Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, InshaaALLAH orang lain akan dapat manfaatnya.

Monday, February 7, 2011

coretan pertama mimie

Assalamu'alaikum..

salam ta'ruf. 

Ini adalah pertama kali mimie menulis dan hari ini.. blog ini di buat. Post ini adalah percubaan pertama mimie menulis. mungkin mengandungi begitu banyak kekurangan sementara mimie ni  masih lagi budak yang baru bertatih memulakan bidang penulisan mimie. mohon diberi tunjuk ajar sekiranya sepanjang penulisan mimie tersiar ini.sedikit sebanyak ada juga rasa kaku apabila sudah mempunyai blog sendiri. sewaktu dahulu diri mimi ni sering teringin mempunyai blog sepertimana orang lain. Alhamdulillah.. berjaya juga di buat hasil kerja survey2 cara membuat. terima kasih bagi yang sudi berkongsi tutorial. Ia sungguh bermakna bagi jiwa2 orang yang mahu mula belajar.


hari-hari ini, semua orang menulis, semua orang mengambil gambar, semua orang bernasyid, semua orang ber itu ber ini, semua orang berusrah, semua orang berdakwah, dan semua orang ingin menajamkan logamnya di dalam medan tarbiyyah ini...dan timbul persoalan..maka, apa istimewanya kita??semua orang melakukan hal yang sama..tapi, yang membezakan kita adalah, 'niat' di awalnya..

p/s : niat kita, itu yg menjadikan 'ia' istimewa..

semoga kita semua tergolong.

Ehem, biasanya mimie memang banyak sangat idea untuk ditulis apa yang terlukis di hati ini.. namun cukuplah setakat ini dahulu untuk sekarang ini. 


SEMOGA para pembaca sudi memberi teguran membina di saat sebarang kesilapan diri mimie yg kerdil ini. 

TERIMA KASIH 

segala tunjuk ajar akan sangat dihargai.

I'Allah.. :)

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."