Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, InshaaALLAH orang lain akan dapat manfaatnya.

Monday, February 7, 2011

KELIP-KELIP, Indah Ciptaan ALLAH!

Selalunya, Kalau petang tidak hujan, pada sebelah malamnya pula I'Allah..pasti muncul kelip-kelip atau kunang-kunang di tepi jalan belakang rumah, SubhanAllah..sungguh mempesona sekali. hati ini begitu seronoknya memerhatikan gelagat serangga kecil itu yang kelihatan sepeti membawa lampu kemana sahaja mereka terbang. Cantik!! Kadang-kala bila hati ingin mencari ketenangan dan merasai agungnya ciptaan Ilahi..kita boleh memerhati keadaan sekeliling dan susana alam ciptaan ALLAH. Pabila hati terasa duka. mimie selalu terasa ingin menyendiri. langkah bijak yang mimie boleh dilakukan ialah dengan cara berjalan-jalan di kawasan rumah pada malam hari dan duduk di atas kekuda..sambil memuhasabah diri mimie ini yg telah lama kurang mempraktikkan alam ciptaanNya bagi memotivasikan diri. Lampu picit ditutup, selepas itu akan banyak yang keluar, hinggap kat kepala, badan, kaki. memang seronok betul tatkala hati berduka akhirnya terhibur jua.

Dulu, sewaktu banyak hutan dekat belakang rumah mimie ditebang untuk tujuan pembinaan rumah mak sedara mimie, sesekali ada jugak kelip-kelip ini masuk menjengah ke dalam rumah mimie, kadang-kadang di dapur, di beranda rumah, tapi selalunya di ruang tamu dan bilik mimie. kebiasaannya waktu sebelum mimie ingin masuk tidur. pabila semua org sudah nenyak tidur dan lampu pun ditutup, mereka-mereka ini akan dtg memeriahkan bilik mimie dan membawa angin ketenangan menerjah masuk ke dalam fikiran ini.
serangga ini semakin berkurang kebelakangan ini. Mungkin disebabkan habitatnya yang telah diceroboh oleh manusia yang mgkin seperti mimie ni agaknya ye ?? kiki..mak sedara mimie sebenarnye.

hmm.. sebenarnya sudah lama kawasan itu tidak dijenguk setelah beberapa bulan rumah mak sedara mimie di dirikan. dan akhirny, setelah sekian lama mimie terperuk dalam bilik semenjak tamat spm minggu lalu. baru hari ini mimie keluar berjalan semula di sekitar rumah. sudah lama tidak di jenguk. mimie agak terpegun sebenarnya sedikit kurang percaya. mimie ternampak sekelompok kelip-kelip yang duduk bersarang di tepi hutan yang tidak jauh dari rumah mak sedare mimie. SubhanAllah. Terduduk kaku mimie di situ. sudah lama mimie tidak nampak mereka. sudah tentu hati ini rindu pada mereka. Sungguh damai terasa pada malam ini. sungguh tidah di sangka mereka masih wujud di sekitar sini. Semoga hari-hari mereka akan muncul selalu begini. I'Allah. aaminn.

bertambah lagi jiran mimie. Mimie betul-betul seronok. Ia membawa ke arah lebih erat silaturahim antara keluarga kami..I'Allah. Alhamdulillah..sudah hilang segala permasalahan yang sedari tadi bermain-main di fikiran mimie. Allahu..bahagia yang terasa hanyaAllah yang tahu. tidak puas rasanya mimie memandang mereka.

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."