Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, InshaaALLAH orang lain akan dapat manfaatnya.

Tuesday, July 14, 2015

Lazzatul IMAN

Jujurnya dengar ceramah Syeikh Aminuddin dekat musolla aritu tak fokus. Serius tak fokus! Menahan sakit / takselesa :'(

Tapi masih ingat akan dua perkataan yang Syeikh sebut dan kisahkan serta huraikan. "Lazzatul IMAN" ♥.

"Barangsiapa yang Allah bagi pada dia kelazatan Ilmu, kelazatan berAMAL dengan ILMU, dia akan sedikit ingin pada apa yang ada pada manusia."

Kalau kita dapat sekadar kelazatan makan, binatang seperti lembu dan lain lain lebih banyak dapat makan daripada kita.

Kalau kita sekadar mendapat kelazatan makan, orang kafir lebih mahal atau mewah makanannya daripada kita. juga merasai atau dapat memiliki makan yg lebih pelbagai daripada kita.

Bukan itu yang kita perlukan.

Tetapi. Islam ajar jangan sampai kamu mencari kelazatan kebendaan semata mata. Akan tetapi kamu kena cari kelazatan kerohanian.

Lazzatul IMAN. Kelazatan Iman
Lazzatul QURAN. Kelazatan Quran
Lazzatus Solah. Kelazatan Solat

Dan orang yang mendapat ibadah, sentiasa dengan ibadahnya, kebiasaannya Allah mati kan dia dalam suasana sedemikian. 

Orang yang mendapat kelazatan sembahyang. Dia mati tengah sembahyang.

Saidina Usman mendapat kelazatan Quran, beliau mati tengah baca Quran.

Ada orang dapat kelazatan tahajud, mati tengah tahajud. 

Allah.

Ayat sentap dari Syeikh ;

Di malaysia ada orang pengsan kerana bola. 
Kenapa sanggup sampai pengsan ? Kerana dia mendapat kelazatan menonton bola.

Moga Allah beri Taufiq dan Hidayah  dan kelazatan dalam melakukan ketaatan pada kita .



Bahayanya Sifat Riak

Riak bermakna melakukan sesuatu amalan kerana ingin dilihat dan dipuji oleh orang/makhluk. Amalan itu dilakukan bukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.

Rasulullah SAW berpesan: 

"Yang sangat saya khuatirkan terhadap kamu ialah Syirik yang terkecil." 

Sahabat bertanya; Ya Rasulullah, apakah Syirik yang kecil itu? Jawab Baginda SAW; "Riak". 

Pada hari pembalasan nanti, Allah akan berkata mereka yang Riak : 

"Pergilah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di dunia. Lihatlah nanti adakah kamu boleh mendapatkan kebaikan/pahala daripada mereka.”

Tanda- Tanda Orang Riak

Sayyidina Ali bin Abi Talib berkata: Tanda Orang Riak itu Empat :

1) Malas jika bersendirian

2) Rajin teramat dan ringan tulang jika di hadapan manusia

3) Menambahkan amalan jika dipuji orang

4) Mengurangkan amalan jika dikutuk orang

Perumpamaan Orang Riak

Seorang Ahli Hikmah berkata: Orang yang beramal dengan Riak atau Sum’ah itu bagaikan seorang yang keluar ke pasar sambil memikul sebuah guni yang penuh dengan batu-bata. Orang-orang yang melihat guninya yang penuh itu berasa kagum dan berkata: Alangkah penuhnya guni itu. Mestilah orang ini orang yang kaya.

Tetapi pujian itu sama sekali tidak berguna baginya sebab batu-bata yang dipikul tidak dapat digunakan untuk membeli apa-apa. 

Orang itu hanya boleh berlagak dan mendapat pujian orang ramai. Badannya pula letih lesu akibat memikul batu-bata yang berat. 

Demikianlah orang yang beramal dengan Riak dan Sum’ah yang tidak akan mendapat pahala langsung di akhirat dan hanya merugikan masa dan tenaganya sahaja.

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."