh dikatil empuk berbantalkan tuala. Bantal masih belum ku beli kerana hanya beberapa hari aku di sini untuk orientasi sebelum berangkat ke Labuan.Aku terlena entah bila.
* * * * *
“Mimi, bangun ! Dah zohor.” Sayup suara Hanis kedengaran. 
Aku membuka mata.Jam menunjukkan pukul 1.30 petang.Aku bingkas bangun . Terkejut. `Huh ! Qailullah ape kalau macam nie. Zohor lame dah tinggalkan aku. Aduhai..’Aku mengeluh dalam hati. Kecewa dengan diri aku. 3 bulan aku di KL sudah cukup menjadikan aku makin sukar mengembalikan tabiat lamaku di matrik dulu.
“Mimi, jom bersiap.Jap lagi mak dengan abang saya nak ajak gi jalan-jalan.Jomla join skali.Awak solat dulu ek” Hanis mengajak. Aku hanya mengangguk. Usai aku solat Hanis menerima panggilan menandakan mereka sudah tiba.Langkahan kami dipercepatkan.
“Nak kemana dulu nie? Pantai?”Abang Hanis tiba-tiba menyoal.
Matanya masih tertumpu kehadapan memandu dengan berhati-hati dan penuh cermat.
“Makanlah.Lapar nie..” Hanis pula menjawab.
Aku hanya diam terkenang sesuatu kejadian.
“Eh , kene belok kanan nie..” Mama berkata sambil tangannya menunjukkan ke Arah anak panah di dalam GPS.
Aku turut menyertai mama. 3 kali kami menyebut belok kanan namun abang tetap tenang memandu terus ke hadapan tanpa membelok. Aku kehairanan. Mungkin abang keliru dengan jalan yang kami tunjukkan atau tidak mendengar kata-kata kami. Perjalanan diteruskan lagi kerana mereka mengira jalan ke kanan itu tidak betul apabila mendapati papan tanda KLIA dari sini masih wujud. Cuma aku yang gusar. Hatiku tetap merasa kurang senang kerana terbaca pada papan tanda ke kanan tadi tertera ‘Terminal LCC.’ Namun aku hanya menunggu sehinggalah kami tiba di sebuah gedung besar.
“Nie lapangan terbang ke?”Tanya mama. 
Saat itu aku merasa betapa dungunya kami ketika itu kerana meneruskan perjalanan melewati gedung itu dengan yakin tanpa sempat singgah dah bertanya terlebih dahulu hanya kerana GPS yang mungkin sudah tersilap memberi arahan. Perjalanan yang di teruskan menemukan penghujung yang sama iaitu di gedung itu lagi. Kali ini abah keluar untuk bertanya.
“Nie KLIA. Kita nak pergi Terminal Air Asia bukan KLIA. kita dah salah arah.”Abah melabuhkan punggungnya selepas bertanya. 
“Yang tadi belok kanan tu la.”kataku kini mula yakin. 
“Ye kot. Mama lambat bagi direction.”Abang mula bersuara.
Aku melihat muka mama.


“Ejo yang tak dengar. kitorang cakap banyak kali. Tapi ejo tetap pergi lurus.Bukan salah mama." aku mencelah geram.
Mengapa mama pula? Sedangkan aku sendiri bersama mama menunjukkan arah tersebut.


“Ejo la yang salah nie? Cuba pandu kereta nie.Ingat senang.Dahla jalan kat sini takde u-turn.” Aku terdiam dimarahi abang. 
“Biasala jalan baru. kita tak kenal lagi. Jangan bertekak la. Awal lagi. sempatnye. flight pukul dua. Sekarang baru pukul 12.30 tengahari ”Abah bersuara memujuk. 
Abah tahu perasaan memandu memang tertekan. Jika dibenarkan abah yang memandu mungkin lagi parah perselisihan arah antara mama dan abah. Sebab itu abang memutuskan untuk membawanya. Ingin mengelakkan hal itu.
“Yela. Dah la tu. Kite cari jalan tadi balik. Mama dah lapar nie. Jom..” Mama mencelah.
Pandai mama menceriakan suasana .
“Ok la. Ejo mintak maafla. Ejo salah.Tapi mimi pun tak boleh salahkan ejo.”Abang bersuara lagi. 
“Mimi tak maksudkan ejo yang salah. Masalahnya tadi ejo kata mama lambat bagi arahan. Mana ade macam tu. Mimi just nak cakap tu aje. bukan menyalahkan ejo.”Aku cuba menerangkan. 
“Asyik nak menang die aje. Orang dah mintak maaf. Die tak mintak maaf jugak. Sibuk cakap lagi.”Abang masih bersuara perlahan namun masih cukup kuat untuk kudengari. 
Mengapa abang masih marah sedangkan aku cuma menerangkan sahaja. Tidak bermaksud apa-apa. Mungkin hatinya masih lagi tersentuh maka sukar untuk dia memahami isi bicaraku. Mungkin! Mindaku ligat berfikir. Aku sebolehnya tidak mahu bertikam lidah dengan abangku satu-satunya yang aku miliki di dunia ini. Dia abang terbaik yang sentiasa menjaga aku dan menyayangi aku sebagai adiknya. Hilangnya dia tiada ganti untukku. Aku cuba membayang aku berada di tempat abang. Mungkin agak sukar memandu dengan pelbagai arahan yang timbul. Sekejap ke kanan. Tiba-tiba ke kiri pula. Mampukah aku mengendalikannya? Mungkin apabila tertekan, aku juga bertindak seperti abang.
“Okey la.Mimi pun minta maaf..” kataku akhirnya.
Begitulah hubungan aku dengan abang. Jarang sekali bertikam lidah namun jika berlaku diselesaikan secepatnya.Hubungan kami bagai air dicincang berkali-kali tidak akan putus sama sekali.
“Jom, mimi !! ” Suara Hanis mematikan lamunanku.
Aku membuang pandangan ke persekitaran. Permandangan pantai menarik perhatianku. Begitu cantik ciptaanNYA. Aku mengamati suasana di situ namun langkahan kami bukanlah ke arah situ,tetapi ke sebuah Restoran Sri Rahmat.Restoran yang menyediakan makanan halal ditulis tertera pada banner kedai makan tersebut.Makananya agak mahal ku teliti.Namun itu mungkin perkara biasa di Sabah. Aku hanya menarik sepinggan nasi dan seketul ayam.Ringkas namun itulah kegemaranku. Satu lauk sudah cukup untukku habiskan nasi itu. Memakan satu lauk sahaja juga satu sunnah Baginda s.a.w. Jika bertanya tentang sayur pula, bukan aku memilih namun tiada kedai yang mampu melawan sayuran masakan mama. Sayur bukan perkara asas tabiat makanku jika aku ingin berjimat. Kenyang itu keutamaanku ketika makan. Tabiat makanku memang agak aneh.Aku tersenyum sendiri


“kira encik..!!”Abang Hanis memanggil pelayan restoran.
“Meh ibu bayar,duit kamu katanye dah pokai.”Emak Hanis berkata seraya menghulurkan sekeping not RM50. 
“Takpe bu.Biar orang bayar.”Wah murninya sifat seorang anak.
Dia menolak huluran itu lalu memasukkan semual wang ke dalam dompet emaknya. Aku menjadi juri yang tidak bergaji disitu. Sudah tentu markahnya 100%. Namun ada sesuatu menggangguku. Pernahkah aku berbuat begitu pada mama? Mama yang bagi duit tu adalah. Aku malu sendiri.
“Kite g bazaar lepas tu pantai plak.Ok?" Abang Hanis mencadang.
Perjalanan diteruskan lalu berhenti di bazaar. Aku sempat membeli keychain tertulis ‘Sabah’ untuk dibawa pulang kepada adik-adikku nanti. Setengah jam menghabiskan masa di pantai kamu di hantar pulang ke kediaman kami di UMS untuk sesi taklimat miggu suai mesra yang akan diadakan pada sebelah malam.Permulaan orientasi.Abang dan emak Hanis meneruskan perjalanan ke terminal untuk berlepas pulang ke semenanjung.Melihat mereka mengingatkan aku kepada keluargaku yang barada jauh di Terengganu.

Aku termanggu di jendela. Mengingati masa laluku di matrik. Rindu benar diri ini terhadap sahabat-sahabat mardhatillah di situ.Rindukan surau Al-muttaqin tempat aku bersama sahabat membina ukhwah.Titik-titik hujan tempias ke wajahku. Angin senja sejuk mesra menyapa mukaku. Sinaran bulan menyahut gamit.


Saturday, February 9, 2013

Selamat Berusrah !

Kata orang, usrah adalah proses penurunan fikrah. Saya ingat, sahabat-sahabat dahulu, pernah nyatakan pada saya begitu.

Hari ini, saya fikir usrah adalah untuk membina hubungan.

Fikrah bukan untuk dipaksa-paksa. Ia datang dengan kefahaman. Kefahaman tak tercapai, tanpa persefahaman. Ertinya tak dapat tidak, ia kembali kepada soal berhubungan.

Membina hubungan.

Kenapa kata begitu? Usrah kan untuk bentuk fikrah?

Saya kata, lihatlah pada rukun usrah.

Taaruf, tafahhum dan takaful.

Saling berkenalan, bersefahaman. Dan takaful. Apa dia takaful?

Asalnya daripada kalimah كفل . Membawa makna, jamin.

Adik-adik usrah pernah tanya, apa erti takaful? Saya tanya semula, "Di mana enta pernah jumpa takaful?"

Khali. 

Angkat bahu. Geleng-geleng.

"Ingat baik-baik. Di mana enta biasa jumpa kalimah takaful?"

"Ahah, takaful nasional!", teriak seorang adik usrah.

Saya tanya semula, "Apa makna takaful nasional?"

"Insurans", berdengung suara mereka menggumam.

"Hah! Apa dia insurans?", saya menambah persoalan.

"Kalau motor hilang, dapat ganti semula", jawab mereka.

"Jadi, risau tak motor hilang?"

"Risau juga, tapi tak risau sangat. Sebab ada insurans".

Saya kata, itulah takaful. Kita jamin sahabat kita.

"Ooo... jadi takaful bukan tolong-menolonglah?"

Ia lebih hebat daripada tolong-menolong. Saya menguntum senyum.

Dalam perjalanan kita atas jalanan da'wah ini, kita tak jadi gusar kerana adanya takaful.

Lemah? Ada teman yang akan mendorong menguatkan.

Letih? Akan ada yang bantu memapah, terus berjalan.

Rebah? Pasti ada yang menghulur tangan membantu berdiri semula.

"Takaful bukan setakat bila lapar, belanja nasi paprik di kantin atau kongsi makan gula-gula koperasi."

Berderai tawa. Haha. Senyum saya mengiringi tawa mereka.

Bukankah ketiga-tiga rukun usrah itu cerminan kepada proses pembinaan hubungan?

Namun, ketiga-tiga rukun usrah itu boleh juga dilihat dari sisi lain.

Taaruf bererti kita sama-sama berusaha mengenali Islam. Selanjutnya, ber'tafahhum' dengannya. Dan kemuncaknya, memberi jaminan kepada Islam bahawa diri kita, tenaga, harta, masa dan jiwa adalah untuk perjuangannya.

. . .

* Semoga Allah SWT menganugerahi sifu saya sebesar-besar ganjarannya atas pencerahan ini. Senyum.

* Dan untuk adik-adik Nuqaba' Jilul Nasr, juga bakal Nuqaba' di Taman Maahadi dan siapa-siapa pun yang berusrah, saya ucapkan "SELAMAT BERUSRAH, BRO!"

* Ah, dan hakikatnya, usrah ada misi besar. MELAHIRKAN INDIVIDU MUSLIM.

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."