Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, InshaaALLAH orang lain akan dapat manfaatnya.

Thursday, December 26, 2013

Jom teliti balik masa kita kemana agaknya ye?


Alhamdulillah. bertemu lagi kita. maaflah agak sibuk kebelakangan ini. 
berhabuk sudah blog mimi. huhu. 

I'Allah, hari ini perkongsian tentang masa. penelitian tentang aktiviti seharian kita. kadang-kadang terasa betul dengan masa kan? Tapi betul ke masa kita tu terguna?
untuk benda-benda yang baik?
 
kerana jika betul begitu, kita tentu dapat urus masa dengan baik, kan?

“Semakin banyak waktu yang dihabiskan untuk hal-hal yang positif, Allah akan berikan kemampuan pengurusan yang baik”.

cuba kita hayati kisah perjuangan nabi sulaiman as.

Allah menganugrahkan Nabi Sulaiman AS dengan nikmat-nikmat yang luar biasa banyak. Allah anugrahinya kemampuan, tidak hanya untuk memimpin para manusia, tapi turut mengawal jin, haiwan, angin dll. Selain itu, Nabi pun memiliki ratusan isteri yang menemaninya. bayangkan, bagaimana Nabi dapat mengatur waktunya yang hanya 24 jam untuk semua itu? Wallahua’lam.

Berjuang itu tidak mudah. Banyak masa kita terkorban.

Kembali lagi kepada kehidupan kita sekarang yang penuh dengan beragam gaya hidup. Kita, terkadang merasakan sangat sibuk dengan agenda-agenda yang mesti dilalui. Rapat, menyusun program, tugas-tugas yang belum terselesaikan, berjumpa orang ini dan itu. 

Adakah semua itu dilalui dengan yakin bahawa ia akan membawa manfaat di kemudian hari? Sayangnya, sedikit sekali kita berfikir bahawa kesibukan-kesibukan tersebut itu sebenarnya benar-benar membawa manfaat bagi diri kita. 

Rasa bosan terhadap program bermanfaat akan menyelimuti kita bilamana kita lebih sukakan masa kita di habiskan untuk perkara sia-sia. rasa bosan itu pula yang menimbulkan berbagai penyakit hinggap di diri kita, yang terkadang menjadikan kita jauh dari Allah. Na’udzubillah.

Bersyukurlah, sampai sekarang, Allah masih beri kita kesempatan untuk ubah itu semua. Allah masih beri kita kesempatan untuk melakukan yang terbaik bagi diri kita dan orang lain. 

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni) 

 Jadi, untuk apa kita mesti berfikir berulang kali tentang masa jika kita sumbangkan untuk yang bermanfaat. dan untuk apa pula kita rasa ragu untuk meninggalkannya benda sia-sia? 

bersyukurlah kita disibukkan dengan perkara-perkara bermanfaat. Dari dilalaikan dengan benda lagha.

Ayuh semua. kita pegang dada kita sebentar. Disitulah letak keyakinan dan keraguan muncul disitulah letak seseorang boleh berjaya ataupun hancur. 

Pegang dada itu dan tepuklah, katakan :
“AKU MESTI PRODUKTIF! TIADA MASA UNTUK MAIN-MAIN DENGAN WAKTU YANG ADA! AKU PASTI AKAN SELALU PRODUKTIF! AKU PASTI BOLEH JADI ORANG YANG BANYAK MEMBERIKAN MANFAAT! ALLAH BERSAMAKU!! ALLAHU AKBAR!!”

Dah tiba masanya kita sedar, di mana kegiatan-kegiatan positif yang kita buat akan memberikan manfaat yang begitu besar bagi diri kita di masa depan. 

jadilah insan bermanfaat.
Dengan mempelajari ilmu dan memanfaatkannya di jalan yang betul. I'Allah akan ada kebaikan yang banyak yang dapat kita peroleh. Namun peliharalah niat. Ikhlaskan niat kerana Allah. Fastabiqul khairat. 
 (Jadikan setiap amal kita sebagai saham akhirat )

Usahalah untuk memberi kerana tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah namun ingat juga, tidak dapat memberi melainkan orang yang punya sesuatu untuk memberi. Jadi apa yang kita mampu beri? Usahalah semampu mungkin untuk mampu memberi semampu mungkin. Optimumkan fungsi dan potensi diri.

"Barangsiapa yang meringankan bagi seorang mu'min satu kesusahan di dunia niscaya Allah akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat, barangsiapa yang mempermudah kesulitan orang sedang kesulitan niscaya Allah akan mempermudah kesulitannya di dunia dan akhirat, dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat, dan Allah akan selalu membantu seorang hamba selama hamba tersebut membantu saudaranya"
(Petikan hadis ke-36 hadis Arbain li Imam Nawawi - sahih)

Bekerjalah dan mudahkan untuk orang lain, jangan susahkan. Dalam muamalat mahupun dakwah kita dituntut untuk memudahkan urusan manusia lainnya selagi urusan itu bukanlah urusan yang bertentangan dengan syariat.


Diriwayatkan dari Jabir berkata,"Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni) 

Jadilah manusia yang bermanfaat. Tingkatkan potensi dan fungsi diri untuk menjadi insan yang bermanfaat buat manusia lain. Selain bidang pelajaran, tidak salah kita mencuba bidang lain juga demi menambah pengalaman dan fungsi manfaat kepada orang lain.

Dari Abu Hurairah ra, sabda baginda, "Setiap persendian seseorang harus dikeluarkan sedekahnya setiap hari mulai matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah. Menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah" 
(Hadis Arbain li imam Nawawi no 26 - sahih)

Alangkah mudahnya sedekah itu. Setiap perbuatan baik adalah sedekah. Jika kelak kita bekerja bidang komputer pun, cabang kebajikan itu terbuka luas untuk kita gunakan. Cuma adakah kita akan benar-benar menggunakan profesion kita itu untuk kebajikan dan sedekah atau tidak, itu kembali kepada niat masing-masing.

Meninggalkan kebiasaan yang ada memang tidak mudah, bermujahadahlah ~

Percayalah, Allah bersama orang-orang yang sabar, mengerjakan kebajikan.. 



“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah SOLAT dan SABAR sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Al-Baqaarah: 153)

Friday, December 20, 2013

Hati ini merindu


Selamat pagi semua. Mulakan hari-hari kita dengan bismillah dan selawat ke atas nabi supaya dipermudahkan urusan kita I'Allah.. Alhamdulillah..berpeluang menulis lagi.

Hari ini terasa agak suram sedikit tatkala hati merindukan dua orang sahabat pengarang jantung. Entah kenapa rasa teringin sangat nak mereka ada di sisi tatkala ini. mimi rindukan sahabat seperti mereka sebab apa ya? sebab mereka tak pernah putus asa menjaga mimi. meleter mimi. bukan dekat umskal ni tade,
tapi susah nak cari ganti sahabat seperti mereka la. sentiasa ada masa untuk kita. 
tak pernah tinggalkan kita. walau skrg dorang tengah jauh, masih sempat lagi dorang call mesg mimi tanya exam study. Allah. rindunya. :'(

UMSKAL
tade lagi stakat ni mcm mereka. 
hoho melampau la kalau nak ada yang sama kan..
tapi, memang sekarang ni Allah nak mimi berdikari.
dan Allah hantar mereka-mereka yang lemah, means selalu need sokongan mimi slalu sbb mereka always need support. kalau mimi tak support dorg down. tp bila mimi down..susah untuk ada org yang support.
jujur hati ini masih teringin di support.

baru je belajar erti persahabatan
ukhwah fillah tu bukan mcm ni dear mimi.
ukhwah fillah, mencintai sahabat walau dia lemah, kena terima segala kekurangannya..
kena kuat support mereka. sekarang Allah dh tahu kau cukup kuat untuk menjaga mereka meskipun diri kau sendiri sedang derita. kerana Apa? kerana DIA lebih tahu.

teruskan menjaga hati mereka.
teruskan menjaga kebajikan mereka.
teruskan brbuat baik pada mereka tanpa jemu
buatlah semua itu kerana Allah tanpa mengharapkan mereka membalasnya
kerana itulah tanda ikhlas sesungguhnya..

Once kamu tiada lagi nanti..
mereka pasti jua rasa kehilangan atas sebuah ketiadaan sesuatu yang simple
yang asalnya simple dan kecil itulah jarang dapat dijumpa sebenarnya
jadila yang begitu
never sad.
never leaved
because when u said its ukhwah fillah..
it's never end even untill you die.

"Hatta engkau terjun ke neraka sekalipun, aku tetap akan terjun untuk mengambilmu semula. Kerana aku cintakan kau keranaNya. Mahu berpimpinan tangan masuk ke syurga.Ukhuwah ke syurga"

-Hilal Asyraf-


Wednesday, December 11, 2013

Selamat Berjuang


Sahabat-sahabat juang, kita sedari.. 

Amanah Menghambat kita..

saya tahu dan sedar saya bukanlah yang layak menceritakan semua ini..namun, saya ingin tetap memberitahu isi cerita terlagu di dalam melodi hati..terkisah disanubari..


Bingkisan kali ini lebih kepada peringatan kepada diri ini dan dikongsi pada semua.

Terimbau terngiang-ngiang saat itu. kata-kata ini bergema memenuhi ruang dewan pada malam itu,

"Jawatan ini..untuk pimpinan baru..."

Saat itu hanya Allah mengerti betapa hati kitaberbaur rasa. Ini jalan yang dipilih. Tiada lagi istilah mengundur atau patah balik. Yang ada hanya satu iaitu mengalas tanggungjawab hingga ke akhir mercu. Pada awal, berdiri di depan ramai umat manusia pertama-tamanya tentu berasa gemuruh, namun lama kelamaan jika perasaan itu dilontar jauh pasti kegusaran itu dapat diatasi dengan mudah.
Semuanya bermula dengan 'mind setting' kita sendiri.

Ya, mind set. Analoginya macam seorang yang demam, bila demamnya itu diberat-beratkannya, mukanya dipermuram-muramkan nescaya demam akan bertambah tetapi kalau dilawannya dengan berkata "Ah, aku tidak demam", dengan sendirinya demam itu beransur hilang sebelum pun sempat menjadi berat.

Begitu juga seorang pengecut, cubalah lawan perangai itu walaupun hati berdebar-debar. Jalankan akal, apa sebabnya saya takut begini? Mula-mula pastinya jantung berdebar tika cuba memberani-beranikan diri tetapi nanti setelah menjadi kebiasaan debar jantung itu akan hilang sendiri.

Jujur, mulanya hati benar-benar ingin menolak. Rasa tidak layak begitu menghantui. Rasa tidak mampu menggertak seribu rasa. Namun, ini takdir Ilahi. perlu dicari adalah jalan memperjuangkan bukan lagi jalan ke belakang..



"Setiap daripada kamu adalah pemimpin.yang bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah jagaannya. Pemimpin negara bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah pemerintahannya; seorang lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita adalah penjaga rumah suami serta anak-anaknya; seorang hamba bertanggungjawab terhadap harta tuannya; kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas mereka yang dalam jagaan kamu."

( Hadis Sahih Bukhari )

Jika hendak melatih diri agar punya keberanian sengajakan diri menempuh bahaya yang ngeri seperti mengukur hebatnya seorang pelayar lihatlah lautan yang dilalui, ditempuhnya lautan ketika ombak dan gelombang besar maka tentu berani itu dalam kalbunya.

Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya lemah.
Jasadnya dikoyak beban dakwah..
Tapi iman di hatinya memancarkan cinta...
Mengajak kita untuk terus berlari...

"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."

~ Sahabat, Kerana kita ingin berlari mengejar syurga, kerana itu kita kena mula berlari skrg~

Pesanan seseorang kepada kita semua :


"Allah tidak uji kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita. bila kita rasa down, rasa tidak mampu dengan bebanan yang dipikul. Muhasabah balik, apa pernah kita lihat sekeliling. pandang dengan mata hati. Ada dikalangan kita lebih kuat ujiannya. Lebih hebat dugaannya. Dengan amanah yang di galas. Tapi masih lagi mampu tersenyum. ketawa. malah lebih motivated daripada kita."


" Dear sahabat sekalian,
Allah tahu kita mampu. Percaya pada diri. Allah uji kita dengan amanah yang di beri sebab Allah nak kita jadi lebih baik. Allah maha mengetahui setiap sesuatu itu. Suatu hari kita pasti mengakui kenapa Allah letak kita di sesuatu tempat tu walaupun pada asalnya kita tak nak. Perancangaa Allah sangat teliti jika di lihat dengan mata hati..  :) "

Allah tahu kita takut,
Allah tahu kita gerun,
dengan amanah yang dipikul,
Allah tahu segala isi hati kita sayangku.. :')

Pasti ada hikmahnya..
saling menguatkan.
I'Allah..jangan putus asa..

Sahabat-sahabat..
permulaan kita agak perit..
namun kitalah penyambung generasi..
semoga tidak mudah untuk putus asa berjuang..
biar beribu datang menghalang.
Kita punya Allah.
Dia sebaik-baik penolong.
Jangan takut pada 'mereka' yang menghalang..
berdoalah selalu..
Moga Allah thabatkan hati pada jalan ini
Jalan kebenaran tidak dihampar permaidani indah
Keyakinan pada Allah yang satu lebih utama..
Teruskan berjuang. 



Mudah-mudahan Allah sentiasa menjadikan kita sebagai orang-orang yang jujur, amanah, dan menjauhkan kita semua dari kelemahan, kedustaan dan khianat.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk kami mampu memikul tanggungjawab untuk memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara kami serta kurniakanlah sifat amanah di dalam diri pemimpin-pemimpin yang dipilih di antara kami supaya mereka dapat menempatkan segala tanggungjawab tersebut sesuai dengan tempatnya yang berkaitan dengan tugasnya..
aminn..

-----------------------------------------------------------------------

Janji kita dengan ALLAH (dalam doa iftitah)

" Innasolati wanusuki, wamahyaaya, wamamati, lillahirabil'alamin.."

" Sesungguhnya, solatku, ibadahku,
hidupku dan matiku
kuserahkan hanya kepada Allah
Tuhan yang mentadbir seluruh alam.."

jika diri kamu tidak disibukkan dengan hal-hal akhirat,
maka Allah akan menyibukkan diri kamu dengan hal-hal dunia yang melalaikan...
life schedule akan terasa terlalu kosong..

semoga kita semua mampu mengisi masa-masa kosong ini dengan perkara yang bermanfaat..amin.

~wassalam~

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."