Akhirnya aku sampai di Universiti Malaysia Sabah kampus
Antarabangsa Labuan (UMS-KAL). Tersergam indah sebuah menara tinggi tertulis UMSKAL di sisi hadapannya.
Sebuah kereta
jenis Honda City milik kak Na yang turut menumpangkan aku bergerak menyusur masuk ke perkarangan
universiti tersebut. Ketika aku tercari-cari wajah teksi di muka pintu namun
Maha Pemurah Allah melimpah ruahkan rezeki untuk aku bersua dengan Kak Na.
Kak Na adalah sahabat Kak
Siti, kenalan baruku semasa di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Mereka sudah lama
bekerja di Labuan. Mereka yang baru ku kenali itu begitu baik sekali ingin
menumpangkan aku kerana jalan kami agak sehaluan. Setelah di tunjuk arah jalan,
lembah terakhir mendatar ke perkarangan kawasan
bawah Beta 6.
“Terima Kasih kak.” Ujarku setelah bersalaman untuk menuruni
kenderaan tersebut.
“Sama-sama dik. Belajar rajin-rajin.” Balas Kak Na.
Mereka melambaikan tangan serentak. Aku membalasnya. Kerata
menjauh hingga hilang di pandangan. Deraian hujan renyai yang jatuh dalam gerak
perlahan bagai menyambut kedatanganku pulang ke kampus semula sebagai pelajar
tahun dua.
Alhamdulillah. Syukur dihati
setelah mengharungi badai semasa di
perjalanan Kuala Lumpur ke Labuan melalui penerbangan Air Asia dengan cuaca
yang agak kurang meyakinkan, hujan lebat turun bagai tiada henti berserta kilat
dan memungkinkan muncul petir, namun
kini akhirnya aku sampai juga ke destinasi.
Terimbas peristiwa permulaan
perjalananku pagi tadi. Ia bagaikan singgah semula di fikiran ini.
* * * * *
Pagi menyebarkan zarah udara dingin yang nyaman. Maha suci
Allah yang menjadikan alam ini begitu sempurna. Kerosakan yang berlaku hanyalah
bahana daripada tangan-tangan manusia yang tidak bersyukur.
Maka kerana itu
alam menjadi uzur kadangkala meragut nyawa penghuninya sendiri. Pagi yang dingin
dan nyaman membuka tirai hari baru untuk setiap kehidupan.
Baik manusia ataupun
burung di sarang, semuanya bertebaran mencari rezeki masing-masing buat
kelangsungan hayat di badan.
“Nah duit belanja. Maaflah tiada wang banyak. Belum gaji.
Huhu” Ujar kakakku Mira.
Dia sudah dua minggu menjadi isteri orang kelihatan
agak matang sepanjang kebersamaanku dua hari ini. Sungguh aku mensyukuri
kemungkinan perubahan hormon.
Mungkin! Aku benar-benar gembira. Begitu juga
suaminya. Ah, mungkin begitu agaknya apabila membuka tirai baru kehidupan
berumah tangga.
“ Tak pergi temankan ke?” suaminya Firdaus lancar menyoal
isterinya.
“Tak sempat dah ni. Nanti lewat.” Jawab kakakku yang masih
belum bersiap apa bahkan belum pun mandi.
Dia yang kukenal pasti akan mengambil
masa yang lama untuk bersiap, sedangkan aku sudah menggalas beg untuk melangkah
pergi.
“Tak apalah. Semalam kan dah survey jalan. Inshaa Allah
boleh pergi sendiri.” Ujarku melangkah pergi biarpun kakak risau akan beban beg
yang kelihatan begitu berat.
’Aku sudah biasa kak
dan ini paling ringan yang pernah aku bawa’ bisikan itu hanya dalam hati
terungkap.
Tanpa sempat aku duduk di kerusi menunggu yang terdapat di
sebuah platform Sentul Timur, sebuah tren Transit Aliran Ringan atau mengikut
singkatan namanya diberi iaitu Light Rail Transit (LRT) tiba.
Langkah diatur
masuk ke dalam LRT aliran Ampang tersebut untuk menuju ke stesen Masjid Jamek
yang memiliki pertukaran stesen kealiran lain. Seterusnya dengan menggunakan
LRT aliran Kelana Jaya, barulah aku tiba ke platform yang dituju iaitu KL
Central.
Perjalananku tidak terhenti di situ. Aku perlu menaiki
sebuah bas pula untuk ke penerbangan tambang murah Air Asia atau nama lain Low
Cost Carrier Terminal (LCCT),di KL International Airport, Sepang.
Ada dua
perkhidmatan bas untuk ke LCCT. Satu ialah Aerobus yang berwarna kuning dan
satu lagi SkyBus yang berwarna merah. Bas yang pernah aku naiki ialah Aerobus.
Namun bas tersebut telah bergerak setibanya aku ke situ. Kali ini aku mencuba SkyBus
yang masih wujud di situ setelah bas lain sudah pergi.
Ada perbandingan antara
ke dua jenis bas tersebut. Interior SkyBus lebih cantik dan bersih sikit. Harga
tiket untuk satu perjalanan sehala kebiasaannya ialah RM 8.00 untuk Aerobus dan
SkyBus RM 9.00. SkyBus Cuma mahal seringgit. Namun hari ini harga tiket
bertukar kepada RM10.00. Mungkin ada sedikit kenaikan.
Perjalanan dari KL Sentral ke LCCT telah mengambil masa
lebih kurang 60 – 80 minit. Penumpang perlulah pandai untuk mengukur jarak
waktu bila dia perlu bersiap. Begitulah aku lalui kini. Kerana bimbang terlewat
jadi aku mengambil keputusan berpagian ke sana dan sampai tepat jam 12.00
tengahari ke LCCT.
Mesin boarding pas ditekan menggunakan nombor tiket yang
telah ditempah. Aku mengambil tempat beratur di belakang seseorang yang sedang
sibuk menghalakan sebuah telefon mudah alih berjenama Samsung Galaksi Ace ke
muka screen mesin.
Aku tahu dia sedang mencuba scan barcode yang terdapat pada
gambar tiket yang telah di ambil olehnya. Aku juga pernah mencuba semasa
dahulu.
Namun kasihan dirinya tidak berjaya biarpun telah berkali mencuba dan
berlalu meninggalkan mesin yang masih tanpa jemu memaparkan tulisan, “sorry,
please try again.”
Aku cuba menekan punat tertulis, ‘Try again’ itu untuk
boarding pass bahagian tiket milikku. Tidak berubah biarpun berkali di tekan,
mesin masih meletakkan perkataan yang sama.
‘Rosak agaknya.’ Aku telah membuat
tuduhan tidak berasas setelah permukaan screen itu degil tidak memberi sebarang
reaksi.
Pemuda di belakangku cuba membantu. Mungkin aku kelihatan seperti orang
pertama kali ke LCCT, maka aku di ajar satu persatu. Aku hanya mendengar dan
berhasil setelah itu. Mesin tidak rosak, Cuma ‘hang’ sekejap dan aku terpaksa
berlakon tidak tahu.
“Terima kasih encik” ujarku berlalu setelah dia membalas.
Biar apapun ucapan terima kasih itu perlu bukan sahaja bermaksud kita cuba
menghargai petolongan orang namun ia juga mampu melibatkan budi bahasa antara
bangsa dalam Negara kita. Bahasa melambangkan bangsa.
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Ungkapan itu setia berlangsung di telinga. Aku menarik nafas
panjang, memenuhkan ruang dadaku dengan udara yang entah segar entahkan tidak
dengan keramaian orang.
Aku cuba menarik
lagi tenaga di badan setelah selesai sesi scan barang. Terasa sedikit tenang
telah sampai ke ruangan menunggu balai berlepas biarpun terlalu awal ketika
itu. Masa yang lama tidak ingin di buang begitu sahaja. Aku mengeluarkan sebuah
computer riba berjenama Lenovo milikku untuk mula menulis.
Mungkin ramai yang pelik mengapa perlu menulis. Mengapa aku
begitu meminati bidang penulisan biarpun aku adalah seorang bakal programmer
suatu hari nanti, jika di izin Allah. Malah ada yang memberi pendapat kepadaku bahawa menulis ini sesuatu
yang boleh melalaikan orang lain.
Pada pendapatnya, si pembaca akan terlalu
leka dengan pembacaannya tanpa mengira dunia realiti. Aku sama sekali berbeza
fikiran dengannya. Mungkin disebabkan dia kurang berminat dengan pembacaan
novelis, maka anggapan dia jatuh kepada sesuatu yang membazir diperuntukkan
untuk menulis atau membaca hal sedemikian.
Semua orang berhak memberi
pendapatnya. Maka aku lapangkan hati menerima terjahan pendapatnya yang di
tutur lembut secara peribadi pendapat milikknya.
‘Innamal a'malul bin niyat.’
Segala amal itu tergantung pada
niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Jadi niatlah untuk
menulis demi redha Allah. Inshaa Allah akan dipermudahkan oleh Allah swt.
Menulis itu juga suatu keperluan untuk aku mencari redha Allah dan aku pasti,
sesetengah penulis juga begitu.
Menulis
juga jihad fi sabilillah.
Jihad di jalan Allah.
Tulis perkara yang baik yang
dapat memberi manfaat kepada orang lain. Tulislah perkara yang dapat
menginsafkan diri sendiri dan orang lain. Itulah juga prinsip utama bagi
seorang penulis yang beragama Islam. Iaitu menulis untuk mencari redha Allah!
Seni Itu Indah.
Allah swt menjadikan alam penuh berseni
kerana Dia suka akan keindahan. Ada gunung-ganang, bukit-bukau, pohon-pohon
yang menghijau sejuk mata memandang, sungai yang mengalir, deburan air terjun
yang kedengaran asyik dan udara yang segar.
Inilah karya seni yang teragung di
dunia. Tiada sesiapa pun seniman agung di dunia ini yang dapat menandingi
kesenian Allah. Mana ada lukisan yang dapat dinikmati dengan menggunakan
kelima-lima panca indera melainkan lukisan Alam?
Islam itu ada kesenian yang tersendiri. Tapi bukan kesenian
yang sia-sia. Kesenian islam adalah seni yang mengagungkan Allah swt. Ada garis
panduannya. Orang yang berseni memiliki jiwa yang halus. Dia lebih peka
terhadap persekitarannya. Kesenian islam itu adalah alat bagi seorang muslim
seperti kita mendekatkan diri kepada Allah.
Sama seperti hiburan dalam islam
yang tidak semata-mata untuk berhibur tetapi mendidik jiiwa agar lebih
mencintai perkara-perkara yang makrufdan mencintai Allah. Ini pendapat kukuh
milikku tentang mengapa aku tetap menulis.
“Dalam apa jua hal, letakkan Allah sebagai yang pertama di
hati.” Pesan kak Azzurin.
Kak zurin, seorang kakak senior tahun tiga yang paling rapat dan
akrab dengan ku semasa di kampus. Aku akui kata-katanya. Tidak cukup jika kita
hanya berjaya mencapai cita-cita dunia sahaja. Untuk Akhirat juga kita perlu
memasang impian. Kerana itu lah kita perlu menggariskan impian kita selari
dengan iman.
Berdasarkan ilmu dari sebuah novel yang aku baca, iaitu
Janji Miftahul Raudhah, banyak juga ilmu yang aku perolehi dari situ. Novel itu
aku pinjam di perpustakaan desa di kampungku, Terengganu. Novel begitu menarik
minatku tentang isinya. Banyak ilmu di dalam yang aku timba.
Besar pahala si
penulis tersebut dalam menyebarkan ilmu. Berdasarkan beberapa patah yang aku
ingat. Ayatnya, kita seorang pelajar, jadilah pelajar yang beriman. Jika kita
seorang peguam, jadilah peguam yang beriman. Jika kita seorang guru, jadilah
guru yang beriman. Nescaya kita akan jadi orang yang berharga dalam kehidupan di
dunia dan bernilai tinggi di sisi Allah.
Orang yang beriman ialah orang yang tunduk dan bertaqwa pada
Allah. Setiap perkara dilakukan, yang pertama tertancap di fikiran ialah
keredhaan Allah. Tidak perlu menyandang gelaran ustaz atau ustazah, kalau iman kemas
di dada, orang buta juga akan menjadi celik.
Persoalannya, bagaimana ingin jadi seorang pelajar beriman?
Tidak susah pun sebenarnya.
Menurut bahasa mudah di fahami
di dalam buku yang di aku baca itu, aku menimba lagi ilmu untuk menjadi pelajar
beriman. Tidak susah, hanya perlu rajin usaha dan doa.
Menjaga hubungan dengan
Allah. Solat yang tidak ditinggalkan. Solat itu tiang agama. Bukankah membuat
rumah mesti bermula dengan adaya tiang? Kalau tiada tiang, maka runtuhlah rumah
tersebut.
Dan untuk menjaga hubungan dengan Allah, kita perlu menjaga hubungan
dengan manusia juga. Lebih-lebih lagi dengan ibu bapa kita. Guru juga perlu
dihormati kerana mereka yang menyampaikan ilmu kepada kita. Tidak berkat
ilmu jika kita asyik ingin melawan guru
saja.
Ibrahnya di sini, aku tertanya-tanya, di mana masaku
membazir jika mendapat ilmu hasil penulisan baik oleh orang lain. Bagiku, boleh
membaca dan menulis novelis sekalipun jika kita ada Yang Satu di samping.
Tulisanku ini hanya sekadar ingin memperbetulkan persepsi luar terhadap seorang
penulis sepertimana beberapa orang yang pernah berkata kepadaku seblum ini.
Penulisanku terhenti di situ. Dua jam berlalu begitu pantas.
Betul kata orang, waktu ibarat air sungai. Ia mengalir kehadapan tanpa henti
dan tidak mengundur lagi.
kita pula ibarat pengembara yang harus mendayung
sampan kehidupan dengan sebaiknya dan berani berhadapan dengan apa jua perkara
yang bakal merintangi haluan.
Penerbangan Air Asia pada satu sudut menampakkan kemajuan.
Waktu berlepas sudah semakin hampir, semua beratur berpusu-pusu panjang. Aku
sekadar cuba bertenang menutup computer riba dengan baik setelah menekan butang
save pada sisi Microsoft word yang di tulis tadi.
Sepertinya aku ingin menunggu
giliran beratur tertinggal pendek, barulah aku terpacak berdiri di belakang
sekali. Aku cuba menyimpan tenagaku supaya masih berbaki di sana nanti untuk menggendong
beg pakaian agak berat jika di pegang terlalu lama terasa lenguh.
Hampir dua puluh orang tersisa tinggal
barulah aku menapak bangun untuk beratur.
Tapi berlaku perkara yang tak sepatutnya berlaku. Baru beberapa minit
aku berbaris, orang ramai yang tadinya telah di lepaskan untuk keluar dari
balai berlepas tadi berpusu-pusu masuk kembali memenuhi ruangan. Pegawai
pengawal keselamatan kedengaran menyatakan ada masalah teknikal pada
penerbangan.
Aku kurang pasti adakah benar itu yang terbias di pendengaran
kurang jelas. Teligaku memakai Earphone ketika itu mendendangkan sebuah nasyik
bertajuk Anak Soleh nyanyian Aiman. Namun ku hampir kepada pasti melihat
sekembali mereka duduk semula ke tempat duduk. Mp3 telefon di perlahankan. Aku
menyapa seorang gadis setelah melabuhkan punggung de kerusi kosong sebelahnya.
“Kenapa sebenarnya tu?” Aku bertanya tanpa malu.
“Masalah teknikal.” Jawabnya. Sama seperti dugaanku.
“Oh. Nak ke Labuan juga ke?” Tanyaku lagi, memulakan
percakapan.
“A’ah. Dentist kat hospital lama kat Labuan tu. Awak pula?”
“Oh. Akak la ni. Erm, saya student dekat umskal.”
“Akak nama apa dan orang mana?” Tanyaku lagi tidak mahu
berhenti berta’aruf.
“Erm, panggil Kak siti orang Kelantan. Adik pula?”
“Saya Mimie. Orang Terengganu.” Balasku.
“Transit ke sini? Akak biasanya transit kalau dari Kelantan
ke sini. Tapi hari ini akak dah memang kat KL dengn kawan-kawan. Kalau transit
better ambil penerbangan MAS. Tidaklah terlalu lama menunggu. Kalau Air Asia
ni, kita kena tunggu tiga jam. Tapi kalau MAS sekejap saja.” Ujarnya panjang
lebar menguntum senyum di bibirku.
“Saya tidak transit.” Rngkas jawapanku.
“Oh, naik bas la ni. Tak rugi ke masa dik? Bagi akak la,
sama saja kos guna duit untuk flight transit dengan bas. Berbaloi dengan masa
dan tenaga dik.” Ujarnya lagi membuka ruang agarku berfikir.
Aku mengangguk.
“Saya sebenarnya suka travel kak. “ Jawabku. Senyuman simpul
masih kemas cuba untuk aku terbitkan dari bibirku.
Memang ada betulnya juga katanya. Namun aku punya misi
tersendiri mengapa aku lebih memilih jalan yang agak susah dan berbeza dengan
insan lain. Bagiku, yang berbeza itu istimewa. Tidak ramai yang memilih jalan
begini. Mungkin bimbang akan risiko terlepas flight jika tidak tahu jalan.
Lebih-lebih lagi ini kali pertama aku memulakan pengalaman begini. Tanpa ada
sesiapa teman menunjukkan arah.
‘Experience is the best teacher’. Pepatah itu muncul
mengetuk fikiran. Kalau tidak dengan langkah pengalaman pertama ini, aku tidak
akan mungkin tahu tentang kewujudan jalan menggunakan SkyBus atau Aerobus ini. Lagi pula, bukan itu sahaja alasan pilihanku.
Aku juga berniat ingin
mengeratkan silaturahim dengan kakak dan abangku yang jauh di KL. Lebih-lebih
lagi kakak ku sudah pun bergelar isteri orang. Makin jarang lah pertemuan kami
nanti. Sedang aku pula sudah di putuskan oleh mama, untuk pulang mungkin sekali
setahu sahaja memandangkan cuti semester yang pertama ini hanya sebulan dan
empat minggu tersebut terbahagi kepada dua.
Dua minggu aku sudah memperuntukkan
untuk menjalani aktiviti tentera bergelar sebagai aktiviti kokum palapes di
jalankan hutan dan markas tentera. Baki tertinggal dua minggu pada pendapat
mama hanya membazirkan tenaga dan masa serta wang untuk flight.
Aku akui itu,
namun aku benar-benar berharap akan aktiviti kem tahunan yang dipanggil ‘Annual
Camp’ tersebut dijalankan di semenanjung. Maka dengan itu, aku tidak membazir
masaku dan tetap pulang setelah aktiviti. Cuma perlu membeli tiket untuk
kembali ke kampus. Jadual begitu padat yang cuba ku atur rapi. Di mana lagi aku
akan bertemu dengan kakak dan abang jika tidak di curi masa dengan cara
sebegini?
“Perhatian, bagi penerbangan AK5172, Labuan. Kami memohon
maaf atas segala kesulitan masalah teknikal. Penerbangan ini tertunda sehingga
jam dua setenagah petang. Terima kasih.” Bunyi yang kedengaran keluar dari
pembesar suara itu tiba-tiba menghalau fikiranku tentang masa yang padat itu.
Aku memandang ke luar. Ada kemungkinan cuaca kurang elok.
Masa bergerak pantas, tiada lagi delay yang berlaku. Semua
penumpang berpusu-pusu ke kapal terbang tersebut termasuklah aku. Hujan mula
memperkenalkan diri sementelah aku mendapatkan tempat duduk seperti biasa
dipilih di tepi tingkap.
‘ Ya Allah, selamatkanlah perjalanan ini.’
Dalam gentar,
Hanya Allah tempat berharap.
Masa terasa begitu lama untuk memulakan penerbangan kali ini berbanding kebiasaannya.
Mungkin juru terbang turut berselawat memohon perlindungan Allah untuk sebuah perjalanan yang membawa ribuan penumpang di dalam pesawat ini.
Setelah hampir lima belas minit menunggu, akhirnya berjalan juga tayar pesawat memulakan langkah penerbangan.
Hujan makin lebat menyiram bumi.
Dalam kesamaran kabus penuh memenuhi ruangan tingkap tertutup di celah pandangan mataku, pesawat tersebut tetap meluncur laju membelah angin serta hujan namun agak rendah berbanding biasa.
Debaran semakin terasa. Dalam hati hanya Allah yang tahu debaran yang ku sorok melalui muka tenang ini.
Pesawat sedikit bergoyang-goyang di terjah angin. Kilat kian memancar. Jantungku berdegup kencang.
Ada pilu yang terasa mampat di dada. Ada sebak menggetar rasa.
Aku menangis dalam hati.
Detik sebegini barulah aku teringat akan mati.
Tidak sedar rupanya aku terhadap tetamu yang bernama kematian.
‘Jngatlah Bahawa Malaikat Maut Melawat Kita 70Kali Sehari.
Dan Sunat Bagi Kita Manusia Mengingati Mati. Selamat Malam JANGAN Lupa Mengucap
Dua Kalimah Syahadah. Manalah Tahu Meninggal Masa Kita Sedang Tidur ’
Sebuah kata-kata yang pernah aku post pada laman sosial
kegemaran ramai iaitu facebook kembali berlegar di ingatan. Mudah benar aku
melupakan setiap kata yang ku taip dan kongsikan kepada ramai. Betapa
hipokritnya jika aku sendiri melupakan perkara itu.
“Allah, aku belum cukup amal. Belum membayar semua hutang-hutang kepada makhluk-MU serta segala amanah-MU yang tergalas dalam tekad diri ini, maka Engkau izinkanlah aku untuk terus hidup menyampaikan amanah di bumi ini. Aku masih belum mampu mengikis segala sifat mazmumah dalam diri ini sebelum pergi menghadap-MU, aku terasa tidak layak ya Allah."
"Astaghfirullah.."
"Aku memohon ampun atas segala keangkuhanku selama ini berpijak di bumi-Mu tanpa membawa sebarang maanfaat. Ampunkanlah aku ya Allah..”
Kepala
terasa berat bagaikan di hempap gunung mengingati kesalahan laluku. Entah layak
entahkan tidak aku memohon sedemikian. Tubuh seram sejuk memandang ke luar
jendela. Bagaikan kapas-kapas lusuh berwarna hitam gelap pekat menghiasi lubang
cermin jendela yang aku intai.
Bagaimana pula keadaan si juru terbang itu?
Adakah dia nampak? Allah, lancarkanlah perjalananku pada hari ini. Laju saja
airmata hamba Allah yang selama ini sombong akan nikmat Tuhannya.
Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberi tahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapapun yang terkecuali
Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi
Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan
Lirik Lagu Far East bertajuk Menanti Di Barzakh bagaikan
menyanyi-nyanyi di segenap corong telingaku biarpun tanpa di pasang. Ranting
ingatan terus mencantumkan memori-memori lama mengenai amalan sepanjang hidup.
Allah, layakkah aku? Mata dipejam seketika membiarkan perasaan itu berlalu
pergi. Salah diriku jarang sekali membacakan doa untuk meninggal dalam keadaan
husnul khatimah. Ya, aku belum menghafal sepenuhnya doa yang seri dibaca oleh
Shahirah, sahabat lamaku semasa di matrikulasi Pahang.
Mata di buka perlahan-lahan. Halus cahaya matahari cuba
mencuri masuk melalui jendela. Beransur sudah perginya awan penuh berisi
kandungan air itu tadi. Aku masih belum melepasi daratan. Yakinku kini cuaca
tersebut mungkin di sekitar kawasa Kuala Lumpur sahaja.
Namun tidak pula di
kawasan yang kalau mengikut peta, mungkin sekaran ini aku di atas angin kawasan
Negeri Johor. Mungkin! Itu hanya anggapan tanpa analisis milikku.
Namun begitu,
terasa ingin bersujud syukur aku di situ dan ruangan begitu sempit menjadi
penghalang. Alhamdulillah. Zikir tidak terhenti biarpun cuaca makin membaik.
Allah, Terima kasih. Aku benar-benar bersyukur. Beberapa ketika kemudian aku
terlelap tanpa sedar.Terjaga sahaja pesawat sudah mahu mendarat.
Ternanti-nanti akan aku sebuah amalan lebih terjaga dan
istiqamah selepas ini. Ya, Allah terima kasih masih memberi kesempatan hidup
untuk menambah amalan lagi. Hanya itu teringat di fikiran biarpun sudah lama
terlelap. Bersyukur bukan kepalang. Malah Allah menambahkan lagi nikmat pada
hari ini dengan rezeki-NYA yang melimpah ruah.
Mulanya Kak Siti meminta Kak Na
menumpangkan aku sekali setelah teksi tidak muncul. Kemudian diajak pula aku
makan dahulu ke rumah terbuka sahabat kak Na. Seperti yang mengantuk
disorongkan bantal. Itu lah layaknya bagi aku. Perut sememangnya berbunyi minta
di isi. Alhamdulillah. Allah, Engkau Maha Pemurah.
Kakiku bagaikan terpaku apabila mataku kebingungan melihat
keadaan rumah beta 6 yang menempatkan bilik Asmidar, sahabat kepada izati yang
mengajakku untuk menumpang tidur sekali kerana sesampainya aku pada maghrib
itu, pejabat Beta sudahpun tertutup kemas.
Aku bercadang untuk check-in pada
esok hari. Aku masih terkejut. Peralatan semuanya baru. Meja baru diberi ruang
meletakkan buku dan dengan perubahan ini juga, pelajar tidak akan mungkin dapat
membawa masuk meja ke dalam bilik lagi kerana meja tersebut telah dilekatkakan
pada dinding dengan menggunakan skru.
Tersergam pula almari baru berserta katil dan tilam yang
juga baru serta masih belum di buka plastiknya lagi. Sebuah pembaharuan yang
mungkin lebih menyelesakan lagi para penuntut yang masih belajar di sini.
Namun
seperti biasa setiap perubahan pasti ada ‘pro’ dan ‘cotra’ tersendiri. Mungkin
di pihak sana ini adalah sebuah peruntukan terbaik. Namun ada sesetengah
pelajar lebih menggemari perabot lama kerana sudah terbiasa menggunakannya.
Aku
sudah berjumpa beberapa pelajar menceritakan ketidakpuashatian tentang
penukaran perabot. Aku hanya mendengar dan mengiyakan sahaja. Sebenarnya diri
ini benar-benar menentang, namun jauh di sudut hati cuba menerima.
Orang berbudi, kita berbahasa,
Orang memberi, kita merasa.
Serangkap pantun yang cukup untuk mengajarkan kita erti
bersyukur.
No comments:
Post a Comment