
Langit-langit semua berzikir padaMu,
Ombak mengalir sambil berzikir,
Pepasir yang beribu jumlahnya,
Jua tanpa henti berzikir,
Memuji dan memuja kebesaranMu.
Rumpu hijau tumbuh melata,
Siapa mendengar suara mereka?
Angin yang kita tak nampak,
Tapi dapat dirasai,
Semuanya sedang berzikir.
Tanpa henti.
Walau sesat.
Aku menjadi malu.
Kerana akulah,
Yang paling sedikit,
Berzikir kepadaMu,
Yang paling jarang,
Mengingati dan mengagumi,
Keindahan dan kebesaranMu.
Astaghfirullah..
Ampunilah ya Allah.
Serasa diri ini,
Makhluk paling sombong.
Sedangkan begitu banyak,
PemberianMu.
Yang sepatutnya
Menjadi asbab terbesar,
Untuk aku bersyukur,
KepadaMu.
Sedangkan hakikat Sebenarnya,
Biarpun aku berzikir,
Untuk setiap saat,
Aku masih takkan mampu,
Untuk membalas semua,
PemberianMu.
Sungguh,
Engkau Maha Menguasai.
Engkau Maha Memberi.
Engkau Maha Mengasihi.
Cuma diri ini,
Yang jarang mensyukuri,
Apatahlagi berzikir pada Ilahi,
Sang Pemilik Diri..
No comments:
Post a Comment