Alhamdulillah. Memandang keluar jendela. Burung-burung berterbangan menelusuri kehidupan. Tenang dan damai kehidupan dini hari. Sunatullah tidak berhenti memberikan semangat kepada manusia agar tidak segera berkenalan dengan yang bernama "putus asa" untuk terus menjalani kehidupan ini.
Nah hadiah: lukisan pertama mimie:
p/s : mungkin lukisan mimi seberapa. cuma berharap sampai maksud nya.
ok. hari ini mimie ingin berkongsi sedikit tentang memujuk diri.
Bagaimana ya? cara memberi semangat pada diri sendiri?
Caranya, ubah perspektif diri kita.
Perspektif adalah cara kita melihat sesuatu perkara, benda, orang dan situasi. Perspektif adalah pandangan kita. Untuk mencetus motivasi, perspektif kita kena sentiasa positif selalu.
bagaimana mahu jadi positif selalu ni? ingat senang ke?
untuk membina perspektif positif, mulakan dengan bersangka baik. Bersangka baiklah dengan sikap orang-orang di sekeliling Anda walau seburuk manapun perangainya. Bersangka baiklah dengan situasi yang terjadi pada Anda, walau seburuk manapun halnya. Apapun yang terjadi, bersangka baiklah tanpa henti.
Beri respon positif pada setiap perkara, setiap orang, setiap benda, setiap situasi dan setiap kejadian. Apa jua yang Anda baca, yang Anda lihat, yang Anda dengar dan yang Anda rasakan, beri respon positif. Respon Anda mempengaruhi emosi Anda, lantas mempengaruhi tindakan Anda.
Apabila respon positif, emosi serta tindakan Anda akan mula berubah menjadi positif.
Ini mimie petik dari BUKU MOTIVASI yang pernah mimie baca.
semoga pengisiannya walaupun sedikit.. memberi manfaat kepada semua.. I'Allah.. sekian sahaja dahulu perkongsian mimie hari ini.

No comments:
Post a Comment