Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, InshaaALLAH orang lain akan dapat manfaatnya.

Saturday, February 26, 2011

Sanah Helwah Mimie



Alhamdulillah. Bertemu lagi kita. Hari ini ulang tahun tarih kelahiran mimie. Ramai yang sangat gembira apabila mengetahui bahawa dia sedang meningkat usia. Hakikat sebenarnya adalah umur kita menjadi semakin pendek. Masa hidup semakin suntuk. Ramai memberi ucapan selamat. Tidak kurang juga yang mendoakan mimie. Terima kasih. :)



Ucapan hari lahir melimpah yang Mimie terima dari sahabat-sahabat, tetap tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjengah. Hari ini adalah ulang tahun kelahiran yang ke 18. Mimie sangat-sangat bahagia terima pelbagai ucapan dari semua golongan..wall Mimie penuh dgn ucapan ulangtahun. Hati rasa gembira, namun, kata-kata Imam Ghazali mengganggu fikiran. Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa.
“Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.”

Betul, hari ini (26 feb 2011 ) ulang tahun kelahiran Mimie. Duhai, tertipunya rasa. ketika menerima ucapan selamat hari jadi. selamat pulakah hari mati kita?

Ya Allah,
"Sudah 18 tahun diri ini bernaung di bawah langit-Mu Ya Allah. Belum pun aku terasa jadi hambaMu yg sebenr. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan brdosanya aku. Apakah sisa umurku masih pnjang? Atau sekejap lagi? Aku kurang pasti. Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi. semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan." 
"Diri ini belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu padaMu ya Allah, pd tarikh ini. Utk mengemis keampunanMu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika xmngenangkan yg Engkau Maha Pengampun, aku xkan datang ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini."
"Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah. Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan ‘dilahirkan’ semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap.Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni. " 

- Monolog Hati-

Buat sahabat, teman dan kenalan… terimakasih atas ingatan kalian. Terimalah secebis kata ini,

“Marilah kita hidup seperti orang yang menanti mati kerana ingat mati itu akan mengecilkan segala derita akan mencairkan segala alpa kiranya inilah detik terakhir marilah kita mulakan semula walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma itu lebih bermakna!”

Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik. Mudah-mudahan. Ini permulaan yang baik. Amin ya, Allah!

Hati Mimie tersentuh dengan budi bicara Amini,my best friend. Dalam mesegnya. semoga kita bersahabat selamanya. Dunia dan akhirat. I love u very2 much. Uhibbuki fillah. 



p/s: Tq for all the wish,  friends. I'm really appreciat it. Thanks!

Monday, February 21, 2011

Sudah Sembuh Kah Hati Mimie?

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Pada masa dulu-dulu Mimie gemar bergaya. Mimie sukakan tudung belit-belit. Nampak sedikit menyerlah. bergaya. anggun.


Tapi selepas banyak buku motivasi mimie baca, 
Mendengar ceramah ustaz said umar dekat msjid.
(Alhamdulillah. Allah menggerakkan hati mimie untuk ikut ayah pergi ke masjid )


Abah mimie ada berpesan. Malah pernah di soalnya..
"untuk apa sebenarnya terlalu bercantik-cantik? "
Abah menyambung lagi soalannya, 
"bila kita nampak cantik sangat. buat tatapan siapa?" 
Soalan yang membawa kita berfikir, bukan? Tanya balik diri kita. Kenapa kita berpakaian begitu. Tujuan? Niat kerana Apa? Mimie sebenarnya perasan jugak bila terlalu bercantik ini..

mesti kita akan rasa...
"erm..dh ok ker tdung ni??
atau begini :
"Alamak kerongsng..ish mase ni pulak nak tercabut. haih."

Membawa kepada niat begini : 
"Eh ,eh macam ada orang nak usyar aku la. Mesti cantik aku pakai begini hari ini. Esok aku nak pakai lagi la."

OK, STOPP...!!

Ok. Itu kebiasaannya. Dan kalau di perhatikan, banyak ria' yang timbul dalam diri kita.
Disebalik apa yang Mimie dengari oleh ceramah-ceramah. Beginilah pemikiran terhasil.(hidayah mula bertapak) Alhamdulillah..bersyukur.

Erm..Jadi Mimie rasa sudah saatnya mimie cuba berhenti slowly untuk tidak terlalu bercantik-cantik. Sebab, hidup Mimie ini hanya pada ALLAH.(baru la faham sbnrnya). Jika kita sudah faham akan kehendak tujuan hidup seorang hamba Allah itu apa, I'Allah kita akan jumpa laluan siratul mustaqim. :)

Mungkin cuma baru sekarang mimie dapat rasa. Berdosanya. Dulu semasa mimie terlalu bercantik. Mimie mgkn telah menaikkan nafsu kaum adam. Mungkin sudah ada yang telah lalai kerana Mimie.

Mimie harus menghukum diri Mimie. ye lah, wanita boleh melalaikan seorang lelaki. Mimie tahu yang Mimie ini cepat buat org jatuh cinta mungkin. Entah kenapa, Mimie sendiri tidak faham. waktu sebelum ni, bayak surat layang yang Mimie terima. Bersyukur juga sbb Allah takdirkan Mimie tidak layan, semua masuk tong sampah. orang yang Mimie tak kenal pun nak bagi surat hadiah bagai. Bagi la kat mak ke. bukan kah lagi bagus.

Lepas hal itu, Mimie macam dah takde sensitviti lagi nak berkenalan dengan ajnabi. Mimie nak menjaga Ikhtilat. lepas berubah beridentiti muslimah nie, kurang sudah yang menggangu. Alhamdulillah.. Rasa bersalah dengan kesilapan lalu. Kesilapan yang disebabkan oleh sifat Mimie yang terlalu suka berhias. Mimie dah melalaikan ramai orang. maafkan Mimie. maaf!

Mimie mesti berubah. Mimie mesti cekal. Walaupun ramai yang mungkin mengumpat dan mengata perubahan sekarang, Mimie redha. kalu dulu sedih, tapi I'Allah sekarang tidak lagi. Innallaha ma'na..sesungguhnya ALLAH ada bersamaku.

Bagaimanapun, emosi semalam..Mimie takut xterampun dosa Mimie..

Semalam,aku terlalu beremosi..
Semalam,aku terlalu kasar dalam berbicara..
Semalam aku terlalu leka dalam amanah..
Semalam aku terlalu lalai dalam tanggungjawab..
Semalam,aku terlalu cuai dalam persahabatan..
Semalam,aku tidak peka dalam kejujuran..
Dan semalam,aku lalai dalam ibadah kepada-Nya…

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Setiap manusia takkan lepas dari melakukan kesilapan. Sebagaimana apa yang berlaku pada aku dulu2. Kesilapan yg telah dilakukan benar2 menghantui diri selagi tidak memohon maaf kepada dyer dulu dan yang paling penting memhon taubat kepada-Nya…

Semasa ‘tenggelam’ dalam dunia jahil dulu, Mimie ada marah-marah seorang kawan baik Mimie. kita kawan lama sangat. Dari kecil. Dari sekolah rendah. Paling Mimie tidak lupa semasa darjah 3, memang kami rapat sangat! kami selalu sama-sama. belajar berkumpulan. Buat karangan sama-sama. Selalu berkumpul di taman permainan sekolah tadika. Namun, lama kami terpisah dek kelas berbeza selepas memasuki sekolah menengah. Abah mimie juga melarang mimie untuk bergaul seperti dulu. Mimie cuma mempunyai minat berbeza dengan perempuan. Maka kerana itu, mimie kurang kawan perempuan. Mana ada perempuan berminat bermain bole sepak seperti mimie? ada? sudah tentu semenjak umur meningkat dewasa, Mimi di kurung di rumah. Impian bermain bola sepak terpendam dalam.
Mimie akur permintaan abah. Wanita itu tercipta dalam kelembutan. Mimie belajar melupakan semua perkara harian mimi termasuk semua kawan-kawan lelaki yang mimi sangat rapat.

Tapi setelah naik form 4, Mimie mendapat peluang satu kelas dengan dia. kami rapat semula, gara-gara dia dapat nombor handphone Mimie. Nombor diberi atas sebab belajar pada mulanya. kami berkawan seperti biasa dulu-dulu. Atas sebab sudah kenal lama. Namun bukan seakrab dulu. Semenjak menjejakkan kaki ke sekolah menengah, ayah melarang Mimie berkawan dengan lelaki. Mimie tidak tahu kenapa ayah melarang. Namun pesan ayah tidak pernah mimie lupa. Mimi berfikir, untuk belajar, berkawan tidak apa. Ayah tidak marah pula jika berkawan jika untuk bertanyakan pelajaran.

Namun, setelah sekian lama berbalas meseg. bertanyakan soalan math, terkadang biology. tidak kurang juga subjek lain, kemudian dia tiba-tiba sahaja mengajak "bercouple". Mulanya mimi fikir  couple tu geng rapat yang tidak boleh terpisah. Agaknya mimi terlalu rindu untuk kawan seperti dulu. Punyalah jahilnya Mimie tidak tahu benda apa tu. Minda tertutup dengan dunia bawah tempurung. Mimie get ready terima. Org cakap amik pegalaman. Apapun, istilah itu tiada makna. Mimie terasa aneh dan janggal. Mimie tidak pernah memiliki kawan lelaki sejak sekolah menengah. Bermakna, sudah begitu lama mimi tidak bergaul dengan golongan bukan perempuan .Dalam kelas tidak berani untuk mimie bercakap. Biasanya hati ini sentiasa teringat pesan ayah. 

Erm, ok ini pasal kesalahan Mimie pada dia la. Mimie mintak baik2 lepas ayah bagitau couple tu haram. berdosa. Mimie nk jadi anak yang baik dan solehah. Itu je permintaan Mimie. Mimie tidak berniat untuk membuat sesiapa terluka. Mimie minta broke up. tp dia frust menonggeng tu apasal? Mimie betul2 minta maaf. Mimie putuskan hubungan itu cara baik. Mimie tak sanggup lagi. Tak sampai hati. tapi Mimie kene tegas. Mimie perlu mengelak. Akhirnya permohonan Mimie untuk masuk ke asrama pada pertengahan tahun itu diluluskan. Mimie berniat untuk menyucikan jiwa. Bersihkan niat berubah. Time tu la Mimie mencuba tudung labuh. 

Mungkin sebab dia terlalu sedih. Cuba mencari tempat mgadu. Mungkin dia tersalah pilih kawan untuk mengadu. Mungkin! sebab Mimi tahu hatinya tidak sekejam itu. Sepanjang Mimi kenal dia, mimi tahu hati budinya. Namun, gara-gara dia tersilap, habis rahsia kami terbongkar. Satu sekolah, mungkin. Sudah lah waktu tu Mimie sudah beridentiti muslimah bertudung labuh. Rosak imej mereka. Malu. Terlalu tertekan rasa, Mimie membenci dia. Pandang pun enggan. Usahkan memaafkan. Lama dia pinta maaf. Berdosanya Mimie. sedangkan Mimie tau dia tidak sengaja. 

Mimie sudah memutuskn hubungan sesama manusia. Hanya kerana itu. Tidakkah Mimie sedar bahawa Allah lagi maha melihat. Mimi tetap kena terima bahawa ini hukuman buat mimi kerana tidak mengkaji dengan betul ilmu Allah. Ada seorang hamba Allah telah datang untuk cuba menegur Mimie. Dia perasan akan kejadian yang terjadi di sekolah itu. Dia banyak memberi semangat kepada Mimie.

Pada awalnya Mimie tetap mempertahankan diri ckp dia yg salah menyebabkan Mimie MENDERITA. Mimie berlalu pergi,tetapi hati tidak tenang dan kata-katanya itu tidak dapat Mimie lupakan. Berjalan tidak kena, berdiri pun tidak kena, duduk tak kena, baring? Tidur?Lagilah tidak kena. Akhirnya Mimie mengambil keputusan untuk menyucikan diri memohon ampun dan ‘memadam’segala perkara yg menyakitkan hati itu dri kotak ingatan Mimie. Ada benarnya juga kata-katanya itu. hati ini tidak lagi sesakit menerima tamparan hebat itu sebelum ini. Amat patut difikir sejenak. Memang mulut kita terkadang boleh tetapi terkadang tidak. Bagaimana pula dengan
 mulut org? biar lah mereka dengan kata-kata meraka. Lama nanti sudah tentu perkara ini hilang di ingatan dek arus masa berlalu.Pemikiran itu wajar mimie fikir awal-awal lagi sebelum bertindak memaki dia dikhalayak. Membenci terang terangan. Malah jika ternampak sudah berapi kemarahan. Maafkan aku kawan!

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Belajarlah meminta maaf dan memaafkan orang lain. Jikalau dia tidak mahu meminta maaf sekalipun, anggaplah Allah tidak mengizinkan pintu hatinya untuk terbuka melakukan begitu. Tugas kita maafkanlah mereka sahaja. Kerana tanpa disedari, kita juga ada silap di mana-mana. Kerana orang yang paling berani adalah orang yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain.
"Orang yang paling berani adalah yang sanggup memaafkan orang lain."
Sehingga sekarang, Mimie setiasa cuba untuk memaafkn semua org. walaupun terkadang diri ini terkilan dengan sikap orang. selalu sangat ambil kesempatan ke atas kebaikan Mimie. Mungkin untuk memaafkn org yang menyakiti kita memang susah tapi,itu lah yang terbaik. SABAR. Itu terbaik. Memang Mimie selalu bersedih tetapi.. Mimi tahu, tidak patut begitu bersedih. Tabhat lah wahai hati dalam berjuang. Astaghfirullahal'azim. Ya ALLAH, ampunkn sgala dose ku. Lindungi aku dri perasaan marah. Masukkanlah aku dikalangan orang-orang yang bersabar atas setiap dugaanMu"

ALLAH itu tahu. Tahu semua tentang diri kita. Diri kita dari dalam dan dari luar. Allahu..
"Allah, aku mohon bmbingan MU ya Allah. kasih sayang ALLAH itulah paling berharga, brbanding sesame mnusia. kita tidak patut ada perasaan iri hati ni. 
Mungkin Mimie patut sentiasa memotivasikn diri selalu. Mimie nk jd yg terbaeik dalam hdup ini. 
"Ya ALLAH ampunkan daku..terima la taubat aku ni.." 
Terimalah taubatku ya Allah...
“Ya Allah andaikan semua ini adalah ujian untukku,maka teguhkan imanku.Jika semua ini adalah balasan untukku,ampunilah aku,dan terimalah aku,sebagai hamba-Mu…

Dengan sahabat lain pun Mimie selalu buat salah. selalu mimi fikir bukan-bukan tentang mereka. Terutama FAZIA dan AINA, kalaupun betul mereka bersikap begitu, ia bukanlah hak Mimie untuk terasa dengan mereka.

Mungkin baru sekarang Mimie sedar yang diri Mimie ini memang patut selalu mohon maaf apabila berbicara dan patut diam untuk suatu hal yang tidak bermanfaat. Supaya tidak banyak dosa ditimbulkan. Erm, banyak pulak Mimie membebel di sini. hihi! Kelaut sudah nie. Bila banyak berkata-kata akan timbul dosa sebab melukakan hati org. Maaf.


p/s : kalu ada trase hati ke, tak puas hati ke, boleh marah Mimie tapi sebelum itu, Mimie nak mintak maaf banyak, if ada terkasar bahasa pada korang. Maaf ye! ^^

Sunday, February 20, 2011

Tidak Sempurna Cinta, Tanpa Redha ALLAH

Alhamdulillah. Berjumpa lagi kita. Ha, Hari ini mimie ingin berkongsi gambar lukisan sahabat blog. Meseg dia terang sangat. mimie sengaja kongsikan untuk diambil sebagai ibrah. Semoga bermanfaat.


bkb 1
bkb 2
bkb 3
bkb 4
bkb 5
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan…” (2:208)

Kadang-kadang kita dah tahu benda tu salah,…tapi msih kita buat.


"nantilah…, takde kekuatan lagi."

kenapa ya takde kekuatan?
sebenarnya, kekuatan untuk meninggalkan sesuatu yang Allah tidak suka, menjadi sesuatu yang kita sangat2 suka, menjadi pengukur tebal atau nipisnya iman kita.  tepuk dada tanyalah iman.

Jika iman nipis, tebal-tebalkan lah ia.

bagaimana?
-carilah ilmu, berkumpullah dengan orang-orang soleh, jenguklah majlis ilmu.

Dengar mcm senang, kan? 
tapi, memang susah bagi kita. but fake it until you make it…..


“kerana kamu selama-lamanya tidak akan menjadi wanita sempurna, namun di saat kamu mencuba ke arah itu, Allah akan sangat menghargaimu…”

p/s : Apelagi tunggu? Jomlah kita Ubah. :)

Saturday, February 12, 2011

CERPEN : Kelakarnya Cinta

Tahun 2012, genaplah umurnya kini sebagai seorang lelaki matang yang berusia 25 tahun. Abu Sufian menarik laci mejanya. Buku ‘Rancangan Masa Depanku’ diambil. Dia menyelak helaian demi helaian. Matanya fokus terhadap rancangan ke-8 iaitu memiliki pasangan hidup. Isteri.

Impiannya, ingin memiliki bukan hanya seorang isteri tetapi lebih daripada itu. Bukanlah bermaksud mahu kahwin lebih daripada satu. Tapi, dia ingin isterinya itu menjadi sahabat karibnya, di kala suka dan duka, susah dan senang. Dia ingin isterinya itu menyayangi ibu dan adik perempuannya. Dia ingin isterinya itu selalu ada di sisi menemani langkah dakwahnya.

“Astaghfirullah…” Terlantun lafaz itu dari mulutnya. Panjangnya angan-angan!

Matanya kembali merenung buku di hadapannya itu. Dia mengamati satu persatu.

Rancangan masa depanku :

1) SPM ( / ) – 8A 2B

2) Degree – Jordan ( / )

3) Pensyarah – UIA ( / )

4) Kereta Saga FL ( / )

5) Motor Ego untuk adik perempuan dan LC untuk adik lelaki ( / )

6) Master – UIA ( On The Way )

7) Memasak dan Menjahit – ( / )

8) Pencarian Isteri dan bina keluarga sendiri – (On The Way)

9) Hafaz quran – ( Always On The Way )

Abu Sufian termenung panjang. Segalanya sudah dicapai. Syukur pada Allah kerana sentiasa memberi kemudahan pada dirinya. Bab hafalan, dia sudah masuk juzuk 15. Dia akan teruskan lagi. Insya-Allah. Kini, misinya fokus pada angka 8. Ibunya sudah mula bising. Asyik tanya pasal calon sahaja. Telinganya masih terngiang-ngiang betapa bingitnya suara ibunya semalam kerana di‘paksa’ untuk mencari jodoh secepat mungkin.

“Ibu tak peduli! Tahun ni, anak tunggal lelaki ibu ni mesti kahwin. Ibu nak juga merasa timang cucu sebelum ibu tutup mata. Ibu nak kau cari bini sendiri. Pastikan calon kau tu kuat agama. Sejuk mata memandang. Ibu nak dia pandai masak dan pandai menjahit! Ingat tu!” Itulah ‘amaran’ ibunya. Dia takkan sesekali lupa!

Banyak betul syarat ibunya itu. Sebagai anak, dia hanya mendengar dan taat saja. Bagi empunya diri, cukuplah calon isterinya nanti seorang yang kuat agama. Pasal memasak dan menjahit, dia tidak pernah kisah. Kalau pun calon isterinya nanti tak pandai semua tu, dia sendiri yang akan mengajarnya. Ya! Abu Sufian sebenarnya seorang lelaki yang mempunyai pakej lengkap sebagai seorang suami. Bab suri rumah, serah saja padanya. Segalanya serba boleh.

Abu Sufian selalu memikirkan satu soalan ini. Adakah dirinya sudah bersedia untuk mencintai orang lain sedangkan dia selalu mengecewakan Tuhannya? Adakah dirinya sudah bersedia untuk bertemu dengan-Nya? Ada manik jernih yang tiba-tiba singgah di pipinya. Hiba.

******

Shida menghubungi sahabat-sahabat perempunnya. Zafhan yang menyuruhnya kerana reunion untuk kelas 5 Abu Bakar akan diadakan esok, setelah 8 tahun tidak bertemu. Lokasinya di sebuah restoran Arab, Shah Alam.

Shida segera menjalankan tugasannya. Dia menelefon sahabat baiknya dahulu, Hanila.

“Assalamualaikum, esok jangan lupa datang ya dekat alamat yang saya baru mesej tadi.” Shida bersuara penuh girang.

“Insya-Allah Shida. Kalau tak ada apa-apa, saya datang.” Lembut saja suara Hanila menjawab. Dia cuba meyakinkan sahabatnya itu.

“Okey, tak sabar nak jumpa! Awak tahu, esok pengantin baru pun ada tau.” Gelak Shida kedengaran.

“Oh..Siti dengan Fikri ya?” Duga Hanila.

“Absolutely! Rindu kan…” Mata Shida mula berkaca. Rasa rindu pada sahabat tercinta semakin membuak di dadanya.

“Saya pun rindu. Ada jodoh, esok kita jumpalah ya.” Suara Hanila juga sayup-sayup sahaja.

“Insya-Allah, assalamualaikum..” Talian dimatikan. Shida mengesat sisa manik jernihnya. Dia menghubungi sahabat yang lain pula.

Rindu di benak kalbu makin mendalam. Terasa dada semakin sesak dihimpit pelbagai rasa yang mula menjengah. Rindu, suka dan duka semuanya berkumpul. Esok adalah kemuncaknya. Mudah-mudahan, Allah melancarkan segala urusan di bawah reda-Nya.

******

Hari yang dirancang untuk pertemuan reunion muncul jua. Syukur! Zam Zam Arabic Restaurant, itulah tempat pertemuan bekas pelajar kelas 5 Abu Bakar. Dua tempat khas yang sudah ditempah diduduki ramai penghuni. Muslimin dan muslimat. Kaki Abu Sufian terus melangkah ke arah port kaum muslimin.

Zafhan tersenyum dari jauh. Tangannya didepakan sedikit. Pelukan rindu dua sahabat bertamu. Abu Sufian mendakap sahabatnya itu. Mereka bersalaman sambil mata saling memandang. Ada aura rindu yang tersembunyi. Kemudian, Abu Sufian bersalam dengan sahabat muslimin yang lain.

“Makin sihat kau.” Usik Abu Sufian. Ditujukan khas untuk Zafhan. Badannya sedikit berisi.

“Biasalah bro. Kerja kuat, makan pun kenalah kuat.” Zafhan tergelak. Kerjanya memang memerlukan banyak tenaga. Zafhan berjaya menjadi seorang arkitek yang menjadi impian dirinya suatu ketika dahulu.

Tak lama kemudian, berpasang-pasang mata melihat ke arah pintu masuk restoran. Pengantin baru sudah mari! Siti dan Zikri baru diijab kabulkan pada minggu lepas. Berseri-seri muka mereka. Merah memadam kerana malu. Ramai yang memandang. Ada juga usikan-usikan nakal yang kedengaran.

“Piwiiiittt..!!”

“Dia datang..dengan lenggang lenggoknya..”

Tangan yang digenggam erat dilepaskan. Siti menuju ke tempat duduk muslimat sementara Zikri melangkah ke tempat muslimin. Masing-masing bahagia dan melepaskan rindu yang terpendam. Bukan Siti dan Zikri saja yang sudah berumah tangga, malah, ada beberapa pasangan lagi. Amir, Rosli, Huzaimi, Sarah, Miza, Tikah dan Elly juga sudah berumah tangga. Amir dan isterinya, Saadah, sudah pun beranak dua. Begitu juga dengan Sarah dan pasangannya, Zul. Miza dan suaminya, Mujahid pula sudah masuk tiga. Yang lain, masih dalam mood berbulan madu agaknya. Sambil menanti rezeki dari Ilahi.

Sambil menikmati hidangan, Shida dan Hanila sempat bergurau senda mengenakan Siti. Terukir senyum bahagia di bibir mereka.

“Hanila, tolong cucikan tangan anak saya boleh? Sinki dekat sana tu. Saya tak habis makan lagi ni. Nak suap lagi seorang ni.” Sarah sibuk menyuapkan nasi ke mulut anak kecilnya itu. Tak menang tangan dibuatnya.

“Boleh, jom sayang.” Hanila tersenyum sambil memimpin tangan anak perempuan Sarah, Zulaikha. Usianya baru mencecah 3 tahun. Comel betul! Geram!

“Dah..pandai pun..kejap ya..” Hanila menggosok-gosok celah jarinya dengan air sabun. Zulaikha mengatur langkahnya. Dia berlari anak menuju ke lokasi lain.

“Eh, kejap..ish budak comel ni..” Hanila mengomel sendirian. Dia memaksimumkan kelajuan kakinya untuk ‘menangkap’ tubuh kecil itu. Zulaikha terus berlari.

“Auuu..!!” Si comel itu terlanggar seseorang. Terjelepok dia ke lantai. Dia mendongak. Lelaki itu tersenyum manis. Zulaikha terus menangis.

“Sayang..ssshhh..tak nak nangis dah ya..” Hanila duduk mencangkung sambil mendakap erat tubuh si kecil.

“Erm.. Maaf.. Saya tak perasan dia lari tadi. Mungkin sakit sebab terlanggar kaki yang keras ni.” Abu Sufian bersuara. Serba salah jadinya.

Hanila hanya membisu. Hendak tergelak pun ada. Kakinya keras? Kaki orang lain lembut sangatlah ye. Haha.

“Tak apa. Dia dah okey dah ni. Sekejap je nangisnya.” Hanila mendukung Zulaikha. Dia mengusap pipi si comel itu. Dia terus melangkah.

Abu Sufian kaku di situ. Rasa bersalahnya masih bersisa. Kasihan anak sahabatnya itu. Dia akan minta maaf sebelum balik nanti.

“Saya minta maaf pasal tadi. Buat anak awak menangis.” Suara itu bergema.

Hanila mengangkat keningnya. Dia menoleh. Lelaki tadi? Anak aku? Haha.

“Eh, tak apa. Erm, maaf, itu anak Sarah la, bukan saya.” Hanila terus berjalan memasuki perut keretanya.

Abu Sufian menepuk dahi. Agak malulah juga.

“Hai..” Sapa Suraya tiba-tiba.

“Errr…” Abu Sufian buntu. Dia memang tidak tahu nak cakap apa. Dia memang macam tu. Kalau tak ada perkara penting dengan insan bernama perempuan, dia takkan sesekali mulakan apa-apa.

Sejak di Jordan dahulu, dia memang sudah diasuh untuk tidak terlalu bersosial dengan perempuan tanpa ada sebarang urusan. Kerana, dia mengaji ilmu agama. Hatinya perlu dijaga dengan penuh rapi. Ilmu hanya akan memasuki hati yang bersih saja. Hati yang dipenuhi tompok hitam bukan tempat duduk ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi bab agama. Sebenarnya, sejak di bangku sekolah agama lagi dia sudah didedahkan semua tu. Cuma, praktikalnya Abu Sufian manfaatkan bila berada di kejauhan sana. Maklumlah, zaman dulu, dia masih jahil.

“Apa cerita? Sihat?” Suraya memulakan bicara. Hujung tudungnya jatuh. Dia segera menyilangkannya semula. Terdedah bahagian depannya.

“Erm.. Alhamdulillah..” Abu Sufian membuang pandangan ke luar.

“Saya pergi dulu. Ada hal. Assalamualaikum.” Abu Sufian terus menapak. Mulutnya terkumat-kamit melantun istighfar. Dia memang tidak selesa! Suraya terkebil-kebil dalam sendiri.

******

Terangnya bulan malam itu, terang lagi sekeping hati milik Shida. Jiwanya terasa lapang setelah seharian meluangkan masa bersama sahabat-sahabat tercintanya yang sudah 8 tahun tidak bersua muka.

Dan, petang tadi, selepas dia pulang dari reunion itu, ada kejutan istimewa untuknya. Ya! Dia sangat terkejut! Zafhan bersama ibu bapanya datang untuk melamar sekuntum bunga bernama Shida. Mereka sekeluarga duduk di ruang tamu. Shida bersama ibu bapanya juga turut serta bersama.

“Jadi, apa keputusan pakcik? Sudi tak terima saya?” Zafhan cuba menjadi lelaki ‘gentle’ yang meminang Shida melalui bapanya.

“Apa pula pakcik? Bukan pakcik yang nak kahwin dengan kamu.” Pak Kamal tergelak besar. Ditepuk-tepuk belakang Zafhan. Bertambah malu Zafhan dibuatnya. Tak keruan!

“Err..Shida..? Awak setuju ke tak? Kalau awak dah ada yang punya, tak apa, saya tak paksa awak terima saya.” Zafhan mengangkat sedikit mukanya. Ingin melihat reaksi Shida.

Dalam hati Shida, betapa bahagianya dia dilamar! Ya Allah! Lelaki ini pernah menjadi insan kecintaanku suatu ketika dulu. Tapi, disebabkan belum bersedia dan masih muda, dibiarkan saja rasa itu. Lama-lama, terkubur sendiri. Kemudian, rasa itu datang lagi! Terima kasih Allah!

“Insya-Allah, saya sudi. Saya terima. Saya setuju kalau emak dan ayah dah suka.” Merah padam muka Shida. Malu, tapi mahu!

“Emak dengan ayah okey saja. Tak gitu bang?” Emak Shida, Abidah, tersenyum gembira. Pak Kamal mengangguk tanda setuju.

Segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Cincin merisik pun disarung ke jari Shida. Menurut permintaan kedua-dua belah pihak, mereka mahu Zafhan dan Shida terus disatukan. Tak perlu majlis bertunang kerana ingin mengelakkan pembaziran dan ingin menyegerakan pernikahan. 5 bulan dari sekarang, mereka bakal disatukan. Zafhan memang sudah bersedia dari segi kewangan. Shida juga ada menyimpan untuk masa depannya. Shida bekerja di Jabatan Agama Islam Selangor sebagai Pembantu Tadbir.

Shida mencapai telefon bimbit kesayangannya. Rasa bahagia di jiwa ingin dikongsi bersama sahabat baiknya, Hanila.

“Assalamualaikum..Hanilaa..!!”

“Waalaikumussalam Shida.. Sakit telinga dengar awak jerit.. Kenapa ni?”

“Saya dah nak kahwin. Seronoknya!”

“Yeke? Tahniah. Kalau boleh tahu, dengan siapa?”

“Awak mesti tak percaya. Sebab, saya sendiri pun masih tak percaya. Hehe.”

“Maksud awak? Siapa?”

“Zafhan! Ketua kelas kita!”

“Alhamdulillah. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke Syurga.”

“Amin. Terima kasih. Awak bila lagi?”

“Saya? Haha. Tak tahulah. Bila tiba masanya, adalah nanti. Awak doakan saya ya.”

“Amin. Okey, saya nak sambung kerja. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam..” Talian sudah pun dimatikan. Betapa bahagianya nada suara Shida sebentar tadi. Akhirnya, sahabat baiknya itu bakal disatukan dengan ketua kelasnya. Terbaik!

******

“Ustazah ni comellah.” Puji salah seorang murid perempuannya, Hawa. Darjah tiga. Hanila tersenyum manis.

“Ustazah bila nak kahwin?” Tanya seorang murid lagi, Fadhli. Hanila tergelak kecil. Begitulah kerenah murid-murid darjah 3. Kadang-kadang, hilang sabar juga dengan perangai ‘gila’ mereka. Tapi, Hanila tetap sabar. Terima dengan akal, bukan dengan emosi.

“Anak-anakku sayang, nak dengar cerita tak?” Hanila berdiri di hadapan papan tulis.

“Naaaaaakkkk..”Jawab mereka serentak.

“Ustazah sebenarnya tengah rindu dekat seseorang. Seseorang yang tak pernah ustazah jumpa. Seseorang yang tak pernah muncul depan ustazah. Seseorang yang sangat sayangkan ustazah dan kita semua.” Hanila tersenyum melihat gelagat mereka. Fokus benar nampaknya.

“Siapa orang tu ya? Siapa nak jawab?” Sambung Hanila lagi.

“Boyfriend!” Jerit Adam. Hanila menggeleng.

“Suami ustazah ya?” Arsyad pula menjawab. Hanila menggeleng lagi.

“Habis tu..siapa?” Tanya Hanani seperti sudah give up.

“Tekalah lagi..”

“Allah..!” Laung Thaqifah dari belakang.

“Seseorang tu manusia la sayang..bukan Tuhan kita..” Hanila cuba menerangkan.

“Alaaaa…ustazah bagitau jela..” Lagi sekali, Hanani lekas berputus asa. Kasihan. Hanila terpaksa mengalah.

“Baiklah..jawapannya..Nabi kita..siapa nama Nabi kita?”

“Nabi Muhammad s.a.w….” Serentak mereka menjawab. Hanila tersenyum lagi.

“Ahsantum! Pandai anak-anak ustazah ni.. kita sambung belajar ya..” Hanila mencapai bukunya. Anak-anak muridnya khusyuk memberi tumpuan.

“Ustazah..maaf ganggu..” Cikgu Laila membantutkan pembelajaran anak-anak kesayangannya. Kakinya menapak ke luar pintu kelas.

“Ada apa ya cikgu?” Tanya Hanila.

Cikgu Laila memberitahu bahawa esok akan ada seorang murid baru. Perempuan. Namanya Raihan.

“Baiklah, terima kasih ya cikgu.”

Hanila masih baru di sekolah rendah agama itu. Dia baru sahaja berpindah tempat mengajar lantaran jarak yang tidak mengizinkannya untuk terus mengajar di tempat lama. Soal gaji, dia tidak berapa peduli sangat. Hanila masih duduk bersama ibu bapanya. Pada sebelah malam, Hanila menjadi guru tahfiz untuk para hafizah ‘kecil’ di sebuah masjid yang terdiri daripada umur 7-12 tahun. Dia telah dilantik oleh imam masjid itu untuk menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar.

Mengajar sekolah rendah sebenarnya merupakan satu cabaran baginya. Pasti banyak kerenah mereka. Pasti lebih dahsyat kenakalan mereka. Entahkan mampu, entahkan tidak untuk Hanila menghadapinya. Itulah yang sering bermain di fikirannya. Tapi, hatinya cuba untuk bersikap positif. Insya-Allah, boleh!

******

Fatimah, satu-satunya adik perempuan Abu Sufian, sedang khusyuk menumpukan perhatiannya pada makanan yang terhidang di depan mata. Umurnya baru 17 tahun. Dia bersekolah di sebuah sekolah menengah agama. Adik bongsu Abu Sufian itu juga merupakan seorang anak dan adik yang manja. Adik kedua Abu Sufian, Zulfiqar, berumur 20 tahun. Dia sedang meneruskan langkahnya di Universiti Kebangsaan Malaya. Manakala adik bongsunya, Hanafi, berumur 12 tahun.

Fatimah dan emaknya, Puan Maisarah, selesai menjamah hidangan. Abu Sufian baru sampai ke rumah. Mukanya beraut penat. Betapa laparnya perut! Asyik menangis minta diisi. Dia menarik kerusi. Fatimah mengaut nasi untuk abang kesayangannya itu. Abu Sufian tersenyum manis. Ucapan terima kasih diluah sebagai tanda penghargaan buat adik perempuan kecintaannya. Hanafi sedang khusyuk membuat latihan Sirah dan Bahasa Melayu. Itulah ‘buah tangan’ daripada murabbinya.

“Dah jumpa ke?” Emak tiba-tiba bersuara menyoal. Pandangannya fokus ke arah anak sulungnya. Abu Sufian mengerutkan dahi.

“Jumpa siapa mak?” Nasi berlaukkan siakap tiga rasa disuap ke dalam mulut. Alhamdulillah, sedapnya! Nasi digumpal lagi.

“Calon menantu maklah.” Emak tersengih mengharap. Tersedak Abu Sufian. Nasi yang digumpal dileraikan. Dia meneguk sedikit air. Fatimah hanya memerhati gelagat dua beranak itu. Tergelak kecil dibuatnya.

“Calon menantu? Siapa mak?” Soal Abu Sufian.

“Ish! Orang tanya dia, dia tanya orang balik!” Emak menggeleng sambil langkahnya menuju ke luar rumah untuk mengangkat kain sidaian. Tak kuasa hendak melayan anaknya yang buat-buat tak faham tu! Abu Sufian meneruskan sesi makannya. Fatimah pula khusyuk menonton televisyen.

Usai makan, Abu Sufian mengimamkan solat Maghrib bermakmumkan emak dan adik-adiknya. Kemudian, mereka bertadarus bersama menunggu masuknya waktu Isyak. Usai solat Isyak, empat beranak itu berkumpul di hadapan televisyen. Hanafi tidak lama di situ. Dia segera masuk ke bilik untuk melelapkan mata yang sudah mula mengantuk. Fatimah merajinkan diri membuat kerja-kerja sekolah pemberian gurunya. Dia cuba fokus. Andai ada persoalan, dia akan segera bertanya pada Abu Sufian.

“Errr..mak..nak cakap sikit boleh?” Abu Sufian mula bersuara. Sambil menolong emaknya melipat kain, dia ingin berbincang sesuatu bersama emak tercintanya itu.

“Haaa..kenapa?”

“Macam mana kalau calon isteri Abu nanti tak tahu memasak ya? Tak tahu menjahit? Tapi dia ada agama. Dia baik. Ibu okey?” Abu Sufian cuba menyusun kata. Dia memberanikan dirinya.

“Erm..Kenapa? Kau tak nak isteri yang pandai masak dan pandai menjahit ke? Dah ada calon ke?” Puan Maisarah memandang tepat ke arah wajah tenang Abu Sufian.

“Err.. Belum ada lagi. Saja tanya dulu. Hehe. Bukan tak nak mak, tapi, rasanya, tak perlulah kita nak tetapkan ciri-ciri tetap yang perlu ada pada calon tu nanti. Bukan apa, Abu kahwin sebab nak lengkapkan hidup dan nak ikut sunnah. Err..Bukan ke kena saling melengkapi? Kalau dia nanti tak tahu masak, tak apa, Abu tahu. Abu boleh ajar dia. Bukan ke memasak itu pun sunnah? Tolong isteri masak, kan..” Abu Sufian cuba berhati-hati dalam percakapannya. Tidak mahu hati wanita istimewa itu terguris. Emak hanya memandang. Menanti kata seterusnya.

“Err..Lagipun, Nabi s.a.w. tak meletakkan syarat yang sebegitu tetap. Asalkan ada empat perkara asas seperti yang disebutkan baginda, cukuplah calon menantu emak dan isteri Abu nanti seorang yang beragama dan baik akhlaknya. Itu yang lebih utama. Bukankah sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah? Abu cuma bagi pendapat saja. Supaya senang nak mencari. Harap emak tak terasa hati ya.” Akhiri Abu Sufian. Panjang lebar penerangannya. Dihiasi dengan senyuman manja.

Emak diam seketika. Wajahnya tidak mencorakkan apa-apa reaksi. Kemudian, sebaris senyuman menjelma di bibir wanita yang sudah berumur dalam lingkungan 50-an itu.

“Iyelah. Ikut suka kau. Mak ni, mana tahu sangat bab-bab agama ni. Harapkan kau sajalah yang dapat bimbing keluarga ni. Mak cuma nak isteri yang terbaik untuk kau.” Berkaca mata emak. Begitu tulus kasih seorang ibu.

“Mak..Insya-Allah. Kalau seseorang tu dah ada agama yang baik, pasti dia boleh jadi isteri yang baik juga. Mak doakan anak mak ni cepat bertemu jodoh ya.” Abu Sufian merapati emaknya. Dia mengesat manik jernih yang berjuraian di pipi emaknya. Satu kucupan sayang singgah di dahi Abu Sufian. Fatimah bahagia melihat aksi romantik itu. Antara anak dan ibu.

Abu Sufian memiliki wajah yang tampan dan sering menjadi buruan para dara. Abu Sufian selalu buat endah tak endah, acuh tak acuh apabila bersama insan bernama perempuan. Dia tidak suka mata perempuan ajnabi asyik memandangnya dan pada hatinya, itu adalah sebagai dugaan dan ujian. Pandangan mata selalu menipu! Dia lebih suka bersahaja dan menundukkan pandangan bila berbicara dengan perempuan. Bukanlah sampai tak pernah bercakap langsung dengan perempuan. Tipu sangatlah tu kan!

Cuma, dia acapkali berhati-hati dalam membataskan pergaulannya bersama perempuan ajnabi. Tidak mahu ada sebarang cinta atau rindu memutik di kalbu kerana dirinya masih belum bersedia. Tapi sekarang, Abu Sufian sudah bersedia. Hanya gadis solehah idamannya saja belum memunculkan cinta dan rindu dalam sukmanya. Gadis pilihan-Nya, itulah pilihan dia!

******

Assalamualaikum. Apa khabar? Lama tak dengar cerita. Buat apa sekarang?

Sender : Aiman

Hanila membaca mesej tersebut tanpa wujud sebarang rasa. Tidak terbit rasa teruja mahupun senyuman menerima seungkap mesej daripada seniornya itu. Aiman 2 tahun tua daripadanya. Memang sudah lama dia tidak mendengar khabar si Aiman. Pelik juga tiba-tiba dia mesej.

Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sihat. Sekarang, menjadi guru. Maaf, ada kerja. Wassalam.

Sender : Hanila

Hanila membalas ringkas. Memang begitu sikapnya bila berhadapan dengan mesej yang tidak penting oleh si ajnabi. Tak sampai dua minit, Aiman membalas lagi.

Sebenarnya, saya ada sesuatu nak beritahu kamu. Saya dah fikir masak-masak. Boleh kita jumpa? Saya nak melamar awak jadi teman hidup saya. Isteri saya. Please!

Sender : Aiman

Tergamam. Hanila mendengus dalam hati. Dia sudah agak. Pasti ada sesuatu kenapa si Aiman tiba-tiba mesej dia. Hanila hanya tergelak. Gelakan sinis untuk lelaki itu. Lelaki itu pernah digelar ‘playboy’ suatu ketika dahulu. Hingga kini. Hanila sendiri pernah melihat lelaki itu berjalan berdua dan berpegangan tangan dengan seorang perempuan baru-baru ini. Di sebuah pusat membeli belah. Dia memang tidak yakin akan agama yang ada pada lelaki itu. Ada ke nak melamar kena jumpa? Ape daaa! Jumpalah dengan wali, bukan jumpa dengan mawar berduri! Layakkah dia digelar mawar berduri?? Hurmm.. Namun, itulah impian empunya diri!

Nalurinya menutur sesuatu. Begitulah lelaki. Bila hendak berseronok, akan dicarinya perempuan yang senang diajak keluar, mudah dipegang-pegang, tapi, bila hendak kahwin, pasti akan dicari yang baik-baik, yang pakai tudung dan berakhlak. Hampeh!

Maaf. Lebih baik awak kahwin dengan perempuan yang awak dah pernah pegang-pegang tangannya. Lebih molek awak kahwin dengan perempuan yang telah awak taburkan janji-janji manis awak untuknya. Pulihkan dan sembuhkan semula dosa-dosa silam awak tu. Saya dah ada pilihan. Pilihan saya adalah lelaki soleh yang tidak pernah berpegangan tangan bersama ajnabinya. Sekian, dimaklumkan. Wassalam.

Sender : Hanila

Hanila berasa sedikit lega selepas menghantar sebaris ungkapan mesej sebuah pendirian itu. Semoga ianya cukup untuk menyedarkan kesalahan dan kelalaian seniornya itu. Semoga hati itu akan lembut dengan teguran yang dirasakan masih berhikmah. Andai kata Aiman mahu berubah dan ingin berubah berbimbingkan Hanila, maaf! Hanila bukan orang itu! Kerana dirinya sendiri pun masih jahil dan memerlukan bimbingan. Begitulah tegasnya prinsip hati seorang hamba yang seringkali berhati-hati. Dalam soal hati, dia memang kena bertegas! Agar hatinya tidak mudah luntur dengan kalam cinta palsu!

Hanila tidak mahu merunsingkan hati dan fikirannya dengan perkara-perkara lagha seperti ini. Bukan sanubarinya menolak fitrah. Namun, dia harus berwaspada agar fitrah itu tidak menjadi fitnah! Dia segera mencapai kalamullah. Sebelum menyentuh mashaf itu, dia segera untuk berwuduk. Ingin menyucikan diri. Ingin membersihkan jasad daripada dosa-dosa silam. Usai mentadabbur al-quran, Hanila terus mengadu pada Yang Maha Mendengar. Dia tidak lupa untuk menyalurkan rasa rindu pada pemilik nyawanya itu.

Hanila tidak mahu hatinya terus melayan virus cinta palsu! Cinta apa namanya andai dasarnya bukan kerana Allah?! Syaitan pasti akam mentertawakannya kerana mengikut jejak langkah mereka ke Neraka! Ahh! Dia tak semudah itu! Iman oh iman! Bangkitlah! Jangan terus rebah!


Dont worry, be happy!! 

******

“Ustazah! Saya dah hafaz! Nak tasmi’ sekarang boleh?” Soal Hanafi penuh kesungguhan. Hanila nampak aura kesungguhan dalam diri pelajarnya yang satu itu. Dia hanya tersenyum sambil mengangguk.

“Nama sebenar Abu Bakar As-Sidik ialah ‘Abdullah Bin Abi Quhafah Attamimi. Beliau digelar ‘As-sidik’ kerana sentiasa membenarkan perkataan dan perbuatan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau wafat pada tahun 13 hijrah ketika berumur 63 tahun.” Hanafi berhenti menghafaz. Matanya tertumpu pada sekujur tubuh yang sedang berdiri di luar pintu kelasnya. Hanila turut membuang pandangannya ke luar pintu kelas. Pelik!

“Assalamualaikum ustazah. Maaf ganggu. Saya nak jumpa adik saya sekejap. Penting!” Abu Sufian melangkah masuk ke dalam kelas. Hanila agak tergegau! Lelaki itu lagi!

“Ooo..Okey..” Jawab Hanila ringkas. Dia berjalan menuju ke belakang kelas untuk mentasmi’ pelajar lain pula. Abu Sufian dan Hanafi keluar daripada kelas sebentar. 5 minit kemudian, mereka berdua melangkah masuk kembali. Hanafi duduk di atas kerusi miliknya. Buku matapelajaran Sirah terus dibelek-belek. Abu Sufian menuju ke belakang kelas untuk mengucapkan terima kasih pada ustazah muda itu.

“Errr…ustazah….” Perlahan-lahan Abu Sufian menutur. Dia seperti ingat-ingat lupa akan wajah itu. Seperti sahabatnya pun ada.

“Ermm..Hanila..!” Ringkas Hanila membalas. Dia sedikit tunduk kerana berasa malu. Jantungnya berdegup pantas. Ya Allah! Tundukkanlah hatiku ini!

“Oh.. Hanila.. Baru teringat. Maaflah ya ganggu kelas. Terima kasih. Tak sangka Hanila mengajar di sini.” Abu Sufian melontarkan sedikit senyuman untuk menutup rasa gusar dalam hatinya.

“Ye..takpe..sama-sama..dah-dah, aku nak sambung mengajar ni..” Hanila menapak ke hadapan kelas semula. Terkeluar perkataan ‘aku’ dalam pertuturan dia. Biarlah! Abu Sufian sedikit terkedu dengan respon sahabat lamanya itu. Ya! Dia mengerti!

“Terima kasih ya ustazah!” Abu Sufian sempat menunjukkan tabik spring pada Hanila sebelum melangkah keluar dari kelas. Ada senyuman terukir di bibir manisnya. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Semua murid di dalam kelas itu memandang Hanila dengan senyuman nakal di bibir masing-masing. Ada yang berbisik-bisik sesama mereka. Hanila beristighfar di dalam hati.

“Ooo..abang Hanafi tu pakwe ustazah ya?” Usik Nadia.

“Hensemlah pakwe ustazah tu..” Suara Akmal pula mengusik. Hanafi pun tersenyum-senyum melihat gelagat rakan-rakannya yang mengusik ustazah muda itu.

Hanila diam sebentar. Keningnya dikerutkan. Serius!

“Apa pakwe-pakwe? Tu saja yang kamu tahu? Ustazah suruh menghafaz, ramai lagi yang tak dapat. Kamu nak periksa ke nak main-main? Dah tak sabar-sabar nak kahwin?” Tajam tusukan pandangan mata Hanila. Tepat mengenai setiap mata anak-anak muridnya. Semua terkedu. Diam seribu bahasa. Tunduk memandang ke bumi. Garangnya ustazah itu!

“Lelaki tadi cuma kawan lama ustazah saja. Ustazah tak suka kamu usik-usik ustazah. Ustazah nak kamu hafaz dan rajin belajar. Boleh? Tak payah sibuk nak pakwe makwe! Belajar dulu! Kamu nak periksa PSRA tahun ni kan?! Buat yang terbaik! Boleh??” Hanila cuba membangunkan semangat pada jasad-jasad di hadapannya itu.

“Bolehhh…” Jawab mereka serentak. Semangat!

Suasana malam sungguh menenangkan kalbu. Memandang keindahan bulan nun jauh di sana merasakan diri teramat kerdil dan jahil di sisi-Nya. Betapa banyaknya dosaku!

“Hmmm….” Panjang keluhan Hanila. Dia merasa sesuatu hari ini. Entahlah. Sukar untuk diterjemah. Dia rindukan seseorang. Rindu sangat! Hanila melangkah ke dalam bilik. Dia melabuhkan dirinya di atas tilam empuk. Mulutnya mula terkumat-kamit melantun selawat dan lafaz istighfar.

Ingatan Hanila mula mengimbau memori petang tadi. Seorang sahabat lamanya, Saidatul, menghantar pesanan ringkas (sms) dari jauh. Saidatul kini berada di Kedah. Menetap, belajar dan bekerja di sana. Hanila tersenyum sendiri. Sahabatnya itu bertanyakan pendapat berkenaan isu kahwin. Mungkin, sahabat-sahabatnya itu sudah diseru untuk berumah tangga. Dirinya? Hanya Allah saja yang tahu.

“Hanila, ada seorang hamba Allah ni, lelaki. Dia suka usik aku bila dekat tempat kerja. Aku tak adalah layan sangat. Tapi, entahlah. Aku rasa selesa. Dia ada cuba-cuba nak ngorat aku. Aku buat-buat tak tahu saja. Erm, patut ke aku bagi dia peluang? Dia biasa-biasa saja orangnya. Nak kata kuat agama, taklah sangat. Biasa-biasa saja. Apa pendapat kau? Kalau aku kahwin cepat? Haha.” Begitu ceritera hati Saidatul.

Hanila mengerti perasaan sahabatnya itu. Hati wanita memang begitu. Mudah sangat luluh dengan tingkah baik dan budi insan bernama lelaki. Namun, tidak Hanila! Dia selalu tegaskan diri bila dengan lelaki. Sebab tu, pernah sahabat lelakinya melabelkan Hanila sebagai muslimah garang! Biarlah. Itu lebih baik daripada terus membiarkan hati lembut dibuai fantasi cinta palsu. Hanila cuba menyusun kata bertazkirah untuk menyuntik jiwa sahabat baiknya itu.

“Dah sampai seru nak kahwin ke ni? Hehe. Ya. Saya faham. Satu saja sebagai peringatan untuk diri saya dan kita semua. Kahwin ni bukan perkara remeh. Kahwin ni ibarat kita nak bina akhirat kita. Kita kena pilih betul-betul bakal imam untuk kehidupan kita. Bukan saja menemani suka duka kita, tapi, menjadi ketua dan sentiasa membimbing serta menegur salah silap kita di samping bekerjasama menuju ke Syurga-Nya. Agama dalam diri seorang lelaki itu amat penting dalam pemilihan calon imam dalam hidup kita. Lelaki sibuk suruh kita handal memasak di dapur, tapi, bolehkah dia jadi imam?? =.=

Kita kena buat pilihan dengan betul. Tak boleh main cuba-cuba. Sekali kita mulakan, kena habiskan. Lelaki takpe, diorang masih ada baki lagi 3. Huhu. Tapi kita ni, kalau boleh, nak kekal sampai ke Syurga. Tak nak kahwin-cerai kahwin-cerai! Memanglah tak salah nak memimpin seorang lelaki berbimbingkan kita. Tapi, kalau boleh dan sebolehnya, kita nak yang memang kuat pegangan ilmu agamanya. Supaya boleh pimpin kita ke Syurga. Tak gitu? Tak ada insan yang sempurna. Yang ada, saling melengkapi untuk menyempurnakan diri. Begitu juga soal suami isteri. Hati ni, kadang-kadang kena tegas sikit. Tak boleh selalu berlembut turutkan nafsu semata-mata. Terpulang pada awak. Solatlah istikharah. Kosongkan hati tu dulu. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Apa yang penting, usaha kita dalam mendidik dan mentarbiah diri itu mesti ada. Sebab itu juga sebahagian daripada tanggungjawab.” Panjang lebar utusan sms yang dibalas oleh Hanila. Hanila berasa dia sedang berbicara dengan dirinya sendiri. Sedang mentazkirah diri sendiri!

******

“Baiklah, terima kasih ya tuan!” Lafaz terima kasih terungkap dari bibir Abu Sufian. Permohonan untuk mengikuti kursus kepimpinan selama sebulan 7 hari di negara China telah berjaya. Dia semakin tidak sabar hendak ke sana. Ingin mengutip pengalaman di samping menambahkan ilmu pengetahuan di dada. Dia ingin mengembara! Mentafsir alam ciptaan-Nya!

Jam menunjukkan pukul 2.00 petang. Usai solat zohor, Abu Sufian bergegas ke sekolah adiknya, Hanafi dan Fatimah. Keretanya menunggu di bawah pokok di seberang jalan. Sekolah Fatimah dan Hanafi bertentangan jalan. Hanafi masih bersekolah rendah manakala Fatimah sudah bersekolah menengah. Abu Sufian terus mengatur langkah menuju ke sekolah rendah kerana Fatimah pulang petang. Fatimah menaiki motor sendiri. Katanya, ada kelas tambahan.

Abu Sufian duduk menunggu di bangku kantin sementara adiknya, Hanafi dan pelajar-pelajar lain sedang menunaikan solat fardhu Zohor. Abu Sufian melemparkan pandangannya ke arah pintu pagar sekolah. Pelajar tahap 1 sudah melepasi pagar. Masing-masing ingin cepat pulang ke rumah.

Tiba-tiba, telinga Abu Sufian menangkap suara perbualan antara adiknya, Hanafi bersama seorang muslimah bertudung labuh. Dia tidak dapat melihat siapakah gerangan ustazah itu. Dia beranikan diri untuk menghampiri jasad adiknya. Abu Sufian termangu.

Hanila pula terpaku. Mulutnya seakan terkunci. Mukanya turut merona merah. Malu!

“Errmm..Maaf…Okeylah Hanafi, ustazah balik dulu ya. Jangan lupa pesan ustazah tadi. Assalamualaikum.” Akhiri Hanila sambil kakinya mengatur langkah untuk pulang. Dia berjalan kaki hari ini. Sengaja tidak mahu menaiki motor skuternya. Sekali-sekala bersenam, okey juga rasanya.

“Eh, ustazah tu jalan kaki je ke? Rumahnya dekat mana?” Soal Abu Sufian bertubi-tubi. Rasa ingin tahunya tiba-tiba berfungsi. Hanafi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Abang ni, okey ke tak? Manalah orang tahu rumahnya dekat mana. Ustazah tu baru dipindahkan ke sini. Tak kenal sangat lagi pun. Kenapa? Abang dah terpikat ke?” Hanafi tergelak kecil. Abu Sufian tersengih.

“Abang tanya je la. Tadi borak apa dengan ustazah tu?” Abu Sufian ingin tahu lagi. Mukanya bergaya selamba.

“Laaa..itu pun abang nak cemburu ke? Ustazah tu suruh pesan dekat kawan-kawan sekelas, esok hantar buku nota dan latihan Sirah. Okey? Haha.” Hanafi tergelak lagi. Pelik dengan sikap abangnya itu.

Muka Abu Sufian sudah mula merona. Dia cepat-cepat mengatur langkah untuk pulang.

“Dah-dah! Jom balik!”

Abu Sufian dan Hanafi berjalan seiringan untuk melintas ke seberang jalan. Selesai melintas, Abu Sufian membuka pintu kereta. Baru sahaja dia hendak menghidupkan enjin kereta, tiba-tiba, cermin tingkapnya disapa seseorang.

“Abu Sufian, saya nak tumpang awak boleh? Tak sangka jumpa awak dekat sini.” Suraya tiba-tiba muncul untuk menumpang kereta Abu Sufian.

Dahi Abu Sufian dikerutkan. Dia bermonolog.

Macam mana perempuan ni boleh ada dekat sini? Ya Allah, aku nak buat apa ni?

“Sekejap ya. Nanti saya keluar.” Jawab Abu Sufian. Dia ingin mengalihkan perhatian Suraya. Abu Sufian menoleh ke sebelah. Memandang wajah adiknya. Mata mereka bertentangan. Abu Sufian mengangkat keningnya tanda inginkan jawapan daripada Hanafi. Hanafi mengerutkan dahi sambil menggeleng. Abu Sufian tersenyum. Alhamdulillah, adiknya tak setuju!

Abu Sufian keluar dari keretanya. Dia berasa amat segan untuk menuju ke arah Suraya. Tapi, dirinya terpaksa!

“Err, Suraya, maaf ya. Saya..saya ada hal lepas ni. Ada mesyuarat. Saya nak kena cepat. Saya terus bawa adik saya ke sana. Maaf. Saya balik dulu.” Abu Sufian mengatur bicara. Penuh berhati-hati.

“Kalau saya ikut awak ke mesyuarat sekali tak boleh ke?” Tanya Suraya lagi dengan nada manja sambil cuba membuat senyuman yang menggoda. Abu Sufian memang tidak selesa. Hatinya melantun istighfar berkali-kali ketika berhadapan dengan perempuan itu. Ya Allah, ampunilah aku!

“Maaf! Saya pergi dulu.” Abu Sufian terus melangkah masuk ke kereta. Laju saja keretanya meluncur pergi dari situ. Jantungnya turun naik. Tidak stabil. Mulutnya terkumat-kamit dengan istighfar.

“Kawan abang ke tu? Seksinya! Pakai tudung tapi nampak itu nampak ini! Hampeh!” Luah Hanafi tanda tidak puas hati dengan penampilan bertudung perempuan tadi. Abu Sufian hanya tersengih sambil menggeleng.

“Dah tahu seksi, tak payahlah pandang!” Jawab Abu Sufian sambil membetulkan duduknya.

“Habis tu, abang siap keluar kereta pergi jumpa dia tu, boleh pula ya?” Balas Hanafi. Sinis bunyinya. Abu Sufian mengerutkan dahi.

“Abang bukan dating pun! Abang cuma cakap yang abang tak boleh nak tumpangkan dia. Dia pun satu! Entah dari mana muncul.” Panjang penjelasan Abu Sufian untuk mempertahankan kebenaran dirinya.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Tujuh golongan dilindungi Allah SWT di bawah lindungan-Nya pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya ; 1) Imam (pemimpin) yang adil. 2) Pemuda yang hidup dalam beribadat kepada Allah. 3) Orang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitis air matanya. 4) Orang yang hatinya tergantung pada masjid. 5) Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata. 6) Lelaki yang digoda oleh perempuan yang cantik tetapi dia mengatakan “aku takutkan Allah”. 7) Orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

******

“Hanilaaa..” Suara tenang abah menyeru sebaris nama itu. Hanila yang sedang sibuk menanda buku tulis di dalam kamarnya bergegas menapak ke perkarangan ruang tamu. Panggilan itu segera disambutnya.

“Ada apa abah?” Tanya Hanila. Dia mengambil tempat di sebelah abah tercintanya itu sambil tangannya membelek surat khabar. Sengaja ingin mengatahui isu sensasi masa kini.

“Kamu dah bersedia ke nak kahwin?” Soal abah kembali. Hanila memandang tepat ke arah abahnya. Biar betul! Salah dengarkah telinganya itu? Hanila cuba menstabilkan emosinya. Relaks!

“Apa abah? Kahwin? Haha. Lawaklah abah ni.” Hanila tergelak sambil menepuk peha abahnya. Sengaja ingin menghilangkan rasa gundah yang melanda jiwa kecilnya. Malu! Ibu tiba-tiba muncul dengan sebaris senyuman.

“Bang, tengoklah anak awak ni. Orang serius, dia boleh gelak-gelak.” Ibu meluahkan rasa di jiwanya. Hanila menghentikan gelak tawanya. Dia hanya melemparkan sekuntum senyuman bersama gelengan kepala.

“Tadi Pak Daud ada telefon abah. Katanya, si Shafiq tu berkenan dengan hang. Dia nak datang meminang minggu depan. Hang dah bersedia ke?” Ayah memandang ke arah anak perempuannya itu dengan wajah serius. Hanila tersenyum kelat. Dia diam membatu. Kemudian, senyumannya menguntum kembali. Ibu dan ayah mengerutkan dahi mereka. Pelik dengan sikap anak perempuannya yang seorang itu. Hanila merupakan anak bongsu daripada 6 adik-beradik. Dia memiliki 5 orang abang. 3 sudah pun mendirikan rumah tangga. Dua lagi sedang menanti penuh pasti. Termasuk dirinya!

“Betul ke abah? Betul ke ibu? Haha. Nanti abah dan ibu jangan lupa beritahu dia ya!” Ucap Hanila sambil mengenyitkan mata. Kenakalannya memang sukar ditafsir.

“Beritahu apa?” Soal ibu.

“Beritahu Shafiq yang Hanila ni tak pandai masak sangat. Menjahit pun tersangkut-sangkut lagi. Lepas tu, kita tengok reaksi dia macam mana. Okey?” Gelak Hanila makin galak. Entah apa yang digembirakan sangat!

“Kamu beritahulah dia sendiri. Malu abah nak cerita dekat orang yang satu-satunya anak perempuan dalam rumah ni tak pandai masak. Apa daaaa…” Abah hampir tergelak. Dia mencubit pipi anak perempuan kesayangannya itu.

“Itulah dia bang. Itulah taktik tak nak bagi orang meminang dia. Hang ni nak kahwin ke tak nak sebenarnya?” Tanya ibu sambil menggenggam erat tanganku. Hanila tersenyum. Dia menarik nafas panjang-panjang sebelum menuturkan bicara.

“Ibu, abah, mestilah Hanila nak kahwin. Kalau ada jodoh sekarang, sekarang juga Hanila nak kahwin. Hehe. Tapi, bukan dengan Shafiq. Ya, Shafiq memang ada segalanya. Tapi, agama yang ada dalam dirinya masih belum cukup menenangkan hati dan jiwa yang memandang ni. Hanila belum ada siapa-siapa lagi. Sabar ya. Hehe.” Sempat Hanila mencium pipi ibu tercintanya itu. Sayang!

“Hang ni, cerewet! Umur hang tu dah sesuai sangat nak bernikah. Habis tu, kamu nak tunggu siapa?” Soal abah pula. Suaranya agak serius. Namun, Hanila tetap bersahaja. Seakan tidak terkesan dengan keadaan.

“Hanila nak tunggu putera agama! Hehe. Abah, mestilah kena cerewet. Hanila tak nak perkahwinan Hanila ni terburu-buru. Hanila tak nak buat keputusan atas dasar nafsu yang suka melulu. Hanila tak nak perkahwinan anak perempuan tercinta ibu dan abah ni berakhir dengan tragedi pilu seperti seorang sahabat ni. Sedih tau. Memanglah kita tak tahu masa depan kita bagaimana, tapi, setidak-tidaknya, Hanila berusaha untuk dapatkan yang terbaik.” Bicara itu terlafaz jua oleh hati yang sarat mencari reda-Nya.

“Tragedi apa yang berlaku dekat sahabat hang tu?” Tanya abah. Ibu juga mengangguk tanda ingin tahu perkara yang sama.

“Kawan Hanila baru saja bercerai. Baru 4 tahun dia membina mahligai cinta bersama suaminya tu. Kawan Hanila ni, dah 3 kali mengandung dan dah 3 kali juga gugur. Dia reda. Pasrah dengan takdir-Nya. Mungkin, belum ada rezeki untuk dia dan suami memiliki anak sendiri. Dia tekad untuk mengambil anak angkat. Suatu hari tu, ibu kawan Hanila ni sakit. Suaminya pula, tiba-tiba ajak dia pindah rumah masa tu juga. Suaminya memaksa. Kalau dia tak ikut suaminya pindah waktu tu juga, dia akan diceraikan. Kawan Hanila sangat terkejut. Mana taknya, dia tersepit. Terpaksa pilih satu antara dua pilihan. Dan akhirnya, dia memilih menetap di rumah ibunya untuk menjaga ibunya yang sedang sakit tenat itu. Suaminya terus melafazkan talak 1.

Hati mana yang tak luluh ibu, abah. Hanila menangis dengar keluhan dia. Hanila memang tak setuju dengan tindakan suaminya tu. Tak matang betul! Tiba-tiba nak bercerai disebabkan tak ikut pindah rumah waktu tu! Ada ke mak tengah sakit suaminya suruh dia tinggalkan maknya? Hampeh betul!” Ujar Hanila. Matanya berkaca. Bergetar suaranya. Syahdu! Ibu dan abah juga turut menitiskan manik jernih mereka.

“Bagi Hanila, suaminya tu sengaja cari alasan untuk bercerai. Bukan sebab pindah rumah atau apa, tapi sebab dah 4 tahun kahwin dan masih belum mempunyai cahaya mata. Tak patut betul! Sebab tu Hanila banyak cekadak bila masuk bab kahwin ni. Ya. Memang Hanila rasa tak sabar-sabar nak kahwin tapi pada masa yang sama, Hanila rasa takut! Serius!” Sambung Hanila lagi. Dia mengesat manik jernihnya. Ibu memeluk tubuh anak perempuannya itu.

“Hanila, ibu dan abah faham. Kami takkan paksa hang.” Abah melontarkan senyumannya. Betapa bahagianya atma Hanila. Alhamdulillah!

******

“Abang! Berhenti dekat depan tu ya!” Hanafi tiba-tiba menjerit. Abu Sufian sedikit tergegau.

“Kenapa?” Tanya Abu Sufian kehairanan.

“Tu.. Ustazah Hanila.. Kenapa motor dia tak gerak-gerak tu? Kesian dia bang.. Jom kita tolong!” Ujar Hanafi. Abu Sufian berfikir berkali-kali. Hendak berhenti atau tidak? Hari ini, Abu Sufian menaiki motor sahaja. Nak tumpangkan Hanila? Tidak mungkin sama sekali! Tolong tengokkan motornya? Dia bukanlah reti sangat! Aaarrgghhh! Akhirnya, Abu Sufian akur dengan arahan adiknya itu. Dia memberhentikan motornya di sebelah motor milik Hanila.

Hanila membulatkan matanya.

Ya Allah!

“Ustazah, motor ustazah rosak ke?” Tanya Hanafi tanda prihatin akan ustazahnya itu. Hanila berasa teramat malu. Bukan malu dengan anak muridnya itu, tapi, malu dengan Abu Sufian. Dia cuba menenangkan gelora di hati.

“Errr.. Ha’ah.. Entah, tiba-tiba motor ni berhenti. Tak boleh start. Takpelah, rumah ustazah dekat sana tu saja. Kejap lagi ustazah tolak sendiri. Kamu pergilah balik ya.” Arah Hanila sambil hendak menolak motor Ego miliknya itu. Hanafi memandang abangnya. Abu Sufian mengerutkan keningnya. Berfikir sesuatu. Kemudian, dia mengangguk.

“Err..ustazah.. Biar saya dengan Hanafi yang tolak motor ni ya. Ustazah naiklah motor skuter kitorang ni. Okey ya?” Ujar Abu Sufian selamba. Posisinya menuju ke arah motor milik Hanila. Dia dan Hanafi segera menolak motor itu. Hanila termangu sendirian. Hatinya berbolak.

Ya Allah! Apa semua ni? Patut ke aku naik motor dia ni? Dia tolak motor aku dan aku naik motor dia? Ya Allah! Jahatnya aku!

“Errr… Abu Sufian!! Tunggu!!” Laungan itu tidak dihiraukan. Abu Sufian tahu, Hanila pasti akan menolak. Sebab itu, dia dan Hanafi meneruskan perjalanan menolak motor Hanila. Telinganya sengaja dipekakkan.

Tak sampai 10 minit, kaki Abu Sufian sudah menapak ke perkarangan rumah milik ibubapa Hanila. Dia terasa sesuatu! Berulangkali kalimah istighfar meniti di bibir dan lubuk hatinya. Dia gusar!

Hanila juga selamat sampai ke rumahnya menaiki motor skuter Abu Sufian. Dirinya dihimpit rasa bersalah yang amat! Ya Allah!

“Err..terima kasih ya! Terima kasih Hanafi! Terima kasih Abu Sufian!” Hanya kalimah itu yang mampu diucap oleh bibir Hanila. Dia ingin mempelawa masuk kedua mereka untuk menghilangkan dahaga namun, dia tidak berupaya. Gusar akan ibubapanya akan salah faham.

“Sama-sama ustazah..” Jawab mereka berdua serentak.

“Eh, jemputlah masuk dulu!” Suara abah Hanila tiba-tiba bergema. Terkejut bukan kepalang Hanila dibuatnya! Abah tersenyum nakal. Ibu juga. Hanila menjadi bertambah malu.

“Err.. Takpelah pakcik. Lain kalilah. Saya dengan adik saya ni, membantu saja.” Abu Sufian dan Hanafi menghulurkan tangan untuk bersalaman bersama abah Hanila. Abahnya menarik tubuh Abu Sufian ke dalam dakapannya. Abu Sufian terpaku! Dia terasa sesuatu! Ya Allah!

Hanila terpempan dengan aksi dua lelaki di hadapannya itu. Bertambah malu dibuatnya! Abah terus ‘memaksa’ Abu Sufian dan Hanafi singgah masuk ke dalam rumah. Mereka berdua terpaksa akur.

Hanila hanya mengurung diri di dalam biliknya. Entah apalah yang diborakkan abah dan ibunya dengan mereka itu. Ya Allah! Betapa malunya diri ini untuk berhadapan dengan lelaki bernama Abu Sufian itu. Apa semua ni?? Hanila tidak mengerti. Dia tidak mahu mengerti pun!

******

“Bro! Jadilah imam.” Saran seorang sahabat untuk Mubasyir. Dia hanya menggeleng. Kemudian, dia menyeru nama Hakim pula. Hakim juga tidak mahu. Dia memberi mandat imam kepada Danial. Abu Sufian hanya menggelengkan kepala melihat gelagat sahabat-sahabatnya itu. Dia segera menapak ke hadapan.

“Sudahlah! Biar aku jadi imam. Bro! Aku nak pesan satu saja. Pesanan ni daripada kawan aku juga. Kalau suruh jadi imam pun payah, jangan haraplah nak dapat isteri yang solehah.” Sentap teguran itu. Menusuk ke kalbu.

“Pergghh bro! Hebatlah kau! Insya-Allah, kau bakal dapat isteri yang solehah.” Mubasyir tersenyum.

“Amin. Hehe. Dah-dah! Fokus! Sekarang, cinta yang satu, Allah!” Tegas Abu Sufian.

Usai menunaikan solat Asar, Abu Sufian, Mubasyir, Hakim dan Danial meluangkan sedikit masa untuk berusrah.

“Apa topik kita hari ni bro?” Soal Hakim. Dia membelek-belek mini al-quran berwarna hijau itu. Sedang mencari sesuatu.

“Cuba kau cari maksud ayat 16-17 surah Ibrahim..” Pinta Abu Sufian. Tenang saja wajahnya. Bercahaya dengan nur iman.

“Di hadapannya ada neraka Jahanam dan dia akan diberi minuman dengan air nanah, diminumnya air nanah itu dan hampir dia tidak bias menelannya dan datanglah (bahaya) maut kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak juga mati, dan di hadapannya masih ada azab yang berat..” Hakim meneguk liurnya. Takut!

“Aku tak dapat bayangkan macam mana keadaan kita bila kita minum air nanah yang mendidih..seram!” Mubasyir bersuara getar. Ada keinsafan yang mengalir. Masing-masing tertunduk menghayati makna ayat tersebut.

“Semoga kita dijauhkan daripada azab tersebut. Aku harap, kita dapat muhasabah diri kita semula. Setiap hari. Apakah langkah kita selama ini menuju ke Syurga atau Neraka? Semoga Allah lindungi kita.” Ringkas tazkirah Abu Sufian. Namun, menyentap jiwa-jiwa insan yang ada di situ.

Hari ini cuti. Abu Sufian terus bergerak menuju ke rumahnya. Ibu, Fatimah dan Hanafi khusyuk menonton televisyen.

“Bila kamu bertolak ke Cina?” Tanya ibu sambil tangan kanannya menyelaj helaian surat khabar. Matanya focus pada isi di dalam surat khabar itu.

“Erm..Lusa ni, insyaAllah..” Tersenyum lebar atmanya. Bahagia ingin menerokai negara itu. Ibu hanya mengangguk. Abu Sufian terus mengatur langkah untuk ke kamarnya. Dia merebahkan diri. Penat! Dia ingin berehat seketika bersama tilam empuknya!

Hanafi memberi salam dari luar pintu bilik abangnya. Dia masuk setelah diberi keizinan.

“Abang..abang tak nak beritahu ustazah Hanila ke?” Hanafi tersengih nakal. Abu Sufian tergelak kecil sambil memandang siling biliknya. Bibirnya menguntum senyum.

“Buat apa? Abang ni bukan siapa-siapa pun pada dia. Biarlah. Kalau ada jodoh, tak ke mana. Haha.” Abu Sufian memejamkan mata. Dia ingin lena sebentar. Namun, Hanafi mengganggu konsentrasinya untuk tidur.

“Kalau abang betul dah suka dekat ustazah tu, abang beritahulah ibu. Nanti boleh terus masuk meminang. Kan senang..” Cadang Hanafi. Dia seakan senang dengan ustazahnya itu.

“Ishh..kau tu budak lagi. Tak tahu apa-apa. Ingat senang ke? Masuk meminang ingat terus dapat? Relakslah! Abang kena curi hati ibu bapa dia dulu. Lepas tu, baru curi hati dia sikit-sikit. Kena perlahan-lahan. Jangan terburu-buru. Dah-dah, abang nak tidur.” Abu Sufian terus menutup mukanya dengan bantal. Matanya dipejamkan. Mindanya perlukan rehat.

“Hanila, kawan lelaki hang tu dah tak datang sini ke? Abah rindu pula dengan dia.” Abah tiba-tiba menyoal. Spontan! Hanila tersengih kecil.

“Haaa?? Buat apa dia nak datang sini lagi?? Abah ni, merepek sajalah. Baik abah rindu dengan anak lelaki abah yang dah sebulan tak balik rumah. Sibuk dengan kerja saja.” Hanila cuba menukar topik.

“Dengan abang hang tu memanglah abah rindu. Tapi, dengan kawan hang tu pun abah rindu juga. Mana tahu, tak lama lagi, dia pun bakal jadi anak abah kan..” Abah tergelak kecil. Nakal bunyinya. Hanila hanya menggeleng berkali-kali. Ada senyuman kecil yang terukir di bibir mulusnya.

“Entah kenapa..abah rasa suka pula pada dia. Baik saja orangnya. Sopan santun lagi. Sejuk mata abah memandangnya. Kamu tak rasa apa-apa ke?” Abah sudah mula merisik hati anak perempuannya itu. Hanila cuba menyelindungkan rasa gundah yang bertandang. Relaks! Ya, memang pada pandangan hatinya, Abu Sufian itu seorang yang ada pakej agama. Memang atmanya terasa tenang dan sejuk memandang seraut wajah itu. Sebab itu dia selalu berusaha untuk menundukkan pandangannya. Tidak mahu ada ruang-ruang yang membolehkan syaitan menodai sekeping hati pinjaman-Nya.

“Macam-macamlah abah ni. Okeylah, Hanila masuk bilik dulu ya. Nak menaip soalan ujian untuk murid-murid.” Hanila mengundur diri dan terus menapak ke dalam bilik. Jari-jemarinya mula menari di ataskeyboard laptop untuk menyiapkan soalan-soalan ujian yang bakal dihadapi oleh anak-anak muridnya tidak lama lagi

******

Sudah sebulan Abu Sufian bermusafir di negara Cina itu. Terlalu banyak pengalaman yang diperolehnya. Dia melihat kesungguhan penganut Islam di bumi itu yang amat rajin ke masjid. Setiap kali masuk waktu solat, masjid-masjid akan dipenuhi dengan tetamu-tetamu Allah. Jarang dia melihat suasana sebegitu di Malaysia. Di sana, masjid hanya akan penuh pada waktu-waktu tertentu sahaja. Contohnya, pada awal-awal bulan Ramadhan. Kemudian, sepi. Bilangan makmum boleh dikira dengan jari.

Abu Sufian juga melihat dan cuba merasai kesusahan segelintir masyarakat Cina yang serba kekurangan. Kekurangan makanan, pakaian dan kadang-kadang keputusan bekalan api dan air. Mereka tetap cekal. Mereka tetap tabah dan berusaha untuk memberi sesuap suapan makanan ke dalam mulut anak-anak kecil mereka.

Abu Sufian mengasingkan diri sebentar. Dia baru sahaja menelefon ibu tercintanya. Rindu!

“Hanila..” Bibirnya menutur sebaris nama itu. Secara tiba-tiba. Kemudian, dia tersenyum sendiri. Dia mengeluarkan telefon genggamnya semula. Jarinya menekan sebaris nombor.

“Assalamualaikum..pak cik, kenal saya lagi tak?” Abu Sufian cuba mengembalikan ingatan Encik Zulkifli, ayah kepada Hanila.

“Waalaikumussalam..ni siapa ya? Pakcik tak cam suara kamu.”

“Saya Abu Sufian, kawan kepada Hanila. Saya pernah datang rumah pakcik.” Abu Sufian memperkenalkan dirinya. Ingatan Encik Zulkifli masih mantap. Dia masih ingat akan sebaris nama itu. Nama itulah yang sering disebut-sebut dan ditanya kepada anaknya, Hanila.

Abu Sufian berborak dan bertanya khabar Encik Zulkifli sekeluarga. Mereka semakin mesra. Hampir setengah jam juga masa yang diperuntukkan untuk beramah mesra bersama bakal bapa mertuanya. Bakal bapa mertua? Insya-Allah! Dia akan berusaha. Untuk dapatkan sesuatu, kita memang perlu berusaha. Bukan hanya dengan bertawakkal semata-mata. Usaha pula mestilah seiring dengan terma dan syarat-syarat yang telah digariskan-Nya. Itulah yang sedang Abu Susfian lakukan.

Hari ini, Hanila tewas dengan emosinya. Air mata mengalir juga! Dia hanya menyepikan diri di dalam bilik. Kejadian di sekolah pada pagi tadi, masih segar di ingatannya.

“Okey, salin soalan yang ustazah dah tulis ni ya. Nanti kita akan bincang sama-sama jawapannya. Tulis cepat.” Hanila memerhati gelagat anak muridnya itu. Pelajar perempuan rajin menulis. Pelajar lelaki yang duduk di bahagian hadapan juga fokus menulis. Pelajar-pelajar lain yang duduk di belakang sibuk bermain dan ada yang buat hal sendiri. Hanila berjalan ke belakang.

“Keluarkan buku cepat. Salin! Asyik nak main saja! Kamu dah besar kan, ustazah tak nak marah-marah dah. Cepat!” Tegas aura suara Hanila. Mereka masih tidak mendengar kata. Malah, semakin galak untuk bergelak tawa. Entah apa yang dilucukan. Muka Hanila semakin mencuka. Dia bercekak pinggang.

“Cepatlah salin, keluarkan buku. Kejap lagi kita nak bincang jawapan. Kamu ni, nak periksa ke tak nak tahun ni?” Mata Hanila tajam memandang. Mereka mula mengeluarkan buku tulis. Tetapi, tangannya masih galak mencuit kawan. Tangannya masih keras untuk menulis apa yang tertera di papan putih. Hanila kembali duduk di tempatnya di hadapan kelas. Matanya terus memerhati gelagat pelajar-pelajar terlebih aktif tu. Masih tidak berlaku sebarang perubahan sikap.

“Kamu ni..kenapa susah sangat nak dengar cakap ustazah? Ustazah suruh buat kerja, bukan main, buat bising! Susah sangat ke nak menulis?” Kolam matanya sudah bergenang. Hanila keluar dari kelas. Kakinya laju bergerak ke bilik air. Air matanya sudah mula melimpah. Dia tersedu-sedan di luar pintu bilik air. Sendirian.

Kadang-kadang, kehidupan menjadikan kita lebih kuat dan luar biasa untuk terus berjuang hadapi hidup di masa hadapan. Kadang-kadang, kehidupan yang sama ini juga menjatuhkan semangat kita dan menghalakan jiwa kita ke arah untuk berputus asa. Lemahnya kita! Lembiknya kita! Ya Allah! Sungguh! Hamba-Mu amat-amat memerlukan kekuatan!

Hanila cuba membina sebuah ketabahan untuk menghabiskan sisa kelas. Digagahkan juga diri untuk bertempur dengan emosi dalam diri sendiri. Mukanya mendung! Kakinya menapak juga ke kelas itu kerana masa mengajar masih belum tamat. Kuatkan hatimu, duhai Hanila! Mukmin yang kuat itu tidak ada dalam kamus hidupnya erti ‘putus asa’!

******

Hari ini, Encik Zulkifli membawa isteri dan satu-satunya anak dara tercintanya, Hanila ke sebuah taman. Taman permainan. Hanila amat suka bermain buaian. Itu hobinya. Sengaja Encik Zulkifli berbuat demikian. Ada udang di sebalik batu sebenarnya. Hanya diri dan ibu Hanila saja yang mengetahui tentang agenda selepas ini. Mudah-mudahan, segalanya berjalan lancar.

“Abah! Jom main buaian dengan anak comel abah ni..” Hanila tersenyum bahagia. Tanpa segan silu, dia enak membuai diri di buaian mainan itu. Seronoknya! Mujurlah pagi itu tidak ada budak-budak. Kalau tak, mesti malu kot!

Encik Zulkifli dan isteri, Puan Jamilah, duduk di bangku berdekatan. Melihat gelagat anak perempuannya itu. Tak ubah seperti dahulu. Masih ada gaya kanak-kanak ribena. Namun, mereka bersyukur. Anak mereka itu amat prihatin akan dirinya sendiri. Amat menitikberatkan soal agama dalam meniti sebuah perjalanan kehidupan.

“Assalamualaikum pakcik..” Suara lelaki itu menyapa telinga Encik Zulkifli. Suara itu amat menggetarkan jiwa seorang Hanila. Dia berpaling ke belakang. Matanya dibulatkan! Tergegau!

Abu Sufian??!! Dengan maknya??!!

Dia duduk termangu sendiri di atas buaian mainan itu. Kakinya menjadi kaku untuk bergerak menyalami ibu Abu Sufian. Arrgghh! Dia berpura-pura tidak perasan. Dia kembali berpaling ke hadapan. Memandang kosong!

Ayah dan ibu Hanila berborak mesra bersama Abu Sufian dan Puan Maisarah. Wajah Abu Sufian kelihatan berseri dengan cahaya cinta dari Ilahi.

Hanila cuba memasangkan telinga. Dia ingin tahu apakah semua ini kebetulan atau pun rancangan mereka? Ya! Memang rancangan Dia.

“Pakcik, dia okey ke?” Soal Abu Sufian sambil telunjuk jarinya menuding ke arah Hanila. Encik Zulkifli hanya tersenyum.

“Entahlah. Pakcik belum tanya dia lagi. Kamu pergilah beritahu sendiri. Kami okey saja.” Encik Zulkifli berseloroh. Hanila sudah membahang. Malu yang amat!

Ya Allah!!

“Mak, Abu pergi sana sekejap ya. Dekat saja tu. Mak pun boleh dengar perbualan saya mengorat dia. Hehe.” Abu Sufian tersipu. Puan Maisarah hanya mengangguk. Senyumnya masih belum surut. Bahagia agaknya!

“Assalamualaikum ya ustazah..!” Abu Sufian memberi salam sambil duduk di buaian mainan sebelah Hanila. Pandangan matanya hanya ke hadapan. Malu untuk menoleh ke sebelah!

“Err..waalaikumussalam warahmatullah..pergilah sana! Buat apa dekat sini? Sebok saja!” Tegas suara itu berkumandang dari mulut Hanila. Dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu. Malu!

“Wali awak yang suruh saya ke sini…” Ringkas jawapan Abu Sufian. Hanila berasa agak kekok. Dia bingkas bangun dan menuju ke bangku berdekatan untuk menyalami ibu Abu Sufian, Puan Maisarah. Puan Maisarah memeluk erat bakal menantunya itu. Hanila terpinga sebentar!

“Pergilah sana..abah suruh dia beritahu hang sesuatu..” Arah abah Hanila. Hanila memuncungkan bibir. Seakan merajuk! Dia menapak semula ke pangkuan buaian mainannya. Diam. Bisu.

“Kau nak apa sebenarnya? Suka muncul tiba-tiba!” Hanila tidak menoleh ke sebelah. Bicaranya bernada tegas. Abu Sufian cuba menyusun bait bicara. Sopan tingkahnya.

“Aku bukanlah seorang penyair yang boleh mengungkapkan sebuah madah berwarkah biru untuk mencairkan hati kecilmu. Aku juga bukanlah seorang pelukis yang pandai untuk menghasilkan sebuah potret indah khas untukmu. Aku hanya manusia biasa. Hamba pada Yang Maha Esa. Hanya mampu berdoa dan meminta pada-Nya. Saya datang ke sini kerana Dia menggerakkan hati dan langkah saya untuk melamar sang mawar yang sangat garang seperti singa ini. Bak kata adik saya. Hehe.” Abu Sufian tergelak kecil. Hanila menjeling tajam. Jauh di sudut hati, ada rasa kelakar! Hendak turut sama tergelak!

“Dah tahu garang macam singa, tak payahlah!” Hanila masih bertegas. Seakan tidak mahu!

“Suka hati saya kan? Huhu. Sedangkan Umar Al-Khattab yang garang macam singa pun boleh lembut hati dengan bacaan quran daripada adiknya, inikan pula awak. Hehe. Nak dengar tak bacaan saya?” Abu Sufian hanya tersengih. Rasa malu tetap ada!

“Takpelah. Tak nak! Aku tak pandai masak sangatlah. Menjahit baju pun merangkak-rangkak lagi. Aku tak sesuai dengan kau. Percayalah. Ini amaran terakhir! Pergi cari orang lain sajalah ya.” Bernada tegas dalam sayu getar suara itu. Ada manik jernih yang singgah di pipi comel Hanila. Terharu dengan sikap Abu Sufian. Baik! Sungguh!

“Hanila, makcik cuma harapkan yang beragama. Yang lain tu, tak mengapa. Anak makcik boleh imamkan Hanila bukan saja di bilik solat tapi di dapur dan di bilik jahitan.” Puan Maisarah muncul dengan senyuman manis. Dia mengusap belakang Hanila. Hanila makin sayu.

Kenapa diorang baik sangat ya Allah??Hati mana tak luluh..

“Haaa..dengar tu! Hehe.” Riang suara Abu Sufia meraikan jawapan emak tercintanya. Terima kasih emak!

“Lagi satu, kenapa baru nak melamar hari ni? Sebab Valentine Day ke?” Hanila mengajukan soalan cepumas untuk Abu Sufian. Abu Sufian mengerutkan keningnya. Pelik!

“Ish awak ni! Saya tak tahu pun yang hari ni Valentine Day. Kalau tahu pun, saya tak sambutlah. Haram! Tu bukan perayaan kita pun! Saya kan outstation. Takkan nak beritahu awak dalam telefon? Seganlah! Tak gentle! Kira okeylah saya beritahu ayah awak. Saya telefon dari kejauhan. Hehe.” Akhirinya dengan sebuah senyuman yang tak lekang-lekang.

******


Dua hati bersatu atas kehendak-Nya.. ^^

3 bulan kemudian…

Alhamdulillah. Selesai sudah majlis pernikahan Abu Sufian dan Hanila. Usai saja lafaz ijabkabul, Abu Sufian memimpin erat tangan isteri tercintanya. Ingin menunaikan solat sunat bersama di dalam bilik mereka. Semua tetamu tersenyum gembira. Bahagia melihat pasangan bagai pinang dibelah dua itu. Murid-murid Hanila juga turut hadir bersama untuk menghidupkan barakah. Mereka turut bahagia.

“Kenapa tangan awak panas?” Tanya Hanila dengan nada serius selepas menyalami suaminya itu. Gusar.

“Sebenarnya, saya demam sikit. Hehe. Tapi tak apa, Allah dah bagi saya ubat-Nya. Ada awak sebagai penyembuh.” Abu Sufian hanya tersenyum. Hanila semakin jatuh cinta dengan suaminya itu. Benarlah, cinta selepas nikah adalah lebih barakah dan terasa indahnya. Subhanallah!

“Awak kemas barang-barang awak sekarang boleh?” Abu Sufian menatap isteri tercintanya dengan pandangan yang mencurahkan kasih. Tenang jiwanya memandang potret indah ciptaan-Nya. Comel.

“Nak pindah hari ini juga ke?” Tanya Hanila dengan reaksi sebak. Matanya tertunduk. Awalnya! Terlalu awal untuk dia berpisah dengan ibu bapa tercinta.

“Haha. Relakslah! Jangan sedih-sedih. Saya nak ajak awak tengok rumah kampung saya. 2 jam saja dari sini. Hari ini pergi, esok kita baliklah semula. Sebulan kita tinggal dekat rumah awak, sebulan tinggal dekat rumah emak saya. Lepas tu, baru pindah rumah baru kita dekat Putrajaya. Okey sayangku?” Abu Sufian mencubit pipi comel Hanila. Asyik tersenyum.

“Ooo..cakaplah awal-awal. Hehe. Okey. Saya ikut saja cakap suami saya ni.” Hanila mencubit lembut pipi Abu Sufian.

“Tapi, saya macam mana? Sekolah? Hurmm..” Hanila bersuara lagi. Inginkan kepastian dari suami.

“Oh ye, lupa. Saya nak tanya. Kalau kita dah pindah ke Putrajaya nanti, boleh tak awak berhenti mengajar? Kalau awak setujulah. Kalau awak nak teruskan mengajar, tak apa. Saya tak kisah. Awak boleh tinggal sini dulu. Hujung minggu atau ada masa terluang lepas kerja, saya balik ke sini.” Panjang lebar penerangan Abu Sufian. Tangannya menggenggam erat jemari Hanila. Semakin sayang!

“Ermm.. Saya faham keadaan awak. Terima kasih sebab memahami. Insya-Allah, saya akan teruskan mengajar dulu. Sayanglah dengan budak-budak tu! Hehe. Lagipun, saya baru saja pindah. Relakslah dulu ya! Hehe. Kalau nak saya berhenti, tunggulah kita dapat baby dulu ya. Lepas tu, saya akan menetap di rumah bersama anak dan suami saya ni.” Hanila tersipu. Dia mengucup tangan suaminya yang sedang hangat kerana demam.

“Baiklah sayang. Saya setuju yang bab dapat baby tu. Okey.” Abu Sufian tergelak kecil. Sememangnya, nikah bukanlah kerana cinta semata-mata. Tapi, lebih kepada sunnah untuk membina ummah. Ya, itulah sebenarnya cinta. Cinta yang disalurkan untuk Allah dan Rasulullah.

Dia memimpin isterinya untuk keluar dari bilik.

“Jom sayang..”

Perjalanan ke Sekincan, Kuala Selangor mengambil masa memandu lebih kurang 2 jam untuk sampai ke sana. Abu Sufian memilikihomestay di kampungnya itu. Dia sengaja ingin membawa isteri tercinta ke situ. Ingin menikmati cinta halal bersama keindahan padi tanpa dikerumuni hiruk piruk bandar duniawi yang sentiasa busy. Dia lebih suka akan suasana sunyi dan sepi. Mudah untuk hati menghadam sebuah perasaan suci yang kian bersemi. Berpandukan kebesaran Ilahi.

“Dah sampai..” Luah Abu Sufian.

“Alhamdulillah..” Lafaz itu muncul di bibir Hanila. Syukur!

Abu Sufian dan Hanila mengangkat beg barangan mereka di rumah kampung itu. Papan. Sederhana saja binaannya. Abu Sufian memang banyak bersederhana dalam setiap aspek hidupnya. Itulah yang membuat Hanila selesa sepanjang mengenali jejaka itu.

Jam tepat mengalih ke arah 5 petang. Mereka berdua bergegas untuk berwuduk dan menunaikan solat fardu Asar bersama. Abu Sufian menjadi imam. Hanila sebagai makmumnya. Indah!

Usai solat, Abu Sufian terus mengatur langkah untuk menjayakan agenda seterusnya. Ingin ber’dating’ bersama Hanila. Dia ingin menikmati cinta bersama insan itu di tepi padi. Suhu dalam badan Abu Sufian semakin meninggi. Itu yang sedang dirasanya. Arrgghh! Dia abaikan saja. Fokusnya kini, ingin menikmati keindahan ciptaan Ilahi bersama Hanila.

Mereka berdua berjalan seiringan menyusuri batas padi-padi itu untuk menuju ke palong sambil tangan saling berpaut mesra. Abu Sufian dan Hanila duduk berdua di tepi palong yang bertakung air itu. Terukir senyuman bahagia di bibir masing-masing. Bunga-bunga cinta juga kian mekar dan bercambah saat ini. Rasa resah dan gundah sebelum ini sudah kian kelam. Cinta yang dibina atas dasar kerana-Nya telah meresapi hingga ke lubuk jiwa mereka.

“Seronok tak?” Tanya Abu Sufian sambil menjengahkan mata melihat ke arah isterinya. Hanila mengangguk sambil tersenyum. Mestilah bahagia. Ber’dating’ bersama suami. Segalanya sudah halal. Siapa yang tidak seronok kan? ^^

Matahari seakan memahami cuaca hati mereka berdua. Pancarannya hari ini tidak sehebat semalam. Tidak seterik selalu. Redup saja pemandangan hari ini. Hanila merebahkan kepalanya ke bahu Abu Sufian. Terasa tenang mengalir ke dalam jiwa. Subhanallah! Indahnya cinta-Mu!

“Awak okey ke ni? Panasnya tangan awak..” Hanila terus menggenggam tangan hangat itu. Berharap, agar sentuhannya mampu mendinginkan suasana yang dirasai oleh sekujur tubuh itu.

“Orang demam, biasalah panas. Kan? Saya okey. Sebab awak ada di sisi saya. Saya harap, selamanya kita akan bersama. Sampai ke Syurga.” Abu Sufian mengucup jemari isterinya. Dia memejamkan mata untuk menjiwai rasa yang sedang marak dalam jiwanya. Hanila mendiamkan diri. Matanya tertumpu ke arah padi yang terbentang luas di depan mata. Abu Sufian juga membisu.

“Awak nak tahu satu perkara tak?” Abu Sufian mula bersuara. Manja.

“Apa dia?”

“Sebelum kita nikah dulu, saya ada cuba untuk sentuh awak…”

Hanila bingkas menegakkan kepalanya dari terus bersandar di bahu Abu Sufian. Dia sedikit terkejut. Mukanya serius! Matanya tajam memandang tepat ke arah Abu Sufian. Keningnya berkerut!

“Sentuh saya? Apa maksud awak? Awak cuba nak ambil kesempatan? Macam tu?!” Tangan yang digenggam erat dilepaskan dengan serta merta. Kasar! Hanila bingkas bangun untuk beredar dari situ. Abu Sufian terpaku sebentar. Salahkah bicaranya? Dia menarik perlahan tangan isterinya itu. Tidak mahu Hanila pergi dari situ.

“Sayang..dengar dulu, saya tak habis cakap lagi..” Pujuk Abu Sufian sambil menarik lembut tangan Hanila. Dia duduk merapati isterinya yang kuat merajuk itu. Cuba memujuk.

“Selalu saya dengar orang cakap. Sesuatu yang belum halal disentuh dengan tangan, sentuhlah hatinya dengan doa. Saya cuba sentuh hati awak dengan doa. Macam tu. Ada faham?” Abu Sufian tersenyum mesra sambil mengenyitkan matanya. Nakal. Abu Sufian sememangnya seorang yang rajin bertahajud di hening hari. Dia kerap melakukan solat sunat istikharah seusai mengerjakan solat sunat Taubat dan Hajat.

“Awak ni..jahatlah!” Hanila memukul dada suami tersayang. Mukanya makin tersipu. Ada manik jernih yang tiba-tiba mengalir.

“Sudahlah, saya tak nak tengok air mata awak. Hanafi pernah cerita, dia kata, awak dah banyak mengalirkan air mata sebab murid-murid awak nakal dan tak dengar kata. Suka melawan cakap. Saya tak nak awak sedih. Senyum saja ya, tak perlu kata apa-apa. Hehe.” Abu Sufian mengesat air mata yang mengalir di pipi Hanila.

“Alah, biasalah tu. Hehe. Tapi, ni air mata bahagia. Takpe kan. Awak tahu, saya bahagia sebab awak pilih dan terima saya seadanya. Saya ni, taklah cantik, comel tu ada kot. Hehe. Saya tak kaya dan tak pula pandai dalam bab kerja-kerja orang perempuan ni. Terima kasih tau sebab sudi pilih saya. Saya tak pernah sangka akan dapat suami sekacak awak ni. Saya harapkan seorang imam yang soleh. Sebab saya juga sedang berusaha untuk mensolehahkan diri. Tapi, awak lebih dari tu. Saya bersyukur sangat.” Lembut suara itu bergema di gegendang telinga Abu Sufian. Hanila tersenyum manja.

Dia sejujurnya tidak mengharapkan seorang jejaka yang kacak rupawan. Apa yang diharap, biarlah jejaka itu kacak peribadi dan akhlak serta ilmu agamanya untuk menjadi imam dan pembimbing dalam hidupnya. Itu saja yang boleh meyakinkan dan menggetarkan hati seorang muslimah sepertinya.

“Saya yang patut berterima kasih dekat awak sebab awak sudi terima saya. Kan saya dah cakap, saya pilih sebab nak yang beragama. Saya tak pernah ada niat nak pilih isteri yang cantik zahir semata-mata dan kaya dengan harta dunia sahaja. Ini semua milik-Nya. Bukankah manusia adalah sebaik-baik kejadian? Saya tak lengkap tanpa awak. Betul! Serius! Oh ye, bab memasak dan menjahit, jangan risau! Saya sedia jadi imam awak untuk di dapur dan di bilik jahitan!” Tergelak Hanila melihat aksi lucu suaminya itu. Abu Sufian bersemangat wajar sambil menggayakan aksi ‘macho’ di hadapan isteri tersayang. Mereka berdua ketawa gembira.


NIKAH ITU SUNNAH.. NIKAH ITU INDAH..

Usai solat Isyak, tubuh Abu Sufian diselubungi dengan selimut. Dia kesejukan! Badannya terlampau hangat. Demamnya semakin memuncak! Hanila bertambah gundah. Dia dihimpit rasa bersalah kerana mengabaikan kesihatan suaminya itu.

Ya Allah! Sembuhkanlah suamiku!

Abu Sufian melelapkan mata. Kudratnya sangat tidak bermaya saat ini. Isterinya mengambil sehelai kain kecil. Kemudian, merendam kain itu ke dalam air. Diletakkan kain yang sudah diperah ke atas dahi Abu Sufian. Biar dahi suaminya itu sejuk.

Hanila menuju pula ke dapur untuk memasak bubur. Mujur, dia masih ingat bagaimana hendak menyediakan santapan bubur. Alhamdulillah, selesai! Menjadi!

“Awak..awak..bangun sekejap. Saya masak bubur ni..” Hanila cuba mengejutkan suaminya yang sedang lena itu. Mata Abu Sufian terbuka sedikit demi sedikit. Hanila membantunya untuk duduk.

“Awak masak bubur? Kata tak pandai masak. Suka tipu!” Abu Sufian bersuara perlahan. Suaranya agak tenggelam.

“Setakat bubur, yang senang-senang, saya tahulah. Kalau yang sedap-sedap macam masak lemak cilia api, siakap tiga rasa tu, manalah saya reti sangat. Dah-dah! Makan! Bismillah..!” Hanila menyuap bubur nasi ke dalam mulut Abu Sufian menggunakan sudu. Lembut. Penuh kasih.

“Alhamdulillah, sedap! Terima kasih!” Dikucupnya pipi comel milik Hanila itu. Makin tersipu si Hanila. Gembira!

“Sayang, nak tahu tak? Awak ada 4C dalam diri awak yang saya nampak.”

“Apa dia?” Soal Hanila semula.

“Cantik, comel, cute and caring. Hehe.” Abu Sufian mencubit mesra pipi isteri tercintanya itu.

Usai makan, Abu Sufian menyambung lenanya. Matanya berpinar. Kepalanya semakin terasa pusing. Dia rebah di atas katil empuk. Hanila masih belum mahu lena. Matanya tidak mahu lelap meskipun tubuhnya sudah mula terasa lelah. Dia meluangkan sedikit masa untuk membaca ayat-ayat cinta Allah. Agar cintanya terhadap Pencipta makin mekar dan bertambah kukuh!

Kemudian, barulah dia merebahkan diri di sebelah suami tercinta. Hanila sempat menghadiahkan sebuah kucupan mesra di pipi Abu Sufian. Sungguh! Dia mencintai Abu Sufian kerana-Nya!

******

“Sayang..bangun..jom kita tahajud sama-sama..” Kejut Abu Sufian. Hanila mengesat matanya. Terang cahaya lampu membuatkan matanya silau.

“Err..awak dah okey ke?”

“Insya-Allah, saya masih boleh nak imamkan awak. Jom!”

Abu Sufian berusaha untuk melaksanakan tugasnya sebagai seorang hamba kepada Yang Maha Esa. Dia cuba menguatkan kudratnya yang sedang dilanda demam untuk menghadap-Nya. Dia ingin merebut ganjaran istimewa daripada-Nya. Dia ingin menapak ke Syurga bersama isteri tercintanya, Hanila. Dia ingin menjadi hamba kesayangan Ilahi dengan rajin bertahajud.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air di wajahnya.” (Riwayat Abu Daud)

“Terima kasih ya sebab kejutkan saya.” Muncul lafaz itu di bibir Hanila setelah tangan suami dikucupnya.

“Sama-sama.” Tersenyum empunya diri itu.

Paginya, Abu Sufian menyediakan sarapan pagi. Hasil masakannya sendiri. Sedap! Lazat!

“Awak, sedaplah nasi goreng kampung awak ni. Nak lagi!” Hanila tergelak kecil. Abu Sufian hanya tersengih sambil tangannya menghulurkan permintaan permaisuri hatinya itu.

“Air teh yang awak buat ni pun sedap..” Puji Abu Sufian. Hanila tersenyum saja.

“Oh ye, harap awak tak menyesal kahwin dengan saya.” Hanila menambah bicara. Spontan sahaja rekasinya.

“Kenapa pula cakap macam tu? Tak ada makna saya nak menyesal. Saya lagi suka!”

“For your information, saya ni, kuat makan orangnya. Hehe.” Jujur Hanila. Dia tersenyum manja. Terserlah keayuannya.

“Oh.. For your information pula, saya ni, suka memasak orangnya. Haha.” Abu Sufian tergelak besar. Kelakar dengan sikap isterinya itu. Macam-macam perangai ada!


So sweet kan?? ^^

“Untunglaa.. Ni yang saya bertambah sayang dekat awak ni! Mmuuaah..!” Hanila melayangkan flying kiss untuk kekasih halalnya. Abu Sufian hanya tersenyum. Atmanya terasa amat tenang dengan melihat wajah penuh seri itu. Dia bahagia. Moga cinta ini terus kekal selamanya hingga ke Syurga. Dia amat cintakan Hanila. Dia cintakan Hanila kerana-Nya.

“Awak, nanti kita pergi taman permainan ya. Saya nak main buaian dengan awak. Rindu!” Hanila tergelak. Dia cuba memerli Abu Sufian. Kenangan terindah di buaian takkan sesekali dia lupakan! Abu Sufian hanya mengangguk sambil merenung wajah isterinya itu. Tenang! Subhanallah!

Mereka berdua ingin melakar sejarah cinta tersendiri. Yang akarnya dibina atas dasar cinta kepada Ilahi. Agar terus teguh dan kukuh. Tidak mudah runtuh dek ujian sebagai pelengkap kehidupan. Meskipun hidup ini bukanlah untuk cinta semata-mata, namun, rasa itu merupakan salah satu rencah dalam menjelajahi rimba kehidupan ini. Tanpa cinta kepada Pencipta, mustahil seorang hamba akan mentaati perintah Tuhannya.

Seringkali kebahagiaan terpamer pada bibir yang tulus mengukir sebaris senyuman. Ya. Sememangnya cinta bukanlah bahan jenaka. Namun, itulah hakikat, kelakarnya cinta. Tak semua cinta berakhir dengan duka. Tak semua cinta bermula dengan bahagia.

Itu semua aturan-Nya. Kita hanya mampu merasa sebuah perasaan bahagia. Kelakar bila diimbas semula. Kerana rasa itu sering buat kita tersenyum dan tertawa. Kala sendirian, kala dalam khayalan, kita sering ketawa. Kerana cinta itu bahagia. Bahagia itu satu anugerah. Jadi, bersyukurlah!

Semoga akar ukhuwah kita adalah cinta kerana-Nya, agar senyuman dan kebahagiaan dek kelakarnya cinta menjadi milik kita bersama, hingga ke Syurga. ^^
***TAMAT***


Sumber dari : 
PENCARI CINTA ILAHI

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."