Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, InshaaALLAH orang lain akan dapat manfaatnya.

Wednesday, August 26, 2020

Cara untuk khusyuk

Salah satu cara untuk membantu khusyuk dan hadirkan diri dalam solat yang dianjurkan oleh Al Imam Al Ghazali adalah dengan menasihati diri sendiri dengan monolog ini:

"Wahai nafsuku! Tidakkah engkau merasa malu kepada Allah taala, Tuhanmu yang menciptakanmu?

Betapa engkau boleh malu di hadapan manusia yang lemah dan dia hanyalah salah satu daripada hamba Tuhanmu. Apabila manusia meneliti solatmu, engkau lebih khusyuk dan anggotamu menjadi tenang dan solatmu menjadi elok dihadapannya, sedang dia tidak memiliki apa-apa dan tidak dapat memberi apa-apa mudarat atau manafaat kepadamu. 

Kemudian betapa engkau tidak malu kepada Allah taala, Tuhanmu yang mengetahui segala rahsiamu, dan betapa engkau tidak merasa takut kepada kebesaranNya. 

Apakah Allah taala itu lebih hina pada pandanganmu daripada salah seorang hambaNya?

Maka alangkah besarnya kezalimanmu dan alangkah bersangatannya jahilmu dan alangkah besarnya permusuhanmu terhadap dirimu sendiri."

— Kitab Bidayatul Hidayah

Friday, August 14, 2020

Daurah MFZ

Istighfar 3x.
Tajdid niat.

Surah pembuka majlis : Kak Yuni.

Surah ar Rahman, 55 :


Sangat luas makna ar Rahman. Rahmat ALLAH yang tak terkira.

Dalam banyak-banyak nikmat, nikmat besar juga adalah nikmat belajar Quran. Kurniaan Quran. Manual. Panduan hidup kita.

Al Quran. Nikmat besar.

Kisah sahabat. Baca surah ar rahman, depan khalayak ramai kafir quraisy. Sampai semua orang marah kepadanya. Pastu disiksa. Tapi ramai tersedar.

RASULULLAH SAW terima banyak penentangan.. Tapi ALLAH SWT kurniakan sifat ar rahman tu sehingga RASULULLAH SAW dapat lalui dengan bahagia.

ALLAH SWT cerita dalam ayat-ayat lain seterusnya dalam surah tu tentang kebesaranNYA dan nikmat kita dapat.

** ** **

Penyampai : Kak Ruhliah (kak Lia)

My expectation : Nak makin dekat dengan Quran. Makin kenal Quran lebih mendalam. Berpeluang memahami Quran dalam kehidupan.. Mendapat keberkatan Quran. Diberikan petunjuk oleh ALLAH SWT agar boleh amalkan dalam kehidupan. Hati dekat dengan Quran. InshaaALLAH.


Apa moment paling best dalam hidup?

Dapat faham benda yang ALLAH SWT Suka kalau kita buat. Tahu apa yang ALLAH SWT nak kita buat. Dari mana? Manual, al-Quran.

Iman moment. Wonderful moment. :')

Moment exam? Moment bawak kereta hujan? Takde orang nak cakap best. Kita rasa stress.

Tapi, waktu exam. Masa ni iman kita paling tinggi. Kita dekat pada ALLAH. Mintak tolong ALLAH SWT.

Time bawak kereta hujan, kita risau kita mintak doa selalu. Mohon ALLAH jaga dan lindungi.

Bersyukur. Bila dilanda ujian. Ada je sisi-sisi kita rasa berat. Dalam hidup kita, moment paling indah itu adalah apabila iman kita bertambah naik. Moment, kita bertambah iman adalah moment stress.

Musa as's experience. Taha , 20 : 24 - 26


Musa lalui selalu keadaan-keadaan yang mendebarkan. Dan Nabi Musa selalu berdoa dan berdialog dengan ALLAH SWT. Selalu manja pada ALLAH SWT. Mengadu pada ALLAH SWT. Minta pertolongan ALLAH SWT.

Nabi-nabi ni, yang ALLAH SWT sayang. 

Kalau kita tanya Nabi, apa moment best? Adakah dia akan jawab benda simpla cam kita? Dapat pergi oversea? Lulus exam?

Sirah Asiyah? Kutip baby Musa. Dapat membela Musa. Musa jadi anak angkat Firaun. 

Satu masa dia besar, terbunuh orang, lari diri dan berkawin dll. Lepas beberapa tahun, nak patah balik. Pastu dapat lantikan yang rasa berat. Pastu muncul lah ayat ni. Surah Taha.

Nabi Musa diberi tugas, dakwahkan Firaun. 

Ni doa belajar kita. Doa penerang hati.
Nabi baca doa ni untuk pergi berdakwah.

Musa tak tolak lantikan itu. Musa tak tanya, kenapa pilih aku yang banyak dosa ni? Tapi, Nabi Musa berdoa kepada ALLAH SWT.

Kita minta pada ALLAH SWT agar lapangkan dada kita. Ya, kita perlukan dada yang lapang agar ujan dapat dilalui dengan tenang. Minta ALLAH SWT mudahkan urusan. 

Moment yang paling indah, dekat dengan ALLAH SWT. Bila diberi ujian oleh ALLAH SWT. Itulah moment terindah bagi Nabi Musa AS.


Bestnya, bila hidup kita rasa berat, rasa susah diuji oleh ALLAH. kita bole minta pada ALLAH SWT untuk lapangkan dada kita melalui susah tu.

Moment yg paling indah adalah bila iman kita tinggi, dekat dengan ALLAH walapun kita rasa susah, teruk, menangis, diuji tapi moment ni la boleh buatkan kita dekat dgn ALLAH SWT.

Benda yang kita kena betulkan dalam hidup kita, tak guna semua benda yang ALLAH bagi pada kita tapi kita tak faham Quran and agama. Rugi kalau kita tak faham agama.

Faham agama ini benda yang mahal. ALLAH SWT bagi pada hamba yang disayangiNYA. Hamba kesayangan ALLAH SWT, dijentik rasa tak senang hati jika tak baca Quran. Rasa rindu pada Quran. Siapa yang ALLAH sayang? Yang ALLAH SWT bagi kefahaman islam.

Wahyu pertama : Surah Iqra'
Perasaan best, dapat kenal ALLAH SWT.

Pastu, NABI turun kepada masyarakat nak diajak balik kepada ALLAH SWT. Bila RASULULLAH SAW buat dakwah, tak dapat sambutan pun. Tapi, kebanyakan yang dapat hidayah, dapat terima, mereka itu golongan hamba. 

Tak ramai yang join. Nabi fikir nak cari golongan hard core. RASULULLAH SAW doa, tolong kuatkan antara dua umar. Abu jahal atau umar al khattab. ALLAH SWT pilih.

Dua dua karekter hebat. Dua dua, orang yang kedepan. Orang hebat Quraisy. Orang yang berpengaruh. Influences.

RASULULLAH SAW nak cari somebody yang boleh berpengaruh dalam meluaskan agama ALLAH SWT. 

Karekter yang ALLAH SWT bagi kat kita. Dihalakan cara betul untuk guna pada islam. Tapi kalau tak guna untuk kebaikan, akan guna untuk tak bermanfaat.

ALLAH pilih umar al-khattab. Asalnya nak bunuh MUHAMMAD SAW, tapi tukar kepada masuk islam.

Lepas tu, islam jadi lebih kuat. Di sebar secara jahar. 

Pandai menulis.
Pandai bercakap.

Tak guna untuk islam, rugi.

Tafsir Fil Zilalil Quran. 
"Dibawah Bayangan  Quran."

Kenapa tajuk begitu? Sebab nak cerita sikit tentang tafsif ni. Ditulis oleh sayyid Quran. Semasa tulis ni ras dekat dengan Quran, buat apa-apa pun based on Quran. Semua motivasi hidupnya semuanya dibayangi dengan Quran.

Bayang-bayang, tempat teduh. Kita cara kawasan redup untuk berteduh. Rasa senang. Nyaman. Tafsir ni oleh penulis ni merasa teduh dengan bayangan Quran. 

Muqaddimah Tafsir Fil Zilalil..
Membawa kita dekat dengan Quran.

Nak jadi orang yang dekat dengan ALLAH SWT, selalu mencari ALLAH SWT, tak lari dengan Quran. 

Kita takkan sesat selagi berpegang dengan Quran dan sunnah, hadis. Melalui Sirah.

Cari kasih sayang ALLAH SWT. Dengan kefahaman dengan Quran.

Surah Al-a'la. Surah pasal apa?

Kita perlukan tafsir. Sebab kita tak faham arab. Kita perlukan penterjemah untuk faham. Dengan alih bahasa tu.


Graf ISK. Ini sejarah kita. Kita, bila tau sejarah. Kita akan rasa bangga dengan islam.

Sayyid Qutb pernah jadi menteri pendidikan di Mesar. Dia dapat banyak tentangan. Memang itu jalan-jalan mendapatkan kasih sayang dan redha ALLAH SWT. 

Kelebihan sayyid Qutb, boleh tafsir Quran.

 
Mula mula dia sekadar hafaz Quran, namunhidupnya agak sekular. Tapi, Lepas dapat kesedaran, dia banyak tegur kerajaan mesir yang banyak sekular. Akhirnya dihukum tali gantung. Dia buat tafsir ni dalam penjara.


Hidup dibawah bayangan Quran adalah nikmat. 🥰

Contoh : Tengah lapar. Tapi kena suruh baca Quran. 

Nikmatnya apa? Makan sebab tengah lapar. Best moment akak, ialah tidur. Jangan kacau saya. 

Hidup dalam bayangan Quran, kita akan rasa nikmat. Interaksi dengan Quran. Camne? Carilah. Cara komunikasi dengan bahagia bersama Quran.

Kenikmatan ni, semua orang akan dapat rasa. Benda-benda nikmat ni, kita hanya boleh rasa lepas laluinya. Hanya setelah kita dah rasa.

Tolong muhasabah dulu. Kita dah pernah rasa ke? Hidup dengan Quran. Dibawah bayangan Quran. 

Sedap dan bestnya, apa maksud best dia dapat dari Quran tu? 

View if sayyid Qutb :
Quran itu, meluhurkan.
Quran itu, memberkati.
Quran itu, membersihkan.

Meluhurkan itu apa? Ketinggian. 

Melalui hidup bersama Quran, rasa tinggi dengan Quran. Kita tahu mana yang benar, mana yang batil. Boleh bezakan kebaikan dan keburukan.

Berkat tu apa? Diberikan kecukupan. 

Rezeki : sedikit, cukup. Banyak boleh agih.
Masa : sikit cukup. Banyak kerja buat satu masa.

Hanya ALLAH SWT saja yang boleh bagi rasa cukup. Manusia, tak boleh. Kita jaga adab dengan guru. Tapi yang beri berkat tu ALLAH SWT. Bukan guru tu tadi boleh bagi.

20 Tahun, boleh hasilkan Tafsir. Umur yang berkat. Berkat ni, datang daripada ALLAH SWT. kita dapat bila dekat dengan ALLAH SWT. 

Membersihkan usia?

Bayangkan budak-budak. Ajak main dengan dia hari-hari. Main masak-masak. Main doktor-doktor. Kita mesti rasa pelik kan. Sebab kita ada kerja real. Lebih besar.


Sebelum ni, dia pernah sesat dengan sekular. Bila dia start dekat dan dalami Quran, baru faham dan kenal kehidupan. Boleh tengok orang dalam berbagai level.

Cth : konsep sudut pandang. Paling best dicapai bila dekat dengan Quran, tahu cara pandang lebih baik. Bercahaya dengan iman.

Kita takkan lagi bangga dengan benda-benda kecik. Kat dunia, kita bangga sangat pangkat. Bangga benda yang rugi.

Bila dengan Quran, kita dapat kenal mana lagi penting. Guna kebaikan di dunia untuk jadi bekal pulang ke sana.

Kita cari yang boleh bentuk diri kita kepada lebih baik untuk perjalanan pulang menuju ALLAH SWT.

Hari yang banyak buka Quran, banyak kebaikan dapat hari tu. Orang yang dekat dengan Quran, sangat bahagia sangat-sangat.

Kalau nak jadi kesayangan ALLAH SWT, kena dekat dengan Quran dan selalu bersama Quran.



(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."