Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, InshaaALLAH orang lain akan dapat manfaatnya.

Monday, April 30, 2012

CERPEN : Tudung Labuh

Alhamdulillah. bertemu lagi kita. Hari ini mimie ingin berkongsi tentang kisah tudung labuh. Mimie hanya 'copypaste' dari rakan berblogging. Semoga perkongsian bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.

Corat-Coret Kisah Cerpen : Tudung Labuh

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?”
Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan. Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima.
“Yang tertutup itu indah!” 
Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh.

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Petama, Dikejar Tebuan Tanah.
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Kedua, Terlindung daripada Mata Mat Rempit
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.
Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal. Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.
Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Ketiga, Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah. Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan,

“Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh.

Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Ke empat, Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh
Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik,
“Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” 
“Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” 
“Don’t judge people by its cover.”

Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

p/s : Ini cerpen bukan? hehe. mungkin sedikit cerita. Perkongsian ini agak bagus. (bukan mimie tulis). Jom kita ambil pengajaran darinya. :)

Sunday, April 29, 2012

Korea? Jangan terlalu fanatik ya!


Korea?? sekarang ini memang terlalu ramai yng bukan sekadar minat bahkan mengilai artis korea. Mimie tak perlu tangok jauh-jauh pun. Cukup untuk memerhatikan adik-adik mimie sekarang. Sampai DP facebook turut meletakkan gambar artis korea. Faedahnya apa ye dik? Penat mimie cuba menegur. kadang-kadang terlintas juga perkataan begini :

‘Bermanfaat atau tak, bergantung dari sudut mana kita lihat. (lillahhi taala)’

Tapi selepas membaca satu artikel di majalah.. terasa, mungkin perlu dilaksanakan sesuatu. Sebabkan hal ini kurg ditikberatkan. Moga memberi kesedaran kepda yang lain. Jom baca.

--- 

Saya melihat kegilaan kepada artis Korea ini majoritinya lebih diminati golongan wanita . Walaupun terdapat juga lelaki yang jelas kejantanannya turut mengusap air mata dengan tisu di hadapan komputer , namun kegilaan itu lebih jelas di sisi wanita . Malah , ada sebahagian wanita yang memuja mereka dengan memenuhkan semua gambar artis Korea mereka di muka depan Facebook , Twitter sehinggalah yang ditampal di dinding bilik dorm/rumah .

sampaikan menghafal semua nama2 mereka (artis korea) ,hafal sebiji2 seperti kita sudah kenal lama lagi,,macam saudara pulak, tau bila diorg buat konsert, tau gosip sana gosip sini,nyanyi sana nyanyi sini, buat apa, skandal ngan siapa, nama keluarga tau,nama anak,adik beradik ,,yg penting semua taulah.. itulah ghazwatul fikr (perang pemikiran) yg berlaku pada hari ini, hinggakan menghalalkan segala apa cara, islam tu lah,islam ni lah,(islam demokrasi,islam liberal,islam hadhari,islam bla3) banyak sgt jenis islam hingga  jatuh sistem khalifah,, bukankah islam itu agama yg mudah, cuma kita yg menyulitkan..
" Apakah sebenarnya yang yang membuatkan perempuan semua tergilakan hero Korea ini ? " 

" Bukankah wanita perlu menundukkan pandangan apabila melihat lelaki hansome ? " 

Sengaja soalan cepumas dilontarkan .

" Kami perempuan tak pe ustaz bila tengok lelaki . Lainlah lelaki yang wajib menundukkn pndngan sebab lelaki lebih mudah tergoda bila melihat wanita !! " 

Benarkah kenyataan demikian ?

Mari kita korek semula daripada sumber agama . Memang benar terdapat ayat suruhan menundukkan pandangan itu diturunkan untuk lelaki pada surah an-Nur ayat ke-30 . Saya juga sebagai lelaki mengakui hati boleh menjadi gila apabila lirikan mata terpandang wanita . 

Namun jangan kita lupa akan sambungan ayat berikutnya . ALLAH juga sebenarnya menyuruh wanita juga wajib menundukkan pandangan mereka . 

Di dalam surah an-Nur , ayat ke-31 bermaksud : 
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) , dan memelihara kehormatan mereka " 

Ini jelas membuktikan bahawa hukum menundukkan pandangan tidak membezakan antara lelaki dan wanita 

Ayat ini telah diberitakan kepada kita ini telah menyangkal dakwaan kononya , 'wanita tidak mengapa , tetapi lelaki tidak boleh' . Sudah semestinya dakwaan bahawa 'wanita tidak akan tergoda jika melihat lelaki' juga sama sekali tertolak . Secara tidak langsung al-Quran menjawab kepada kita tanpa menbezakan gender dengan satu keputusan bahawa 'lelaki dan wanita mampu tergoda jika tidak menjaga pandangan mereka !!!' . 

Sejarah lalu mungkin boleh menguatkan dakwaan ini . Terlupakah kita kisah Nabi Yusuf AS bersama wanita yang menggodanya . Ketika Nabi Yusuf AS melihat wanita tersebut yang sangat rupawan , lalu beliau ghad al-bashar (menundukkan pandangan) . Daripada pandangan itu , beliau langsung tidak terpengaruh untuk terus melayan perasaan melihat wanita tersebut . Bahkan hatinya mula melupakan wanita yang menggoda Nabi Yusuf AS . 

Berbeza pula dengan wanita tersebut . Wanita tersebut melihat Nabi Yusuf AS dengan penuh perhatian . Ketampanan Nabi Yusuf AS memukau kelopak mata daripada terus berkelip . Akhirnya dengan pandangan seorang wanita , munculnya keinginan syahwat yang meledakkan nafsu sehingga terkoyak baju Nabi Yusuf AS . 

Artikel ini bukanlah menggesa semua wanita secara terus menukar 'wallpaper' dan profile facebook , twitter dengan gambar-gambar pokok dan batu semata-mata . Bukan juga mengharamkan kita semua daripada terus meminati artis korea . Tetapi , ianya sekadar renungan pembawa gelora , tanpa membezakan sebarang jantina . 



SUMBER : Majalah Dara edisi Januari 2012 oleh penulis Imam Muda Muhammad Asyraf Bin Ridzuan m/s 87 (saya xbeli ae,tapi ada org shorkan baca page ni ^_^) dalam page fb ade jugak kot ^_^

p/s : Semoga bermanfaat . Saya ambil sebahagian daripada artikel yang ditulis oleh beliau . Moga kita ambil pengajaran dan dapat menjaga pandangan pemberian ALLAH YANG MAHA ESA .namun ia tidak memfokuskan pada satu sahaj(korea),ini hanyalah contoh,, segala apa yg ada di muka bumi ini jgnlah terlalu fanatik, pak cik BIEBER ke, mak cik GAGA ke, maher zain sekalipun,, hiburan itu boleh (harus) tapi tidak berlebihan sehingga bak kata dalam satu ayat dari zabur, kitab(islam) di kaki dunia di kepala. Wallahualam .

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."