
Dia merenung langit.
"Bintang bersinar indah." Ujarnya.
Aku pula merenungnya.
Masa terus berjeda.
Dia berpaling.
"Kenapa?" Soalnya.
"Saya rasa bahagia, dapat peluang kenal awak."
Jawabku tersenyum.
"Jangan bahagia kerana manusia. Tapi bahagia lah kerana
Allah." Aku menghayati kata-katanya.
"Tapi, adalah suatu rahmat dari Ar-Rahman bila dapat
jadi sahabat yang diutuskan oleh Allah untuk bahagiakan sahabat."
Sambungnya lagi sambil tersenyum.
Aku tersentuh.
Kata-katanya bermakna.
Semoga ukhwah kita selamanya.
Dengan izinNya. Aamiin. I'Allah.
-------
Adakala kita tersalah,
Allah datangkan sahabat,
Untuk tegur.
Adakala kita betul,
Allah datangkan sahabat,
Yang patut ditegur.
Adakala kita diuji,
Allah datangkan sahabat,
Untuk bantu kita.
Adakala sahabat kita diuji,
Allah beri kekuatan,
Untuk kita bantu dia.
Jadi, hargailah sahabat.
Mungkin kerana dia,
kita ke syurga.
Prof Dr Hamka.
No comments:
Post a Comment