
Orang mukmin akan sentiasa dalam cahaya.
Ucapannya adalah cahaya.
Ilmunya adalah cahaya.
Tempat masuknya dalam cahaya.
Tempat keluarnya juga adalah cahaya.
Tempat kembalinya juga adalah cahaya.
Hari kiamat juga cahaya baginya.
Begitu kata Ubay bin Ka'ab,
Mengambarkan status orang mukmin yang dikelilingi cahaya.
Jika kita benar-benar ingin,
Menjadi mukmin yang disinari cahaya.
Bersungguh-sungguhlah,
Dalam menjauhi maksiat dan dosa.
Dan jangan sesekali,
meringan-ringankan,
Dosa-dosa kecil.
Dosa besar kita nampak raut wajahnya tetapi dosa kecil
sering menyembunyikan wajahnya disebalik kekecilannya tetapi ia juga boleh
mengelincirkan kita kepada kekufuran.
Umar Al-khattab pernah berkata,
" Takutilah kamu akan dosa kecil kerana kuda kuda tidak
akan tergelincir sebab memijak batu yang besar tetapi tergelincir asbab batu
batu yang kecil."
Bersungguh sungguhlah bermujahadah melakukan ketaatan untuk
mengutip pahala agar beroleh rahmat Allah.
Gunakanlah umur sebaiknya.
Kita sedang tempoh musafir.
Tempat kita paling nak pergi:
"SYURGA ALLAH"
No comments:
Post a Comment