
"Hai daie, Janganlah merajuk."
Hidup ini, perlukan mujahadah berterusan.
Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi, perlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena, begitu juga dalam belajar, kesabaran melayani kerenah sahabat, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan.
Inilah kehidupan,
Tidak lari dari, suka duka,
Perit jerih dan susah payah.
Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar
menyerahkan diri mereka kepada Allah,
menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa.
Malah mereka juga perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa.
Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup bukanya ia.
Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang kita jangka.
Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah Yang Maha Kuasa.
Bak kata pepatah `Menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'.
Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa.
Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah.
Wahai Daie,
Jangan diikut rajuk di hati,
Usah dilayan kecelaruan emosi,
Tergesa-gesa melarikan diri dari situasi.
Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi.
Siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti.
Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:
"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada
Tuhannya."
(Al-Furqan:56- 57)
Dalam berdakwah
Bergantunglah kepada Allah
Bergantunglah kepada Allah
Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya.
Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun hidup penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan.
Inilah Dai'e Ilahii,
Tidak takut menghadapi salah,
Tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah.
Memujuk hati mencari hikmah
Mengakui kelemahan insani.
Berbekal ibadat di kala senang,
Menjadi keselamatan di waktu susah.
Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa
Mengira ketidakberhasilan hidayah,
Kerana tiap langkah di atas jalanNya.
Ini adalah kejayaan.
No comments:
Post a Comment