Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, InshaaALLAH orang lain akan dapat manfaatnya.

Wednesday, August 26, 2020

Cara untuk khusyuk

Salah satu cara untuk membantu khusyuk dan hadirkan diri dalam solat yang dianjurkan oleh Al Imam Al Ghazali adalah dengan menasihati diri sendiri dengan monolog ini:

"Wahai nafsuku! Tidakkah engkau merasa malu kepada Allah taala, Tuhanmu yang menciptakanmu?

Betapa engkau boleh malu di hadapan manusia yang lemah dan dia hanyalah salah satu daripada hamba Tuhanmu. Apabila manusia meneliti solatmu, engkau lebih khusyuk dan anggotamu menjadi tenang dan solatmu menjadi elok dihadapannya, sedang dia tidak memiliki apa-apa dan tidak dapat memberi apa-apa mudarat atau manafaat kepadamu. 

Kemudian betapa engkau tidak malu kepada Allah taala, Tuhanmu yang mengetahui segala rahsiamu, dan betapa engkau tidak merasa takut kepada kebesaranNya. 

Apakah Allah taala itu lebih hina pada pandanganmu daripada salah seorang hambaNya?

Maka alangkah besarnya kezalimanmu dan alangkah bersangatannya jahilmu dan alangkah besarnya permusuhanmu terhadap dirimu sendiri."

— Kitab Bidayatul Hidayah

Friday, August 14, 2020

Daurah MFZ

Istighfar 3x.
Tajdid niat.

Surah pembuka majlis : Kak Yuni.

Surah ar Rahman, 55 :


Sangat luas makna ar Rahman. Rahmat ALLAH yang tak terkira.

Dalam banyak-banyak nikmat, nikmat besar juga adalah nikmat belajar Quran. Kurniaan Quran. Manual. Panduan hidup kita.

Al Quran. Nikmat besar.

Kisah sahabat. Baca surah ar rahman, depan khalayak ramai kafir quraisy. Sampai semua orang marah kepadanya. Pastu disiksa. Tapi ramai tersedar.

RASULULLAH SAW terima banyak penentangan.. Tapi ALLAH SWT kurniakan sifat ar rahman tu sehingga RASULULLAH SAW dapat lalui dengan bahagia.

ALLAH SWT cerita dalam ayat-ayat lain seterusnya dalam surah tu tentang kebesaranNYA dan nikmat kita dapat.

** ** **

Penyampai : Kak Ruhliah (kak Lia)

My expectation : Nak makin dekat dengan Quran. Makin kenal Quran lebih mendalam. Berpeluang memahami Quran dalam kehidupan.. Mendapat keberkatan Quran. Diberikan petunjuk oleh ALLAH SWT agar boleh amalkan dalam kehidupan. Hati dekat dengan Quran. InshaaALLAH.


Apa moment paling best dalam hidup?

Dapat faham benda yang ALLAH SWT Suka kalau kita buat. Tahu apa yang ALLAH SWT nak kita buat. Dari mana? Manual, al-Quran.

Iman moment. Wonderful moment. :')

Moment exam? Moment bawak kereta hujan? Takde orang nak cakap best. Kita rasa stress.

Tapi, waktu exam. Masa ni iman kita paling tinggi. Kita dekat pada ALLAH. Mintak tolong ALLAH SWT.

Time bawak kereta hujan, kita risau kita mintak doa selalu. Mohon ALLAH jaga dan lindungi.

Bersyukur. Bila dilanda ujian. Ada je sisi-sisi kita rasa berat. Dalam hidup kita, moment paling indah itu adalah apabila iman kita bertambah naik. Moment, kita bertambah iman adalah moment stress.

Musa as's experience. Taha , 20 : 24 - 26


Musa lalui selalu keadaan-keadaan yang mendebarkan. Dan Nabi Musa selalu berdoa dan berdialog dengan ALLAH SWT. Selalu manja pada ALLAH SWT. Mengadu pada ALLAH SWT. Minta pertolongan ALLAH SWT.

Nabi-nabi ni, yang ALLAH SWT sayang. 

Kalau kita tanya Nabi, apa moment best? Adakah dia akan jawab benda simpla cam kita? Dapat pergi oversea? Lulus exam?

Sirah Asiyah? Kutip baby Musa. Dapat membela Musa. Musa jadi anak angkat Firaun. 

Satu masa dia besar, terbunuh orang, lari diri dan berkawin dll. Lepas beberapa tahun, nak patah balik. Pastu dapat lantikan yang rasa berat. Pastu muncul lah ayat ni. Surah Taha.

Nabi Musa diberi tugas, dakwahkan Firaun. 

Ni doa belajar kita. Doa penerang hati.
Nabi baca doa ni untuk pergi berdakwah.

Musa tak tolak lantikan itu. Musa tak tanya, kenapa pilih aku yang banyak dosa ni? Tapi, Nabi Musa berdoa kepada ALLAH SWT.

Kita minta pada ALLAH SWT agar lapangkan dada kita. Ya, kita perlukan dada yang lapang agar ujan dapat dilalui dengan tenang. Minta ALLAH SWT mudahkan urusan. 

Moment yang paling indah, dekat dengan ALLAH SWT. Bila diberi ujian oleh ALLAH SWT. Itulah moment terindah bagi Nabi Musa AS.


Bestnya, bila hidup kita rasa berat, rasa susah diuji oleh ALLAH. kita bole minta pada ALLAH SWT untuk lapangkan dada kita melalui susah tu.

Moment yg paling indah adalah bila iman kita tinggi, dekat dengan ALLAH walapun kita rasa susah, teruk, menangis, diuji tapi moment ni la boleh buatkan kita dekat dgn ALLAH SWT.

Benda yang kita kena betulkan dalam hidup kita, tak guna semua benda yang ALLAH bagi pada kita tapi kita tak faham Quran and agama. Rugi kalau kita tak faham agama.

Faham agama ini benda yang mahal. ALLAH SWT bagi pada hamba yang disayangiNYA. Hamba kesayangan ALLAH SWT, dijentik rasa tak senang hati jika tak baca Quran. Rasa rindu pada Quran. Siapa yang ALLAH sayang? Yang ALLAH SWT bagi kefahaman islam.

Wahyu pertama : Surah Iqra'
Perasaan best, dapat kenal ALLAH SWT.

Pastu, NABI turun kepada masyarakat nak diajak balik kepada ALLAH SWT. Bila RASULULLAH SAW buat dakwah, tak dapat sambutan pun. Tapi, kebanyakan yang dapat hidayah, dapat terima, mereka itu golongan hamba. 

Tak ramai yang join. Nabi fikir nak cari golongan hard core. RASULULLAH SAW doa, tolong kuatkan antara dua umar. Abu jahal atau umar al khattab. ALLAH SWT pilih.

Dua dua karekter hebat. Dua dua, orang yang kedepan. Orang hebat Quraisy. Orang yang berpengaruh. Influences.

RASULULLAH SAW nak cari somebody yang boleh berpengaruh dalam meluaskan agama ALLAH SWT. 

Karekter yang ALLAH SWT bagi kat kita. Dihalakan cara betul untuk guna pada islam. Tapi kalau tak guna untuk kebaikan, akan guna untuk tak bermanfaat.

ALLAH pilih umar al-khattab. Asalnya nak bunuh MUHAMMAD SAW, tapi tukar kepada masuk islam.

Lepas tu, islam jadi lebih kuat. Di sebar secara jahar. 

Pandai menulis.
Pandai bercakap.

Tak guna untuk islam, rugi.

Tafsir Fil Zilalil Quran. 
"Dibawah Bayangan  Quran."

Kenapa tajuk begitu? Sebab nak cerita sikit tentang tafsif ni. Ditulis oleh sayyid Quran. Semasa tulis ni ras dekat dengan Quran, buat apa-apa pun based on Quran. Semua motivasi hidupnya semuanya dibayangi dengan Quran.

Bayang-bayang, tempat teduh. Kita cara kawasan redup untuk berteduh. Rasa senang. Nyaman. Tafsir ni oleh penulis ni merasa teduh dengan bayangan Quran. 

Muqaddimah Tafsir Fil Zilalil..
Membawa kita dekat dengan Quran.

Nak jadi orang yang dekat dengan ALLAH SWT, selalu mencari ALLAH SWT, tak lari dengan Quran. 

Kita takkan sesat selagi berpegang dengan Quran dan sunnah, hadis. Melalui Sirah.

Cari kasih sayang ALLAH SWT. Dengan kefahaman dengan Quran.

Surah Al-a'la. Surah pasal apa?

Kita perlukan tafsir. Sebab kita tak faham arab. Kita perlukan penterjemah untuk faham. Dengan alih bahasa tu.


Graf ISK. Ini sejarah kita. Kita, bila tau sejarah. Kita akan rasa bangga dengan islam.

Sayyid Qutb pernah jadi menteri pendidikan di Mesar. Dia dapat banyak tentangan. Memang itu jalan-jalan mendapatkan kasih sayang dan redha ALLAH SWT. 

Kelebihan sayyid Qutb, boleh tafsir Quran.

 
Mula mula dia sekadar hafaz Quran, namunhidupnya agak sekular. Tapi, Lepas dapat kesedaran, dia banyak tegur kerajaan mesir yang banyak sekular. Akhirnya dihukum tali gantung. Dia buat tafsir ni dalam penjara.


Hidup dibawah bayangan Quran adalah nikmat. 🥰

Contoh : Tengah lapar. Tapi kena suruh baca Quran. 

Nikmatnya apa? Makan sebab tengah lapar. Best moment akak, ialah tidur. Jangan kacau saya. 

Hidup dalam bayangan Quran, kita akan rasa nikmat. Interaksi dengan Quran. Camne? Carilah. Cara komunikasi dengan bahagia bersama Quran.

Kenikmatan ni, semua orang akan dapat rasa. Benda-benda nikmat ni, kita hanya boleh rasa lepas laluinya. Hanya setelah kita dah rasa.

Tolong muhasabah dulu. Kita dah pernah rasa ke? Hidup dengan Quran. Dibawah bayangan Quran. 

Sedap dan bestnya, apa maksud best dia dapat dari Quran tu? 

View if sayyid Qutb :
Quran itu, meluhurkan.
Quran itu, memberkati.
Quran itu, membersihkan.

Meluhurkan itu apa? Ketinggian. 

Melalui hidup bersama Quran, rasa tinggi dengan Quran. Kita tahu mana yang benar, mana yang batil. Boleh bezakan kebaikan dan keburukan.

Berkat tu apa? Diberikan kecukupan. 

Rezeki : sedikit, cukup. Banyak boleh agih.
Masa : sikit cukup. Banyak kerja buat satu masa.

Hanya ALLAH SWT saja yang boleh bagi rasa cukup. Manusia, tak boleh. Kita jaga adab dengan guru. Tapi yang beri berkat tu ALLAH SWT. Bukan guru tu tadi boleh bagi.

20 Tahun, boleh hasilkan Tafsir. Umur yang berkat. Berkat ni, datang daripada ALLAH SWT. kita dapat bila dekat dengan ALLAH SWT. 

Membersihkan usia?

Bayangkan budak-budak. Ajak main dengan dia hari-hari. Main masak-masak. Main doktor-doktor. Kita mesti rasa pelik kan. Sebab kita ada kerja real. Lebih besar.


Sebelum ni, dia pernah sesat dengan sekular. Bila dia start dekat dan dalami Quran, baru faham dan kenal kehidupan. Boleh tengok orang dalam berbagai level.

Cth : konsep sudut pandang. Paling best dicapai bila dekat dengan Quran, tahu cara pandang lebih baik. Bercahaya dengan iman.

Kita takkan lagi bangga dengan benda-benda kecik. Kat dunia, kita bangga sangat pangkat. Bangga benda yang rugi.

Bila dengan Quran, kita dapat kenal mana lagi penting. Guna kebaikan di dunia untuk jadi bekal pulang ke sana.

Kita cari yang boleh bentuk diri kita kepada lebih baik untuk perjalanan pulang menuju ALLAH SWT.

Hari yang banyak buka Quran, banyak kebaikan dapat hari tu. Orang yang dekat dengan Quran, sangat bahagia sangat-sangat.

Kalau nak jadi kesayangan ALLAH SWT, kena dekat dengan Quran dan selalu bersama Quran.



Monday, July 20, 2020

KEKURANGAN ORANG LAIN ADALAH LADANG PAHALA BAGI KITA

Ramai orang tersilap langkah dalam menyikapi dan menyantuni orang yang menyakiti dan mengangguinya walau dengan cara apa sekalipun. 

Sebenarnya itu adalah modal baginya untuk meningkatkan kedudukannya disisi Allah dengan MEMAAFKANNYA, MENDOAKANNYA, MEMPERBAIKINYA, MENASIHATINYA, BERSANGKA BAIK dan MENJAGA AIBNYA. 

Lihatlah segala apa yang dilakukan orang lain adalah sebenarnya pekerjaan dan perbuatan ALLAH. Pasti ada rahsia dan hikmah yang mungkin tidak difahami oleh seorang hamba mengapa ALLAH yang Maha Bijaksana mengaturkan yang sedemikian.

Seringkali saja ia merupakan salah satu bentuk teguran dan mesej dari ALLAH kepada kita yang mungkin pernah menyakiti orang lain.

LAKUKANLAH KEBAIKAN kerana hanya kebaikan bertemu dengan kebaikan. Jauhilah membalas kejahatan dengan keburukan. Latihlah diri untuk membalas kejahatan dengan kebaikan dsn dan kelembutan.

*** *** **** ****
Firman ALLAH SWT :
"Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)."

(Surah Al-'An`am:160)

**** **** **** *****

Dan Ingatlah Firman ALLAH SWT :

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin ALLAH dan sesiapa yang beriman kepada ALLAH, ALLAH akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), ALLAH Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

(Surah At-Taghābun:11)

**** *** **** ***

"Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu."

(Surah Muĥammad:31)

*** **** ***** *****

Sebuah kisah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Syeikh Ibrahim bin Adham bertemu dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya lalu bertanya kepadanya, "engkau seorang hamba?" 

Jawab Ibrahim : "Ya."(yang dimaksudkannya adalah hamba ALLAH)

"Dimanakah tempat perkampungan yang terdekat?" Tanya lelaki itu. 

Ibrahim segera saja mengarahkan jari telunjuknya ke perkuburan yang ada dekat situ sambil berkata, "Itulah perkampungan yang sebenarnya, sebuah perkampungan hakiki." 

Lelaki itu mundar sedikit lalu dengan perasaan kurang senang berkata, "Aku menanyakan letak perkampungan mengapa kamu menunjukkan perkuburan kepadaku? Apa kamu hendak mempermainkan aku?" 

Dengan penuh kemarahan, lelaki itu memukul kepala Syeikh Ibrahim. 

"Pukullah kepada yang telah lama berbuat dosa kepada ALLAH, kata Ibrahim bin Adham sambil berusaha menghentikan aliran darah dari kepalanya."

Lelaki itu kemudian pergi. Kejadian itu diketahui oleh orang yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat itu. 

Ia lalu menghampiri pendatang tadi dan berkata: "Hai lelaki, tidakkah kamu tahu kamu baru sahaja memukul kepala orang yang paling banyak beribadah di zamannya. Kamu baru saja memukul kepala Syeikh Ibrahim bin Idham, seorang alim yang terkenal."

Mendengar penyataan orang ramai itu, lalu mengapa dia mengaku dirinya hamba. 

Jawab Ibrahim, "Kamu tidak bertanya : 'Engkau hamba siapa?' Kamu hanya bertanya 'Engkau seorang hamba?' Kerana itulah aku menjawab 'Ya' kerana aku adalah hamba ALLAH. Apabila kamu memukul kepala, aku telah berdoa agar ALLAH masukkan kamu ke dalam syurga." 

"Bagaimana mungkin?" Seru lelaki itu dengan perasaan lega bercampur hairan. 

"Kerana, ketika kamu memukul kepalaku, aku bersabar. Jadi tidaklah layak jika aku masuk syurga kerana kamu, tetapi kemudian aku mendoakanmu masuk neraka. Ini juga bukanlah sikap yang bijaksana." Jelas Ibrahin bin Adham. 

Begitulah sifat mukmin sejati. Akhlaknya mulia walaupun dihina dan disakiti oleh orang lain, didalam hatinya tidak terdetik rasa dendam, sebaliknya mendoakan kesejahteraan terhadap orang yang menzaliminya. 

- Ustaz Iqbal Zain.

****

Touch every single things in my heart. 😭

Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk;

Memaafkannya, 
Mendoakannya, 
Memperbaikinya, 
Menjaga aibnya.
 
:')

Semoga ALLAH SWT meluaskan hati kita semua. Aamiin, InshaaALLAH.

Sunday, July 19, 2020

Daurah : Ghazwatul Fikr

Albaqarah : 208

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."

Syaitan takkan pernah jadi kawan baik untuk kita. ALLAH beri amaran supaya jgn ikut lgkah syaitan.

An nisa : 89

"Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong."

Orang kafir nak kita jadi sama macam mereka. Jadi, jagan kita terpedaya dengan mereka. ALLAH SWT dah bagi amaran kali kedua pada kita supaya jangan ikut orang kafir yang suruh kita kuar daripada islam secara keseluruhan. ALLAH SWT ulang lagi. Supaya jangan sesekali jadikan mereka sebagai ikutan kita.

Ada DUA UJIAN :

1) Syaitan : Mereka struggle hari-hari untuk hasut kita. Kita perlu berlawan setiap hari. Kita sentiasa nak kena pilih solat awal waktu atau lewatkan. Kita diuji rasa malas nak hadir majlis ilmu. Syaitan kerja keras hari-hari untuk sesatkan kita.

2) Orang Kafir : Mereka bukan datang hunus pedang kat kita. Sekarang ni, kita tak nampak pun gangguan mereka. Tapi sebenarnya, kita telah pun hampir masuk kedalam perangkap mereka. Jadi kita perlu berhati-hati. Kita tak boleh jadikan mereka ni sebagai teman rapat kita selagi mereka kafir, tidak beriman pada ALLAH SWT. Apatah lagi meniru semua perbuatan mereka.

Tapi, dunia sekarang, umat islam sekeliling kita makin ikut sama seperti mereka.

Kita ni pula di posisi mana? Adakah sama seperti mereka atau berada diatara? 

Daurah kali ini nak ajak lihat semula kehidupan kita dengan kacamata yang betul. Musuh islam tu dah berjaya buat apa kat kita? Kalau kita dah jadi mangsa mereka, apa usaha kita nak keluar darinya?

Baiki niat pagi ni. Daurah kita ni bukan sekadar isi masa. Kita ni nak naikkan islam sampai Ustanziatul Alam. Kita nak betul-betul usaha dari bawah. Usrah kecil-kecil yang membawa kepada cita-cita besar. Jiwa kena besar. Semua kena besar untuk perjuangan besar.

Mutabaah amal. Adalah cara kita nak keep on track. Cara supaya kita ada satu Biah untuk menjaga iman kita. Semoga kita dapat buat dan amalkan. 


*** ** **** ***

[ Daurah Ghazwatul Fikr | Ahad | 18/7/20]

Muwajjih = Ukhti Ain Azuri

Kisah Nabi Musa dan Nabi Syuaib

"Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.' " (Surah Al-Qasas : 24)

"Musa menjawab: 'Perjanjian itu adalah antaraku denganmu (tetap dihormati bersama); yang mana kedua tempoh itu yang aku tunaikan, maka janganlah hendaknya aku disalahkan. Dan ALLAH jualah menjadi saksi terhadap apa yang kita ucapkan itu'." (Surah Al-Qasas : 28)

Nabi Musa duduk dengan kaum firaun, terbunuh orang dan melarikan diri dari mesir tanpa bawa apa-apa. Dalam tempoh itu, Nabi Musa terjumpa anak-anak perempuan Nabi Syuaib nak bagi minum dekat haiwan ternakan tapi segan. Then, Nabi musa offer nak tolong.

Nabi musa tunjukkan rasa syukur dengan apa saja yang ALLAH SWT bagi pada dia. Gratitude. Dia tak minta spesifik pun daripada ALLAH SWT.

Terlalu banyak sangat nikmat yang ALLAH SWT dah bagi kat kita dan paling besar is.. Nikmat tarbiyah dan kefahaman islam. Nikmat dalam kehidupan tarbiah. Nikmat kenal ALLAH SWT.

Hidayah yang ALLAH SWT bagi kat kita ni nikmat yang sangat besar. Lingkungan kita ada sekarang.

Pernah tak tengok keadaan kawan-kawan kita yang berkawan dengan kawan yang tak dapat bantu dia dalam kebaikan? Selalu ada je kawan yang nak jatuhkan dia. Kita ni, bersyukur lah. Selalu dalam lingkungan baik-baik. Beruntunglah, bertuah lah kita. Alhamdulillah.

Tengok sekeliling kita. Apa dah jadi pada islam kini?

1) Isu Transgender.
Isu Agama BTS ini adalah asal kejadian diadakan dengan satu agenda supaya ramai membenci BTS. Akhrinya keluar ramai pengikut dari kalangan kita sendiri yang bangkit membela. Sekarang kita boleh nampak betapa besarnya pengaruh mereka ini pada masyarakat kita.

2) ISu Agama BTS.
Isu Trasgender : Safiey Illiyas. 
Dorang ni memang ada pengikutnya. Usahawan kosmetik yang berjaya. Menutupi kesalahan yang dibuat. Mereka ni biasanya memang usahawan yang kaya rasa.

Sampai wujud statement bahaya : " Transgender pun boleh berjaya.."

3) Remaja dan cinta; Kemaksiatan berleluasa
Isu : Dua minggu nak kahwin, bakal pengantin ditangkap khalwat.

Ada satu kisah benar terjadi. Pada kawan sendiri. Lelaki baru duduk sewa rumah, sudah bayar deposit semua. Tapi dapat housemate perempuan. Kongsi tandas. Realiti sekarang. Dah jadi normal dalam masyarakat sekarang. Pintu-pintu fitnah.

Relationship, lelaki dan perempuan. Ada stage nya. Perempuan dan lelaki ni, bila dapat lulus satu stage, dia akan naik lagi. Usaha untuk pergi ke lagi satu stage. Jadi, kena berjaga-jaga. Sebab tu, islam menggalakkan perkahwinan tu.

*** **

Isu-isu lain : Challenge

"Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah Syaitan.."

Weird genius - Lathi
Challenge - Penyakit berjangkit. Bahaya macam corona.

• kiki challenge. Ada orang mati buat ni. Bahaya. Kereta tengah bergerak pastu kita masuk sambil joget-joget.
• Ada challenge yang bagus. Macam Quran. 

• Tiktok - Memang didesign untuk buat org minat.

Ig, pendek. Berapa org tekan see more?
Kita geberasi yang suka pendek-pendek. Instant generation.

Twitter, ramai suke. Banyak toksik kat situ. 

Dalam skop orang islam. Tengoklah, apa yang jadi pada masyarakat kita sekarang. Keyboard warrior. Apa-apa, cakap kat sosial media.

Kawan-kawan, ada yang dahsyat kehidupan sekarang.
Kat mana islam yang best tu?
Kita still buat perkara-perkara yang menyalahi.

Break 3 minit.

***

Kita mengikuti semakin menyerupai mereka.

Tak boleh cakap, luar jahat hati baik. Sebab dari dalam terpancar ke luar. RASULULLAH SAW akhlak baginda, Quran.

Apa yang orang islam buat sekarang?
- Terlalu ikut trend. 

Kawan akak beli bag limited edition. Dia tak boleh tengok orang lain ada, kita nak juga. Kita ni nak follow sangat sampai tak tahu tujuan kita nak buat tu.

World order kita sekarang banyak ikut gaya dan cara orang barat. kita terlalu sangat nak ikut latest style dari Korea, dll.

Inilah agenda orang barat. Mereka tak berhenti hasut supaya ikut cara hidup mereka.

Agenda mereka, bukan buatkan kita jadi keluar dari agama sekarang. Bagi mereka, kita ni tak perlu tukar agama pun. Just cukup lah kalau kita ni terikut je dengan cara hidup mereka.

** ** **

Surah Albaqarah, 120.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk ALLAH (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari ALLAH (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."

** ** **

Perjuangan mereka ni, nak buat cukuplah sekadar kita ni ikut cara hidup mereka. Dah ok dah bagi mereka. Mereka just nak jatuhkan kita.
Orang Yahudi ni bagi kat kita benda buruk ni tapi dorang tak ambik pun benda tu dalam kehidupan mereka. Mereka just nak suruh kita follow lifestyle mereka.

Berjayalah mereka punya misi bila kita follow.

Main quiz kahoot. Current issues.

Soalan : Perlu ke kita ambil tahu pasal semua artis tu?
- Perlu tahu saja, kerana ini terdapat sebahagian perkara yang dirancang oleh mereka.

Apa yang jadi dekat dalam dunia, bukan naturally macam tu. Tapi dah dirancang oleh musuh islam. 

Masa sekolah dulu pernah dengar tak, serangan melaka. Portugis serang melaka.ingat tak sejarah tu? Dia bkn saja serang melaka tapi seluruh negara. 

Sebab perang ni, dorang sebenarnya nak sebarkan agama kristian. 

Baitul maqdis adalah hak muslim tapi semua orang nak rebutkan Baitul Maqdis sebab tempat suci

[Perang Salib - 9 series]
• Perang salib ke 7- king louis

Muslim menang, king Louis ditangkap & dipenjara. Lalu dia mengkaji..

Waktu siang, orang islam hebat main pedang. Malam-malam, orang islam duk mengaji, baca Quran. Siang macam singa. Tapi malam macam rahib. Itulah rupanya kunci kejayaan Orang Islam.

Patutlah dorang sentiasa menang. Dorang nak pergi perang sebab nak mati untuk Islam. Menang atau syahid. Itulah kekuatan orang islam. Confirm, tentera salib takkan menang. Sebab dorang orang Islam ni ada roh al-Quran dan bantuan ALLAH SWT.

Lalu dia tulis catatan lain. Tukarkan serangan cara lain. Iaitu, serangan pemikiran. Buang masa kalau diteruskan dengan perang fizikal. Sebab takkan mampu menang. Strategi sekarang adalah cuma perlu jauhkan saja umat islam ini dari Quran. Disini la bermulanya serangan pemikiran.

Soalan Mimi tadi, jawapannya kita perlu ambil peduli. Kena faham kenapa benda ni boleh ada dalam umat kita sekarang. Contoh game. Tak payah suruh main kan? Kita memang willingly nak buat. orang tak payah paksa untuk suruh kita main game, tengok movie, kita sendiri rela untuk buat.

Macam mana boleh jadi macam ni?

7 : 20-21 : Syaitan hasut Nabi Adam. 

Makan buah khuldi, padahal ALLAH dah larang. Tapi syaitan hasut. Kaburkan pandangan Nabi Adam bahawa, kalau makan buah itu, boleh kekal disyurga. Dimanipulasi. Ini yang Iblis hasut."

Iblis tak directly suruh Jangan taat.
Takde suruh jadi macam aku.
Atau ajak derhaka pada ALLAH macam aku.

Tapi, dia psycho.

Ini lah cara kita diserang.
Kita tak disuruh tukar agama.

Contoh Isu Agama BTS tu. Bila direct, orang akan marah. 

Tapi...
Dia suruh kita lalai, lewatkan solat, tak jaga pandangan.

Syaitan ada komander, level-level BOD..
Lagi tinggi iman, lagi hebat pangkat dia hantar.

Sama tak cara Iblis sesatkan Nabi Adam dengan Musuh Islam sesatkan kita?

Dalang di sebalik = Ghazwatul Fikr.
• Snock Hurgonje

Kenapa dia ni berpakaian dengan pakaian orang islam? Dia sebenarnya dihantar oleh orang besar barat ni untuk berpura-pura masuk islam dan masuk ke dalam mekah. 

Acheh dulu, paling lama bertahan. Tidak berjaya dijajah.

Tapi, dia ni menyamar masuk islam. Psatu masuk mekah. Belajar bahasa arab. Sampai boleh kahwin dengan anak Imam di mekah. Dia guna nama Abdullah. Nama islammya. Dia berpura-pura saja.

Tujuannya adalah, nak dapatkan informasi untuk serang acheh.

Akhirnya, mereka dapat tawan Acheh tu sendiri.

Dia ni wilingly belajar islam semata nak sesatkan orang islam. Effort besarnya dia ni nak sesatkan umat islam. 


• Samuel Marinos Zwemer

Salah seorang missionarise. Buat pengajian untuk belajar Islam. Satu website, columbia international university.
“Sesungguhnya tugas kalian adalah mengeluarkan kaum muslimin dari agamanya supaya dia menjadi seorang makhluk yang tidak ada hubungan dengan ALLAH. 

Dengan sendirinya dia akan menjadi seorang yang tidak terikat dengan akhlak yang selama ini menjadi landasan hidup semua ummat. 

Dengan sendirinya generasi muslim berikutnya akan sesuai dengan apa yang dikehendaki kaum penjajah, tidak mengendahkan masalah besar, senang bersantai-santai dan tertarik kepada dunia, serta hidup untuk hanya untuk memuaskan nafsu…”

Columbia international universities. zwemer center for muslim studies.

*****

Dalam banyak-banyak tempat, tempat apa yang tak berjaya diserang oleh musuh islam sampai sekarang?

Mekah dan madinah.

Sebab?

Dia tahu kalau dorang serang mekah dan madinah, memang habislah dorang. Dorang tahu, kalau benda ni jadi, akan bangkitlah semua orang islam.

Kisah al Quran kena pijak. Orang Kita terus marah. Semua orang bangun. 

Isu kartun. Ramai orang marah. Benda tu menghina RASULULLAH SAW.

Padahal, isu lain pun sama je. Tapi tak jadi perhatian.

Isu ikhtilat. Drama melayu sekarang. Ringan-ringan atas katil.
Benda ni, isu jugak tapi tak diambil perhatian.

Orang islam baca tak Quran?
Tadabbur tak?
Follow tk?
Buat tak? 

Kita sebenarnya tinggalkan Quran tu lebih dahsyat dari mereka yang buat kat Quran.

Kita kena lawan balik. Tapi, kita tak perasan. Kita sebenarnya telah diserang oleh musuh islam tanpa perasan.

Sekarang dunia ini sangat mudah untuk terkena. Segalanya dihujung jari.

Masa PKP, ada banyak kejahatan sensasi. Benda free. Tanpa sedar kita telah diserang secara pemikiran oleh musuh islam.

Duduk dalam rumah lagi teruk kena serang dan kita tak sedaaaaarrrrr.

kena serang dari segi hiburan, system education ikut system barat. Campur-campur islam dengan jahiliyah. Terpisahnya kita dengan Islam. Kerana dipisah-pisah.

Serangan pemikiran, brainwash minda kita dan diturunkan kepada generasi demi generasi.

Kotak Hitam. Tv. Benda yang digunakan mcm dajjal. Kita kena sedar dari channel apa kita ni diserang. 

Cara : GF ( 4S & 4F)

Lagu.. Medium songs. Minda separa sedar kita boleh tangkap lirik lagu orang putih yang tak elok tu. Lagu melayu yang agungkan cinta manusia berbanding ALLAH SWT. 

Seks. LGBT. 

Dr sigh. Ni femes. Sbb good looking. Selalu kuar tv. Ada orang tanya kat dia. Dr ke bysex ke?

Mcm mna masyarakat blh tye soalan camtu sdgkan dia dah kawin dah. Sama ada yg btya tu dah rasa biasa dgn bnda tu.. Sbb dah umum je tanya. 

Dahsyat pemikiran masyarakat sekarang ni.

Orang isap vape sekarang tak rasa salah. Vape still memudaratkan.

Sport. Tgok bola tgh malam. Lewat subuh. 

4s ni channel org barat masuk dan rosakkan kita.

Dan, 4F.

Fashion. Tak salah kita kemas. Presentable macam mana. Perlu ke kuar. 

Dkt billboard. Plg banyak perempuan. Kat highway. Dia iklan gerudi. Knp gambar model perempuan. Pgg gerudi, tak tutup butang baju.

Kita perempuan pun rasa malu tengok. Apatah lagi lelaki bujang. Apa motifnya? Supaya nak tunjuk. Nak tarik perhatian kepadanya..

Perempuan sepatutnya dimuliakan.

Food. Mknn xsihat. Kurangkanlah.

Macam mana kita nak overcome. Lepaskan diri kita dalam ghazwatul fikr. 
Jauhkan kita dari islam. Buat kita jadi rugi. Buat kita rasa islam ni tak penting. Malas vaca Quran. G majlis ilmu. Dll. Berat semua tu.  

Kita kena sedar, sbb bnda benda luar yg tarik perasaan kita daripada suka kan benda ni semua. 

Tarbiyah yang sebenarnya satu channel bawa kita pulang pada ALLAH SWT. 

susah nak jaga diri kita. Xleh stay dlm bilik. How kita nak tapis benda benda yang tak sepatutnya kita absorb. 

Cmane kita nak back to islam tu balik. Kwn usrah kita tu jauh. Apa yang ada? Medium tulah yang bantu kita nak avoid serangan pemikiran yang datang pada kita.

Kat rumah tu ada mcm mcm benda kita blh buat bnding yg kita buat sebelum ni.

Duduk nya kita sekarang, ymtak bermaksud tak diserang. Benda first kena sedar...

Kita diserang. Kita kena back to Quran. To islam. Counter sedaya upaya kita. Sekat semampu kita. Peperangan tanpa pernah mampu berakhir. Sampailah islam tu berada dipuncak. Ustanziatul alam. 

Moga ALLAH SWT bagi pahala besar bila kita usaha nak jaga diri kita supaya tak diserang daripada benda-benda yang jauhkan kita dari ALLAH SWT 

Tamat.

Soalan Peserta : Kita memang tak boleh kawan dengan non muslim?

Boleh, cuma jangan sampai kita terikut cara hidup mereka.

Pegangan kita, perilaku kita, sepatutnya ikut cara hidup islam. Jangan ikut orang kafir. Kita kena betul-betul berpegang dengan islam. Benda basic iaitu back to Quran dan sunnah. InshaaALLAH.. Takkan sesat selamanya. 

Masalah kita sekarang, terlalu nak ikut trend. Korea sangat berkuasa. Jadi, terikut. Padahal ini adalah perkara yang bertentangan dengan al-Quran.

Sebab apa kita tak perasan?
Sebab kita tak kenal Quran dan sunnah.

Tarbiyah ni nak ajar kita kenal semua tu. 

Sebab itulah, Program Tarbiyah ni, nak bina islam dalam diri kita. Nak bina keluarga muslim. Masyarakat muslim. 

Ghazwatul Fikr dah banyak serang kita tanpa sedar. Benda ni lah nak diubah. InshaaALLAH akan dibincangkan dalam usrah ni nanti. Go through detail dalam usrah nanti. 4S & 4F. 

Alhamdulillah. ALLAH SWT pilih dan dengar hari ni. Rugi sangat orang tak sedar serangan hari ini. Bayangkan family kita kena tikam. Risau. Buat tindakan. 

Kita kena kejutkan dorang untuk back to Quran dan tarbiyah.

Wallahu'alam. Semoga Sharing ini bermanfaat. Aamiin.

4 Perkara yang akan di HISAB

RASULULLAH SAW bersabda : 

“Tidaklah bergeser kedua kaki seorang hamba nanti pada hari kiamat, sehingga Allah akan menanyakan tentang 4 perkara: 

1️⃣ Tentang umurnya dihabiskan untuk apa?

2️⃣ Tentang ilmunya diamalkan atau tidak?

3️⃣ Tentang hartanya, dari mana dia peroleh dan ke mana dia habiskan?

4️⃣ Tentang tubuhnya, penat lelahnya untuk apa?

(HR Tirmidzi & Ad-Darimi)

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."