Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, InshaaALLAH orang lain akan dapat manfaatnya.

Thursday, February 10, 2011

Katakan tidak pada "Couple"




Assalamualaikum. semua...Alhamdulillah. Sama-sama kita bersyukur kerana masih berpeluang untuk bernafas pada hari ini. Jom kita bersyukur. Ok, Perkongsian Mimie hari ini berkisarkan tentang Akibat buruk bercouple. Readers, kalau ada niat ingin bercouple sekarang atau baru sehari merasai nikmat couple atau setahun atau rasa teringin nak bercouple, batalkanlah niat itu. Allah melarang keras perbuatan mendekati zina. 

Allah telah berfirman : LA TAQRABU AZ-ZINA

maksudnya: 
"Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan." (Surah al-Isra :32)



Mendekati zina sudah tidak boleh. Apa lagi jika bercouple. Bercouple Itu sudah sah-sah haram. zaman sekarang, bercouple itu adalah menjadi trend.

Bahaya apabila bercinta sebelum kahwin..


  1. pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
  2. menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNya.
  3. hati akan terseksa dengan barah rindu.
  4. rindu palsu akan membelengu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
  5. cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
  6. aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar- benar mabuk cinta.
  7. fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
  8. jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk bagiku.
  9. jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya. 

dipetik dari buku : 

PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH & RASUL
karya FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN






Jadi, Readers sekalian..hentikanlah 
-> Sms tanpa  urusan
-> call tanpa urusan 
-> Dating (berdu-duaan) tanpa mahram 
-> chatting tanpa urusan 
-> Dan banyak lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram. 

Ini adalah antara jalan-jalan menghampiri zina.
 
Ia ibarat cebisan ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya. Sebetulnya..Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menyalahgunakannya. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.

Apabila bercakap tentang cinta, CINTA amat berkait rapat dengan HATI. Sebab itulah hati perlu berada dalam keadan berhati-hati dengan perbanyakkan istighfar . 

-> Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan)
-> Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dll),
-> Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
-> Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
-> Hati itu berhawa dan berangan-angan,
-> Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Hati ini bukan sahaja perlu dijaga daripada asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Tapi hati juga perlu dijaga daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh.

Bimbang juga rasa suka, cinta dan sayang yang suci itu tertukar menjadi tragedi. Tiba-tiba sahaja hati terasa ingin bermesej selalu, call selalu, berjumpa selalu. Dan selepas itu hati menjadi raja kepada jasad. Ia boleh mengarahkan badan, lidah, tangan, kaki, mulut dan telinga kita supaya bertindak secara salah. 

p/s : ketika inilah FITRAH menjadi FITNAH . Naudzubillah. Semoga kita terlindung. semoga perkongsian mimie kali ini bermanfaat. I'Allah. :)

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."