
Atas sebab apa mimi cuba bangkitkan isu ini? Bukan sebab mimi yang baru putus cinta, tapi melihatkan remaja akhir zaman sekarang, bagaikan terpujuk rasa untuk mengajak berfikir sebentar.
Ramai orang ingin bercinta. Tetapi sayang, kenapa cinta yang berputik itu banyak memusnahkan?
kebanyakan manusia yang bercinta itu celik matanya. Tetapi kenapa yang bercinta itu mudah jatuh dan tersasar hala tujunya? Biasanya yang bercinta cerdik IQ orangnya namun bila berputus cinta, bunuh diri dan mencelakakan diri juga jadi pilihan. kenapa begitu?
Tidak terfikirkah di benak, Allah merinduimu. Masih menyelamatkanmu dari cinta yang tidak diredhai-Nya? Mengapa mesti berduka jika Allah ternyata masih menyayangimu. Dia memisahkanmu dari si dia yang melalaikanmu. Dia rindu untuk mengajak dirimu untuk berdating di sepertiga malam. Dia rindukan rayu tangis di kala dirimu sedih yang sering dirimu ceritakan pada si dia. Tidakkah bererti Dia benar-benar menyayangimu dan merinduimu? Dia benar-benar ingin memberimu cinta yang lebih membahagiakan. Cinta di bawah redhaNYA. Tidak mahukan dirimu menyambut cintaNYA?
Tersenyumlah sayang. Kembalikanlah cinta yang kau curi dariNYA. sambutlah cintaNYA. Hatimu sesungguhnya milikNYA.
Jika dapat memiliki seorang isteri solehah ianya ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa.
“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah, kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).
Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.
Jangan risau, mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buatmu untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan cinta yang halal. Jika tidak di dunia, nun di syurga yang kekal abadi.
Dengarlah duhai remaja, bisikan ini tulus buat kalian semua.
Dengarlah pesan ini, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan.
setakat ini sahaja madah kata yang mampu mimi tulis dan coretkan. Bertabah hatilah kepada insan-insan yang telah di takdirkan terputus hubungan. Allah masih menyayangimu. Masih merinduimu untuk dihadiahkan yang solehah buatmu. Yang halal. Yang diredhai. Tidak mahukah kalian menerima hadiah tebesar dari pencipta yang agung? usah lah bersedih bila terputus dengan makhluk. Lebih sedih terputus hubungan dengan Allah kerana cinta yang tidak diredhai Allah. Siapalah kita tanpa redha Allah sayang? Akhir kata renung-renungkanlah wahai remaja sekalian terhadap soalan ini.
Telah tercatat seungkap nama pasangan di luh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik,begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26).
" Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi.Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan jiwa-jiwa yang kini sedang kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi, nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan. " -Fatimah syarha-
" Cinta. Sebuah rasa hati dan mainan jiwa yang ramai terkandas dengannya. Cinta itu suci lagi bersih. Sebaliknya ada tangan-tangan illusi yang cuba bermain dengan cinta tanpa mengikut syariat, maka cinta yang suci tersebut mampu menghancurkan si pemilik tangan. Cinta itu putih lagi jernih. Sebaliknya ada mata-mata kejahatan yang memandangnya dengan pandangan songsang, maka cinta itu tadi langsung tidak membawa ke arah serinya bait-bait kehidupan."






