Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, InshaaALLAH orang lain akan dapat manfaatnya.

Friday, November 10, 2017

Kisah cinta Zulaikha



Sejarah menceritakan kisah cinta
Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.

Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh
cinta nafsu yang berkobar-kobar
pada Nabi Yusuf, dia sanggup
hendak menduakan suaminya,
seorang menteri. 

Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, 
ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak.

Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. 
Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung 0leh Zulaikha 
Menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik 
Menjadi perempuan tua yang hodoh. 
Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf,
hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. 
Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. 

Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini
Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, 
kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. 

Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, 
Datanglah cintanya pada Allah 
Sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat 
Kepada Allah dalam solat dan zikir wirid 
sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya 
Yusuf yang berhajat kepadanya.

Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan
solatnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf 
lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; 
sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu 
Dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah.

Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. 
Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah 
Dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta Yusuf dan Zulaikha

Jika kita perhatikan betul-betul kisah ni,

Al-Quran tak agung-agungkan pun cinta Yusuf dan Zulaikha.
Sepertimana yang diagung-agungkan dalam kad-kad kahwin.

Al-Quran menekankan perjuangan seorang Rasul
Dalam jihad melawan nafsu.

Ia juga memuliakan taubat seorang wanita
Yang cuba hendak berzina.

Moral yang sangat penting kita nak ambik kat sini,
biar kita segagah Yusuf, seinsaf Zulaikha.

kita nak dapatkan cinta Allah,
kita mesti kenal dulu Allah.
Dan nak kenal Allah itu,
Ada dengan jalan wahyu, petunjuk Rasul,
Ada dengan jalan akal, kita mengkaji,
kita memahami ilmu-ilmu sains
Yang boleh membawa kita kepada merasai adanya Pencipta
Dan boleh mengenali Allah itu dengan cara kita lihat kepada fitrah kita ni.

kita nak ada kekasih yang setia,
Nak ada Tuhan,
Nak ada sembahan,
Nak ada penyelamat,
Nak ada tempat yang boleh mendengar luahan hati kita
Memujuk setiap kesedihan kita.

Suara fitrah itu diinstallkan secara semula jadi
Untuk kita cari Allah dalam hidup kita.

Yusuf sedar Allah adalah cinta matlamat,
Imratul aziz itu cuma makhluk.

Bila Nabi Yusuf diperintahkan masuk ke dalam bilik,
Baginda berada dalam situasi yang sangat disenangi oleh nafsu.
Tapi dideritai oleh iman.

Berdua-duaan dalam bilik, digoda wanita cantik,
line pun line clear, pintu dah berkunci.

Jadi jika Yusuf tidak menguruskan nafsu lelakinya,
Dia akan lentok dalam pujuk rayu si cantik Zulaikha.

Orang soleh macam mana pun,
kalau tak jaga hati, dia boleh jadi tak tahan.

Tengok kat situ ya secara realitinya,
Cinta itu degupan atau lintasan
Atau kecenderungan yang lahir daripada hati kita.

Dan hati itu suatu raja yang perlu diuruskan. kena pause.
Tekan butang pause dalam minda kita.

Aku ni sedang letakkan cinta makhluk nombor 1 ke?
Ataupun sedang letak cinta matlamat nombor 1.

Aku sedang ikut panduan wahyu ataupun panduan nafsu?
Itu pentingnya fikrah. Ataupun pentingnya kesedaran.

Pentingnya kita doa kita rujuk Allah,
kita berdialog dengan Allah,
Supaya tindakan kita itu terpandu,
Dia tak ikut suka hati kita sahaja. 

Hati Nabi Yusuf ni hidup, hati Nabi Yusuf bekerja, hati Nabi Yusuf berhubung kuat dengan cinta Pencipta, hati Nabi Yusuf banyak muhasabah. Tak mungkin cinta penuh suci bergaul dengan cinta penuh noda.

Bila raja yang bernama hati itu baik dalam kerajaan diri, soal cinta mudah diuruskan. Soal cinta ini dia akan merujuk panduan Tuhan. Kenal mana haram mana halal. Yusuf dalam kisah tadi lebih memilih cinta matlamatnya. Cinta Allah bagi Nabi Yusuf jauh lebih besar dan lebih menyelubungi seluruh aqal dan fikirannya saat itu.

Perasaan nikmat ini, takkan dapat dirasai,oleh orang yang tak biasa call dengan Tuhan dia, sms dengan Tuhan dia, dating dengan Tuhan dia, apa maksudnya? Call tu maksudnya kita cepat-cepat sahut panggilan Allah bila tiba masa ibadah. Baca sms Allah, baca wahyu Allah, kita dating sepertiga malam pada saat yang kita ternanti-nanti . kalau tak wujud perasaan ternanti-nanti tu , paksa diri untuk merasainya, dan kita tambahkan ilmu, ilmu itu boleh menyebabkan jiwa kita lebih segar, dan lebih kenal mana cinta alat mana cinta matlamat.

Bagaimana kita nak uruskan bila kita jatuh cinta? 

Saya bagi analoginya begini. 
Bila kita berpuasa, kita teringat nak makan. Itu fitrah. 
Contohnya pada bulan ramadhan. 
 Kita teringat nak makan. 
Lebih-lebih lagi bila kita tak sahur tadi, 
teringat nak makan. Itu fitrah. 

Tapi bila pukul 10 pagi, kita dok asyik tenung makanan, 
kita main sedut-sedut air daripada straw dalam cawan. 
Bukan nak makan nak minum. Saje. Suka-suka. 
Kita asyik dekat dengan makanan, 
dia boleh menyebabkan kita makin tak tahan, 
air liur makin meleleh-leleh, 
rasa memang nak berbuka puasa. 

Sebab apa? 
Sebab lambat lagi nak berbuka puasa. T
api awal-awal lagi kita dah pun duduk dekat dengan makanan. 
Begitu juga bila kita jatuh cinta jatuh hati. Itu fitrah. 

Bagaimana kita nak uruskan fitrah ini. 
Adakah bila kita suka kat seseorang kita pun cepat-cepat sms call dengan dia, 
cakap benda-benda tak penting, tak perlu, kita dok main api awal-awal. 

Dia akan menyebabkan kita rasa stress, nak nikah cepat ataupun nk buat maksiat. 
Padahal kita dalam tempoh banyak lagi benda yang kita perlu siapkan diri ketika itu. 
Lebih-lebih lagi, bila kita uruskan cinta itu 
dengan kita pergi layan banyak-banyak lagu cinta, 
dok asyik tengok cerita korea hari-hari, 
dia makin bagi stress, nak nikah, makin stress. 

Maka kita kena sangat rasional dalam soal ini, 
strategi 3P yang disebutkan, yang pertama, kita PAUSE,
tekan dlu butang pause dalam minda kita. 
Nabi ajar kita pilih orang yang macamana, 
Nabi ajar kita ada kondisi-kondisi tertentu. 
Mana yang elok nikah, 
mana yang kena tahan dulu, makruh nikah, 
ulama dah keluarkan hukum tentang makruh nikah sunat nikah, 
wajib nikah itu semua. Kita tengok kita tahap mana.

-ustazah fatimah syarha-

Tuesday, October 24, 2017

Mutiara Kata Bermakna



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kita berusaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk.."

- Ustaz Pahrol Juoi

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang angkasa pun menjadi sempit.

- Imam Asy Syafi'e
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hindarilah diri dari bergelak ketawa. Kerana ia boleh menyebabkan kamu melupakan kematian untuk satu saat. Maka itu bukan petanda yang baik. Insafi diri selalu kerana dunia ini bukanlah barang yang kekal.

- Baba Sayyid Mahmud Al-Idrus
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di antara tanda matinya hati adalah tidak adanya perasaan sedih atas ketaatan yang kau lewatkan dan tidak adanya perasaan menyesal atas kesalahan yang kau lakukan.

Ibnu Atha'illah al-Iskandari
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tingkatan iman yang sebenar ialah bersedia untuk bertolak ansur dengan segala perkara yang bertentangan dengan keinginan kamu.

-Mawlana Shaykh Abdullah Faiz ad-
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waima orang yang paling hebat dalam menulis syair pun tak akan mampu untuk menulis tentang keindahan wajah Rasulullah. Tak akan ada.

Ustaz Othman Daud ~

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Semakin rapat murid itu dengan gurunya, semakin banyak murid itu dapat mengambil ilmu dan akhlak dari gurunya, kita akan dapat menjadi seperti guru kita, saling tidak tumpah macam guru kita bilamana kita selalu berdamping dengan mereka, sikapnya, akhlaknya."

'CURILAH' akhlak guru ketika bersamanya.

Syeikh Zainul Asri ~

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Usia itu bukanlah di hitung, daripada mula engkau dilahirkan. Usia itu dihitung daripada mula, engkau mengenali Tuhanmu."

‎[Ibnu Athoillah As-Sakandari]

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada tiga tanda keikhlasan seseorang ; Jika ia menganggap pujian dan celaan orang sama saja, jika ia melupakan pekerjaan baiknya kepada orang lain, dan jika ia lupa hak kerja baiknya untuk memperoleh pahala di akhirat.

Dzhunun al-Mishri

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Seorang alim harus memiliki wirid dalam amalannya, antara dia dan Allah"

- Imam asy-Syafie

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Apabila engkau redho dengan rezeki yang engkau terima, niscaya hidupmu akan penuh dengan kenikmatan ".

- Habib Abdullah bin Muhammad

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seorang mukmin yang kuat tauhidnya, sekalipun masih hidup di dunia dan terikat pada semua wujud yang fana, namun harapannya semata kepada Allah Ta'ala."

- Prof muhaya -

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Carilah kesalahan pada dirimu, jangan kau cari-cari kesalahan pada orang lain."

kitab tafsir karangan ibnu arabi jilid 1 pdf

Friday, October 6, 2017

Zikir Meresap Ke Hati



Part 1 : Bersihkan hati dan niat

1) Duduk keadan tahiyat akhir, Istighfar 25 kali. Sambil sebut, lintaskan dalam hati. 
 "Ya Allah, ampunkanlah dosaku walau babyak mana pun.."

2) Baca al-Fatihah 1 Kali.

3) Baca al-Ikhlas 3 Kali.

4) Hati niatkan,
    " Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan surah inj kepada Rasulullah saw dan semua sheikh dalam silsilah naqshabandiyah ini.

Part 2 : Doa meminta 5 perkara.

1) Ya Allah, hampirkanlah aku dengan diriMu sehampir-hampirnya. Supaya bertambah kenal dengan Allah.

2) Ya Allah, tunjukkanlah jalan agamaMu yang benar dan lurus.

4) Ya Allah, bukakanlah pelbagai hijab yang menutupi pandangan hati, pandangan roh dan pandangan sir aku.

5) Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan nikmatMu sebanyaknya.

6) Ya Allah, jadikanlah hatiku sentiasa ingat padaMu.

Part 3 : Rabithah Kubur (Ingat Mati )
Mengaku pada Allah :

Ya Allah, aku ini sudah mati ya Allah. Ini lah mayatku ya Allah. (Bayangkan mayat diri kita terbujur depan mata kita.)

Ya Allah, mayatku ini telah dimandikan dan dikafan, mayatku telah disolatkan. Dan mayatku ini telah diusung ke kubur. Ya Allah, aku sedang dalam liang lahad kubur. Ya Allah, aku telah ditanam.

Part 4 : Rabithah Padang Mahsyar
Bayangkan kita dipandang Mahsyar. Ya Allah, kiamat sudah sampai. Engkau letakkan aku di padang mahsyar dalam penuh dosa. Ampunkanlah ya Allah, semua dosa-dosaku yang dulu. Dosa yang kecil, dosa yang besar. Dosa yang zahir, dosa yang batin. Dosa yang aku sengaja, dosa yang aku tak sengaja. Dosa yang aku tahu dan dosa yang aku tak tahu. Ampunkalah semua dosaku ya Allah.

Part 5 : Mohon Syafaat Nabi dan kenerkatan para sheikh.

Ya Allah, aku memohon syafaat Nabi Muhammad saw. Sesungguhnya baginda menyimpan syafaat buat kami ummatnya. Ya Allah, aku memohon syafaat rasul yang lain. Ya Allah, aku juga meminta barokah para wali yang dekat denganMu.

Part 6 : Membaca doa 

"Ilahi, anta maqsudi wa redhaka matlubi"

Kemudia, kacip bibir, naikkan lidah ke langit dan tutup mata. Berzikir dalam hati dengan menyebut, "Allah" sebanyak yang mampu. Serentak itu, ingatkanlah diri bahawa adanya Allah ta'ala. Gunakan tasbih. Bilang lah sebanyak yang mampu. Kalau boleh mencapai 50x.

Friday, May 12, 2017

41 AKHLAK RASULULLAH - Ustaz Hasnan


1. Baginda selalu diam

2. Berbicara ketika perlu

3. Perbicaraannya fasih,
 ringkas tetapi padat

4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dgn seseorang

5. Hatinya selalu sedih (iginkan umat dlm kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt)

6. Selalu menundukkan
 pandangan kerana tawaddu'

7. Berfikir terus-menerus

8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

10. Tidak pernah marah yg ada kaitan dgn urusan dunia.

11. Marah bukan kerana nafsu.

12. Apabila kebenaran dipermainkan,  Baginda akan bangkit mempertahankannya.

13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.

16. Tidak pernah berteriak² di pasar.

17. Tidak pernah membalas kejahatan dgn kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada

18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain utk berjihad dijalan Allah swt.

19. Apabila menghadapi 2 perkara Baginda memilih yg paling mudah selagi ia bukan dlm perkara maksiat.

20. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yg membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir

22. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dgn mudah, lemah lembut & peramah.

23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak², lebih² lagi mencela org lain.

24. Tiga perkara yg dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yg tidak diperlukan.

25. Tidak pernah mencela & memaki hamun org lain.

26. Tidak pernah mencungkil rahsia org lain.

27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yg menjanjikan pahala.

28. Perbicaraannya memukau sesiapa pun yg mendengarnya lalu terpegun seolah² ada burung melintas di atas kepala mereka.

29. Sesiapa yg melihat  Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

30. Sesiapa yg selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

31. Baginda pasti memberi tempat kpd org yg ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.

32. Sesiapa yg meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dgn tutur kata yg lemah lembut.

33. Tangan Baginda selalu terbuka kpd sesiapa shj tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

34. Dimanana pun Baginda berada, disitu terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.

35. Tidak ada yg berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan baginda.

36. Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya; menghormati org tua , menyayangi yg kecil, mengutamakan org yg ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan org asing.

37. Tidak terus memotong percakapan org lain. Jika ingin memotong,  Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.

38. Paling berlapang dada.

39. Paling tepat dlm berbicara.

40. Paling halus keperibadiannya.

41. Paling ramah & beradab dlm pergaulan & muamalahnya.

(Ruj. Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Tanda-tanda TAUBAT seseorang itu DITERIMA.


Tanda-tanda taubat seseorang itu diterima dapat dilihat dari 8 perkara :

1) RASA TAKUT TERHADAP LIDAHNYA.
- Lidah akan di jaga dan dihalang dari berbuat dusta, mengumpat, banyak bercakap dan akan digunakan untuk sentiasa berzikrullah dan membaca al-Quran.

2) RASA TAKUT TERHADAP URUSAN PERUTNYA.
- Maka ia tidak akan memasukkan sesuatu ke dalam perutnya kecuali yang halal sekalipun sedikit.

3) RASA TAKUT TERHADAP URUSAN MATANYA.
-Maka ia tidak akan memandang yang haram dan tidak pula memandang kepada dunia dengan pandangan kasih terhadapnya, tetapi pandangannya terhadap dunia itu adalah sebagai pengajaran.

4) RASA TAKUT TERHADAP URUSAN TANGANNYA.
- Maka ia tidak akan mengambil yang haram, tetapi ia akan mengambil sesuatu yang membawa kepada ketaatan (kepada Allah).

5) RASA TAKUT TERHADAP URUSAN KEDUA KAKINYA.
-Maka ia tidak akan berjalan dengan kedua-dua kakinya itu untuk perkara maksiat, tetapi ia akan berjalan untuk perkara ketaatan kepada Allah.

6) RASA TAKUT TERHADAP URUSAN HATINYA.
-Ia akan membuangkan dari hatinya itu sifat permusuhan, marah dan hasad dengki terhadap saudara-saudara dan ia akan memasukkan ke dalam hati itu nasihat yang baik dan sifat lembut dan belas kasihan di antara orang-orang islam.

7) RASA TAKUT TERHADAP URUSAN PENDENGARANNYA.
- Tidak mendengar kecuali perkara yang benar.

8) RASA TAKUT TERHADAP URUSAN PERKARA-PERKARA KETAATAN (KEPADA ALLAH).
-Ia akan menjadikan perkara-perkara ketaatan itu semata-mata ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah, menjauhkan rasa ria' dan berpura-pura.

Dipetik daripada buku :

“Membentuk Jiwa Sufi: Ajaran Tariqah Naqsyabandiyah Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi ra.” (M/S 111 - 112)

Penterjemah: TG Dr. Hj. Jahid bin Sidek Al 

Monday, May 1, 2017

Bersyukur dan berjiwa Qanaah


Andai kita cuma ada sepasang kasut,
Pandanglah mereka yang hanya ada selipar.

Andai kita cuma punya sepasang selipar,
Pandanglah mereka yang berkaki ayam.

Andai kita cuma berkaki ayam,
Pandanglah mereka yang tidak berkaki.

Apa persaan mereka yang tidak berkaki pula?


** *** **

Ia akan menjadikan kita sentiasa bersyukur.
Atas apa yang kita miliki.

Jika diberi harta lebih,
Kita rajin memberi dan berongsi.

Jika diuji dengan kesempitan,
Kita tidak suka meminta-minta.

Begitulah lazatnya jiwa Qanaah.

Sentiasa berasa cukup apa adanya.
Malah bersyukur tanpa hentinya.

** ** **

Bila berdoa, mintalah rasa cukup.

Mengapa?

Sebab sebanyak mana pun duit yang ada dipoket kita, 
kalau Allah tidak mencampakkan rasa cukup dalam hati,
Pasti hidup kita tetap terasa ada kekurangan.

Namn sebaliknya,

Jika Alah campakkan rasa cukup itu kedalam hati kita,
Saat itu seluruh hidup kita terasa sangat lengkap.

Berdoa dan bermunajatlah.
Supaya Allah campakkan rasa cukup itu,
Memenuhi ruang hati kita.

Inshaa Allah.

Moga kita dapat jadi hamba yang bersyukur,
Dengan jiwa yang penuh Qanaah.


Masa silam


Jangan sedih bila terkenang masa silam.

Kita tidak akan jadi seperti sekarang,
Kalau kita tak lalui masa silam itu.

Jika dulu kita puibibendosa,
Maka bertaubatlah.

Jika dulu kita buat silap,
Maka betulkanlah ia.

Jika kita terlukakan hati orang,
Maka pohonlah kemaafan.

Jika hati kita pula dilukai,
Maka cubalah memaafkan.

Ubahlah diri sendiri,
Menuju yang lebih baik lagi.

Transformasikan diri sendiri,
Buang segala negatif penghuni dalam diri,
Mulakan kehidupan yang positif sebagai ganti.

Jika kita lupakan semua duka dijiwa,
Dan diganti sesutatu yang gembira,
Pasti kau dapat melupainya.
Kebahagiaan akan menjelma tiba.

Inshaa Allah

Wednesday, March 15, 2017

Hakikat sebuah ilmu

Hakikat ilmu adalah melahirkan ketakutan dan amal pada Allah. Selagi mana ilmu yang diperolehi tidak diniatkan untuk diamalkan, selagi itu ilmu akan jadi beban pada penerimanya.
 
Bila ilmu jadi beban, ketika itu proses menuntut ilmu jadi tidak menyeronokkan dan menyakitkan, ketika itu ilmu yang diperolehi tidak kekal lama di ingatan, tidak dapat dihadirkan apabila diperlukan.
Sobahal kheir!

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."