
Sejarah menceritakan kisah cinta
Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.
Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh
cinta nafsu yang berkobar-kobar
pada Nabi Yusuf, dia sanggup
hendak menduakan suaminya,
seorang menteri.
Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya,
ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak.
Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara.
Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.
Penderitaan cinta yang ditanggung 0leh Zulaikha
Menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik
Menjadi perempuan tua yang hodoh.
Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf,
hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf.
hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf.
Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya.
Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini
Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan,
Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan,
kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya.
Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah,
Datanglah cintanya pada Allah
Sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat
Kepada Allah dalam solat dan zikir wirid
sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya
Yusuf yang berhajat kepadanya.
Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan
solatnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf
solatnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf
lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak;
sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.
Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu
Dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah.
Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi.
Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah
Dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
No comments:
Post a Comment