
Al-Qur'an itu jika dibaca sahaja,
Sudah rasa tenang seluruh jiwa,
Seluruh kehidupan kita diberkatiNya,
Apalagi jika kita cuba menghafaznya.
Bila kita berjaya menghafaznya,
Mudah untuk dibaca dimana-mana,
Mudah untuk
istiqamah hendaknya,
Tapi kena
awasi setiap bacaannya.
Perlu
menjiwai setiap bacaan,
Perlu dibaca
penuh tumpuan,
Setiap
maksud dalam penghayatan,
Kerana ianya
kalam dari Tuhan.
Ramai
manusia cuba menghafaznya,
Tidak ramai
pula yang berjaya,
Allah
tentukan kamu Berjaya,
Bacalah
penuh rasa syukur didada.
Jagalah
hafazan dan betulkan niat,
Bacalah
selalu di dalam solat,
Moga hidupmu
menjadi berkat,
Dalam meniti
hidup yang singkat.
Nafikanlah
semua usaha kita,
Usaha itu
tiada semuanya kuasa,
Kita berjaya
kerana rahmatNya,
Kejayaan ini
hasil belasNya semata.
Bacalah
dengan rasa cinta dijiwa,
Bacaan penuh
takzim kepadaNya,
Rasa terima
kasih tak tehingga,
PadaNya yang
telah memilih kita.
Cuba untuk
terus perbaiki hafazan,
Memperelokkan
tajwid bacaan,
Meneliti
ayat-ayat sarat tujuan,
Menghadirkan
hati saat ditadabburkan.
Ingatan
hafazan yang dianugerahkan,
Menjadi
tanggungjawab untuk diamalkan,
Moga dijaga
sebaiknya amanah Al-quran,
Sampai
saatnya kita dijemput kematian.
No comments:
Post a Comment