Korea?? sekarang ini memang terlalu ramai yng bukan sekadar minat bahkan mengilai artis korea. Mimie tak perlu tangok jauh-jauh pun. Cukup untuk memerhatikan adik-adik mimie sekarang. Sampai DP facebook turut meletakkan gambar artis korea. Faedahnya apa ye dik? Penat mimie cuba menegur. kadang-kadang terlintas juga perkataan begini :
‘Bermanfaat atau tak, bergantung dari sudut
mana kita lihat. (lillahhi taala)’
Tapi selepas membaca satu artikel di majalah.. terasa, mungkin perlu dilaksanakan sesuatu. Sebabkan hal ini kurg ditikberatkan. Moga memberi kesedaran kepda yang lain. Jom baca.
---
Saya melihat kegilaan
kepada artis Korea ini majoritinya lebih diminati golongan wanita . Walaupun
terdapat juga lelaki yang jelas kejantanannya turut mengusap air mata dengan
tisu di hadapan komputer , namun kegilaan itu lebih jelas di sisi wanita .
Malah , ada sebahagian wanita yang memuja mereka dengan memenuhkan semua gambar
artis Korea mereka di muka depan Facebook , Twitter sehinggalah yang ditampal
di dinding bilik dorm/rumah .
sampaikan menghafal semua nama2 mereka (artis korea) ,hafal sebiji2 seperti kita sudah kenal lama lagi,,macam saudara pulak, tau bila diorg buat konsert, tau gosip sana gosip sini,nyanyi sana nyanyi sini, buat apa, skandal ngan siapa, nama keluarga tau,nama anak,adik beradik ,,yg penting semua taulah.. itulah ghazwatul fikr (perang pemikiran) yg berlaku pada hari ini, hinggakan menghalalkan segala apa cara, islam tu lah,islam ni lah,(islam demokrasi,islam liberal,islam hadhari,islam bla3) banyak sgt jenis islam hingga jatuh sistem khalifah,, bukankah islam itu agama yg mudah, cuma kita yg menyulitkan..
sampaikan menghafal semua nama2 mereka (artis korea) ,hafal sebiji2 seperti kita sudah kenal lama lagi,,macam saudara pulak, tau bila diorg buat konsert, tau gosip sana gosip sini,nyanyi sana nyanyi sini, buat apa, skandal ngan siapa, nama keluarga tau,nama anak,adik beradik ,,yg penting semua taulah.. itulah ghazwatul fikr (perang pemikiran) yg berlaku pada hari ini, hinggakan menghalalkan segala apa cara, islam tu lah,islam ni lah,(islam demokrasi,islam liberal,islam hadhari,islam bla3) banyak sgt jenis islam hingga jatuh sistem khalifah,, bukankah islam itu agama yg mudah, cuma kita yg menyulitkan..
" Apakah sebenarnya
yang yang membuatkan perempuan semua tergilakan hero Korea ini ? "
" Bukankah wanita
perlu menundukkan pandangan apabila melihat lelaki hansome ? "
Sengaja soalan cepumas dilontarkan .
" Kami perempuan tak
pe ustaz bila tengok lelaki . Lainlah lelaki yang wajib menundukkn pndngan
sebab lelaki lebih mudah tergoda bila melihat wanita !! "
Benarkah kenyataan demikian ?
Mari kita korek semula
daripada sumber agama . Memang benar terdapat ayat suruhan menundukkan
pandangan itu diturunkan untuk lelaki pada surah an-Nur ayat ke-30 .
Saya juga sebagai lelaki mengakui hati boleh menjadi gila apabila lirikan mata
terpandang wanita .
Namun jangan kita lupa akan
sambungan ayat berikutnya . ALLAH juga sebenarnya menyuruh wanita juga wajib
menundukkan pandangan mereka .
Di dalam surah
an-Nur , ayat ke-31 bermaksud :
" Dan katakanlah
kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram) , dan memelihara kehormatan mereka "
Ini jelas membuktikan
bahawa hukum menundukkan pandangan tidak membezakan antara lelaki dan wanita
Ayat ini telah diberitakan
kepada kita ini telah menyangkal dakwaan kononya , 'wanita tidak mengapa ,
tetapi lelaki tidak boleh' . Sudah semestinya dakwaan bahawa 'wanita tidak akan
tergoda jika melihat lelaki' juga sama sekali tertolak . Secara tidak langsung
al-Quran menjawab kepada kita tanpa menbezakan gender dengan satu keputusan
bahawa 'lelaki dan wanita mampu tergoda jika tidak menjaga pandangan mereka
!!!' .
Sejarah lalu mungkin boleh
menguatkan dakwaan ini . Terlupakah kita kisah Nabi Yusuf AS bersama wanita
yang menggodanya . Ketika Nabi Yusuf AS melihat wanita tersebut yang sangat
rupawan , lalu beliau ghad al-bashar (menundukkan pandangan) . Daripada
pandangan itu , beliau langsung tidak terpengaruh untuk terus melayan perasaan
melihat wanita tersebut . Bahkan hatinya mula melupakan wanita yang menggoda
Nabi Yusuf AS .
Berbeza pula dengan wanita
tersebut . Wanita tersebut melihat Nabi Yusuf AS dengan penuh perhatian .
Ketampanan Nabi Yusuf AS memukau kelopak mata daripada terus berkelip . Akhirnya
dengan pandangan seorang wanita , munculnya keinginan syahwat yang meledakkan
nafsu sehingga terkoyak baju Nabi Yusuf AS .
Artikel ini bukanlah
menggesa semua wanita secara terus menukar 'wallpaper' dan profile facebook ,
twitter dengan gambar-gambar pokok dan batu semata-mata . Bukan juga
mengharamkan kita semua daripada terus meminati artis korea . Tetapi , ianya
sekadar renungan pembawa gelora , tanpa membezakan sebarang jantina .
SUMBER : Majalah Dara edisi Januari 2012 oleh penulis Imam Muda
Muhammad Asyraf Bin Ridzuan m/s 87 (saya xbeli ae,tapi ada org shorkan baca
page ni ^_^) dalam page fb ade jugak kot ^_^
p/s : Semoga bermanfaat . Saya ambil sebahagian daripada artikel
yang ditulis oleh beliau . Moga kita ambil pengajaran dan dapat menjaga
pandangan pemberian ALLAH YANG MAHA ESA .namun ia tidak memfokuskan pada satu
sahaj(korea),ini hanyalah contoh,, segala apa yg ada di muka bumi ini jgnlah
terlalu fanatik, pak cik BIEBER ke, mak cik GAGA ke, maher zain sekalipun,,
hiburan itu boleh (harus) tapi tidak berlebihan sehingga bak kata dalam satu
ayat dari zabur, kitab(islam) di kaki dunia di kepala. Wallahualam .


No comments:
Post a Comment